Sabtu, 30 Oktober 2010

Pembinaan Lantai Masjid Uthmani

Teruskan Berkebajikan... Teruskan Perjuangan

Sedikit masa lagi kawasan ini akan berubah wajah berikutan perkembangan terbaru iaitu pembinaan lantai Masjid Uthmani.
.
Pembinaan lantai sepatutnya telah dibuat sebulan yang lalu tetapi kerana jadual pihak pekerja yang terhad maka jadual jadi terlewat..
.
Bila siap lantai nanti, ada cadangan dari orang ramai walaupun tidak siap sepenuhnya ruangan solat hendaklah dimanafaatkan. Pelajar Darul Ulum Al-Muhammadiah boleh memanfaatkan untuk solat.

Ahad, 3 Oktober 2010

Sepanjang Perjalanan

Ingatan Sepanjang Perjalanan Menuju Rabbi

Pantai Cahaya Bulan, tidaklah cantik mana, tapi inilah yang ada. Paparan yang bermatlamatkan 'kecantikan dan kecomelan' kejadian ALLAH. Moga-moga ingatkan ALLAH... "Wahai Tuhan kami, tidak sia-sia Engkau jadikan ini semua, Maha Suci Engkau. maka lindungilah kami dari azab api neraka"
.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda tentang ALLAH, "Sesungguhnya ALLAH itu Jamilun, sukakan jamal" .... antara tempat yang menjadi kunjungan warga Darul Naim berehat dihari cuti Jumaat dan Sabtu. Ini adalah pandangan didepan Perdana Resort bernama 'Cik Siti Wan Kembang' kelas superior dengan harga satu malam RM 180 hak milik Kerajaan Negeri Kelantan. [ Nak lihat bentuk resort tu kena lihat dilaman blog www.fathifikri.blogspot.com ] dibawah tajuk 'Kenangan Di Ambang Ramadhan"
.
Jika kita masuk ( check in ) pada jam 12 tengahari ini keluar tengahari Sabtu esoknya....berbaloi..... Boleh bincang-bincang, rehat bawah pokok merasai angin bersih original dari Laut Cina Selatan....tapi tak secantik Alex, Mesir. Boleh memancing dan anak-anak boleh main-main. Makanan...'ala certe' boleh pesan bila-bila sebelum jam 11 malam. Harganya pun berbaloi.... Pak Cu punya idea, insyaAllah akan buat usrah bersama keluarga Abang Fadhil / Kak Ma disini pada bulan depan. Bila Kak Cik balik akan datang kita rancang bersama anak beranak kita berehat dan berusrah disini disamping membuat perancangan bersama untuk "Membangun Bersama Islam". Sesungguhnya perjalanan masih panjang masanya....
.
Juga ada perancangan, abi nak untuk jemput Mak Teh - Pak Teh, adik Ema, adik Finah, ami dan apak bermalam, rehat disini... Pagi Jumaat ikut kuliah Tuan Guru di Medan Ilmi, Kota Bharu..... Rehat di Kelantan sekali !. Boleh ?. Tapi, masing-masing bayarlah...........
Pandangannya serius.....tapi baik orangnya, al-HamdulilLAH, baik....insyaAllah berkekalan sebagai amal soleh... Amin. Cik Su bersama anak bongsu Pak Cu - Cik Su, Ahmad Fathan Jundulah, "seorang tentera Allah" sepupu Kak Cik, anak saudara Che Ema dan Su Finah......dalam perjalanan menuju ke KL. Rejab yang lalu Anak-anak hari ini, kecil setahun umur telah naik flight... Hari naik flight kita naik flight, hari naik bas kita naik bas dan hari naik kereta buruk kita naik kereta buruk....boleh belaka !
.
Harapnya bila besar nanti naik flight ke Mesir atau ke Jordan atau ke Yaman atau ke Syria atau ke Sudan atau ke Pakistan untuk menuntut ilmu ALLAH. Kalau 'menurun' abinya, ke Pakistan dan ke Mekah.
.
Kak Cik ke Mesir ! ... Itu tak berjaya lagi, masih belajar dah jadi sebutan, "contoh"...bila berjaya....lagi disebut syukurkan.
Jangan lupa al-Qur'an .... bukan tengok replika ini / gambar saja...tapi baca selalu dan amal...insyaAllah.... Dengan Berpandukan Petunjuk 114 Surah.....hidup tenang. Kena baca al-Qur'an 'walau satu ayat sehari'. Bertuah orang yang belajar di Mesir kalau dalam masa belajar apa pun dapat atur jadual belajar al-Qur'an. Hafal al-Qur'an lagi baik. Kalau tak boleh menghafal pun paling tidak boleh memahami hukum tajwid dan praktikalnya. Suatu hari nanti bila habis belajar dapat guna ilmu itu untuk mengajar al-Qur'an untuk masyarakat. Yang tentunya untuk anak-anak. Bertuah dan berkat jika ibu atau bapa sendiri yang memberi ilmu kepada anak darah daging sendiri. InsyaAllah.
.
Gambar yang tertera itu ialah replika al-Qur'an yang berdiri gagah di depan Muzium Istana Jahar. Replika ini didirikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai simbolik bahawa Negeri Kelantan amat mencintai al-Qur'an. Gambar itu diambil dari arah Royal Guest, sebuah hotel empat bintang yang terdekat dengan Masjid Muhammadi.

