Ahad, 2 Mei 2010

Kebakaran di Kampung Kolam

Allah Maha Kuasa
Kereta Cikgu Yi ... dengan pertolongan orang kampung, selamat..... hanya 4,5 minit lagi jika tak di alih oleh orang kampung jawabnya kereta itu hangus... nauzubilLah



Rumah Kak Nik Mustari dalam pembinaan [ rumah ibu mangsa kebakaran ] pun selamat .
Dalam sejarah Kampung Kolam, ini kali kedua saya melihat kebakaran berlaku didepan mata saya. MasyaAllah... gerun ketika melihat api mengganas. Nampak kebesaran kekuasaan Allah S.W.T.
.
Kali pertama pada tahun 1987 yang mengorbankan Allahyarhamah Hajjah Bidah atau dikenali sebagai Tok Nik Haji Bidah Tok Tukang [ Ya Allah ampunilah dan rahmatilah dirinya di alam barzakh ].


Tok Nik Haji Bidah rentung dan saya bersama masyarakat Kampung Kolam menyembahyangkan jenazahnya di rumah anak sulungnya Allahyarham Wak Wil.
.
Kali ini kebakaran berlaku di waktu siang jam 10 pagi. Saya berada di tapak pembinaan Masjid Uthmani terkejut melihat kepulan asap hitam. Pada mulanya saya menyangka asap bakaran tayar kereta dari kebun seseorang tapi tidak benar. Rumah Mazlan Abang Soh yang terbakar.
.
Kemungkinan kebakaran kerana wayar letrik yang lama. Rumah yang terbakar ini adalah sebuah rumah traditional. Saya yang pernah berjiran dari kecil hingga 1994 dengan keluarga mangsa kebakaran ini mengingati bahawa rumah ini adalah rumah klasik yang dibina sekitar 1970 an.
.
Nasib baik sentiasa ada dimana rumah sepupunya Cikgu Ye terbabas. Api yang kuat marak menyebabkan rumah dan kereta Cikgu Yee hampir terbakar juga tapi kerana kecekapan, keberanian dan saling bertanggung jawab orang ramai menolong menyiram air kerumahnya menyebabkan harta Cikgu Yee selamat.
Sikap orang kampung boleh dipuji...."tolong menolong tanpa mengira fahaman". Cuma yang menjadi tandatanya ialah perkhidmatan pasukan bomba dan penyelamat agak lewat sampai ketempat kejadian walaupun taklah jauh sangat balai bomba tersebut... Inikah gambaran sebuah negara yang dikatakan 'maju'
.
"Tak berlaku sesuatu musibah itu kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah"
.
Kepada Allah bersyukur