Masjid Kamil Hasan.....model Masjid Uthmani. Plan tapak asas 100 peratus ikut masjid ini. Cuma ada tambahan di plan Masjid Uthmani disebelah kiri dan kanan terdapat bilik seluas 10 x 15 kaki persegi....tentu ia lebih besar dari Masjid Kamil Hasan... ya !...semuanya 7000 kaki persegi. Masjid yang terletak di Mukim Pendek ini khabarnya banyak disumbangkan oleh seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur yang nama gurunya Kamil dan ayahnya Hasan jadi diberi nama Masjid Kamil Hasan. Masjid Uthmani tak bertemu lagi dengan hamba Allah yang seperti ini untuk infak fi sabiliLLAH. Model bangunan Bait-ul-Akhdhar yang akan menempatkan bilik Doktor Mahfuzah untuk 'Program Khidmat Bulanan' yang akan dibina berhampiran Masjid Uthmani.... Katakan, "insyaAllah"...."insyaAllah". Gambar bangunan yang tertera ini ialah bangunan Makmal Al-Qur'an dan al-Hadith yang terletak di Kampung Aman [dulu Kampung Berangan] Pasir Puteh..... Cantik... InsyaAllah akan dibina bila Masjid Uthmani siap 50 peratus. Sekarang Masjid Uthmani baru 5 peratus.... Baru selesai fasa pertama dan kedua. Kerangka pun belum siap, baru 16 batang tiang.


Sebanyak 16 batang tiang... Sehingga ini telah memakan kos RM 50 ribu. Dijangka Masjid Uthmani akan menelan kos RM 1 juta. Banyaknya !!!!!!!. Ya...dengan 7000 kaki persegi dalam keadaan barang yang mahal. InsyaAllah, rumah Allah...DIA akan persiapkan... Kepada siapa yang terbaca dan faham apa maksud saya tolong....tolong....tolong....tolong doakan. Ringkas saja, "Ya ALLAH tolonglah permudahkan dia [ saya lah.... FIKRI / FAKRI al-Kulami al-Kelantani ] untuk bina Masjid Uthmani". Kalau nak tahu lengkap tentang Masjid Uthmani, sila ke http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ....kemudian sebulan lagi akan bertukar alamat ke http://www.masjiduthmani.com/ ...insyaAllah.


Kepada para mahasiswa Universiti al-Azhar yang dimuliakan Allah dan semua penuntut di bumi ambia yang terbaca blog ini, selain tolong berdoa..jika sudi, boleh beritahu kepada ayah atau bonda atau saudara mara atau sesiapa yang ingin berkebajikan bolehlah buat sumbangan. Selain mengatib tahlil untuk arwah boleh juga derma atas namanya untuk bina Masjid Uthmani.

Yang diatas dukung ini, Ahmad Fathan Jundullah. Inilah harapan untuk menjaga dan memakmurkan masjid ini bersama abangnya Ahmad Fathi Rabbani. Seorang 'Rabbani' dan seorang 'Jundullah'. Moga-moga kedua-duanya menepati nama yang diberikan. Boleh tengok kedua ini di www.fathifikri.blogspot.com dan www.fathanfikri.blogspot.com. Saya telah buat blog untuk mereka untuk membentuk fikirannya dengan program "sila baca catatan abi" dalam blog.
.
Matlamatnya 'pembentukan dan pembinaan fikrah' anak-anak. Sikit masa lagi bila mereka pandai mencatat sendiri kita beri lesenlah. Saya mencadangkan setiap kita ada blog sendiri kerana kita boleh mencatat yang baik untuk mengajak kepada kebaikan....kepada keimanan...kepada keakhiratan.


Ini Kota Bharu, bukan di Madinah atau di Kaherah. Tengooooooook...ada Jalur Gemilang. Kelantan bergemilang dalam bangunan yang seni bina Islam sejak 1990. Polisi kerajaan negeri dimana bangunan yang hendak dibina di kawasan yang ditetapkan mesti bersenibina Islam. Banyak lagi perubahan di Kelantan. Kalau anak Kelantan di luar negara tidak bersemangat untuk balik jaga negeri Tanah Rendah Sekebun Bunga ini siapa lagi ? Yang jadi doktor balik kerja ditanah air....kemudian buka klinik sendiri suatu hari nanti. InsyaAllah. Tapi ingat, bukan kita yang menyembuh tapi Allah. Untuk Allah sembuhkan pesakit melalui kita 'doktor' kena mula dari sekarang. Untuk itu ingat kata-kata semasa minum diaras 2 masa makan malam di Food Garden tu !

Taman yang diindah ini bermula dengan hati yang indah. Atau dengan ayat lain, keindahan itu bermula di hati. Seorang yang kerjayanya ada kaitan dengan menolong orang lain mesti punya hati yang indah. Diantara ciri-ciri indah it ialah tenang. Ketenangan tidak mudah wujud kecuali dengan latihan dan kefahaman. Hati yang indah ialah suatu anugerah dan tambahan kurniaan Allah kepada hambaNya. Bagaimana untuk dapatkan hati yang indah ini ?. Bagaimana untuk merasai anugerah ini ?. Sumber utama ialah kenal akan Allah. Dari sumber ini wujudnya suatu ingatan yang istimewa kepadaNya. Ingatan yang istimewa dibuktikan dengan 'az-zikr'... Az-zikr yang paling utama ialah as-solah. Selain solat fardhu, solat malam yang dinamakan juga tahajjud adalah seutama-utama kegiatan hidup hamba yang beriman. Dari sini bermula segalanya dalam perjalanan menuju Rabbi.

Menjadi pegangan kita orang yang beriman bahawa "Allah adalah Sumber Segalanya". Penyakit diubati doktor, dengan izin Allah.....sembuh. Allah Yang Maha Menyembuh. Bererti seorang bakal doktor perlu sangat memahami dan meyakini asas ini. Juga bererti, seorang doktor pasti berharapkan agar Allah memberi kesembuhan melalui tangannya. Seperti juga seorang guru pasti mengharapkan bahawa melalui pengajarannya murid memahami sesuatu ilmu itu. Persoalan yang perlu diutamakan sekarang kepada bakal seorang doktor ialah yang pertama memahami ilmu kedoktoran. Keduanya mengharapkan setelah menjadi doktor agar diberi bantuan oleh Allah dimana ikhtiarnya mengubati pesakit memberi kesan, yakni sembuh. Atau pesakit juga sejuk, tenang dan sembuh bila bertemu doktor. Dari mana nak dapat ini semua ? Dari Allah S.W.T. Bagaimana nak dapatkan suatu yang mahal dari Allah itu ?. Boleh dapatkannya. Mulakan usaha untuk mendapatkannya dari sekarang. Mulakan dari sekarang. Bagaimana ?.


Seorang mukmin boleh memahami bagaimana untuk dapatkannya. Kanak-kanak tak mungkin memahami persoalan ini.

Bersedia memahami.....

Ilmu didapati hasil dari belajar. Apa yang dipelajari dengan penuh minat dan kecintaan akan melekat dan mendarah daging....sebati dan sejiwa. Kanak-kanak tak memahami apa yang kita orang-orang tua maksudkan . Mereka hanya memahami dan hanya inginkan ilmu berkaitan bermain dan makan minum serta rehat saja. Orang tua tak ada masa bermain.
.
Orang tua belajar diatas kefahaman dan dorongan tauhid kepadaNya. Tauhid pula perlu diperkasa, diperkemaskan dan ditingkatkan dari masa kesemasa atas nama keimanan kepadaNya. Bererti, masa belajar .. istimewanya seorang pelajar perubatan. Akan meningkat keimanannya kepada Allah kerana proses pengkajian dari masa kesemasa meningkat. Seorang pelajar perubatan adalah pelajar yang belajar tentang kejadian Allah dan penyelesaian kepada masalah tersebut. Oleh itu wajib mendekatkan diri dengan Allah untuk mohon bantuan memahami masalah dan kerenah alam yang disunnahkan Allah. Segar lawan sakit..... amat dekat dengan kita dan sangat amat dekat dengan Allah. Allah itu dekat dengan hambaNYa tapi hambaNya jauh denganNya jika tiada iman dan tauhid

Mahukan keindahan dan kecantikan .....


M.... belajar Medic, ....Mahu pakai Mercedes ?, walaupun Mahal, tapi Mampu...insyaALLAH... bukannya Maddiyyah, tapi Merealisasikan Matlamat, Mahu Merasai dan Mengecapi ... untuk Mensyukuri dalam Mencari MARDHATILLAH.... Wahai M, jangan Megah nanti Merana selepas Mati...ingatkan Allah S.W.T.


Syukur..... masih ada...
Selamat tinggal 1 Malaysia..... MardhatilLah didahulukan....Pelajaran diutamakan...

Heret....Pikul...Bimbit.... Begitulah perjuangan ... Kalau tak heret, pikul dan bimbit kerja kita siapa lagi nak heret, pikul dan bimbit.... Itulah antara tanda-tanda akan berjaya.


Ambil juga hak ni.... hak buka beg ni... Dok mana eh? Hak mana eh? Pelik eh?
Cari apa tu ?.... tertinggal pasport ke ? ...ko tertinggal anak kunci rumah sewa ?... Takkan bawa beg kertas ke Mesir ?... Aku buka beg depan ramai, tak kisah, yang penting "bereeeeeeees".
"Kak tolong kak"
"Saya nak tolong, tapi......"

"Kalau saya tolong adik seorang nanti........"

"Berapa RM ?
"RM 1 ribu"


"Selewatnya datang sini jam berapa ?"
"Tujuh setengah"
"Sempatlah, insyaAllah"
"Terima kasih Puan Amelia, saya akan masukkan gambar ini dalam blog......" Puan Amelia dah lihat atau belum gambar ini...
Lepas solat subuh....sebelum ckeck in...dihalaman surau KLIA

Sekarang belajar di Mesir.....mula-mula jumpa tahun 1999. Ketika tahun 1988 tahun ke Pakistan tak ada lagi.... Anaknda, belajar bersungguh-sungguh...berjaya, insyaAllah

Akhir sekali, jangan lupa bahawa Pak Cu sedang bina MASJID UTHMANI, doakan moga-moga ALLAH S.W.T. permudahkan urusan pembinaannya. Sedikit dan padat untuk dimasukkan dalam doa, "Ya ALLAH, tolong permudahkanlah urusan Pak Cu bina masjid tu"
.
Tunggu lain cerita... InsyaAllah akan edit semula untuk tambah beberapa perkara yang akan disampaikan












Sabtu, 2 Oktober 2010

Ke Mesir

Sabtu - 2 Oktober 2010.
.
Hujan lebat petang ini mengiringi Kak Cik Mahfuzah dan kami anak beranak yang meraikannya mengucap selamat tinggal pemergiannya ke Mesir. Kak Cik masuk tahun ketiga di Cairo.

..............................................Kak Cik dan ayahandanya ..... juga Mek Na....

................Kak Ti, Mek, ayahanda Kak Cik meriba Mek Na [ Husna ] Kak Cik, Adik Maisarah dan abang Lan meriba Ustaz Baihaqi

.......................................................Maisarah, Mek dan Kak Cik

.......jam 2:30 pagi di halaman surau aras lima KLIA....tidurlah...begitulah jadi orang musafir...tidur tak selesa....nanti tidur atas flight pula.... !!!!