Isnin, 20 Disember 2010

Cerita Tok Kenali di 'Cherita' Kota Bharu

Tok Kenali di Cherita.



Hari ini, selepas hantar anak, Ahmad Fathi Rabbani di KIAS Nilam Puri, ada urusan di Kota Bharu yang perlu dibereskan. Seperti biasa sebelum berurusan apa pun, urusan makan minum mesti dibereskan.
.
Tempat yang menjadi pilihan untuk meraikan perut pagi ini ialah di Restoran Cherita. Bagi orang yang 'kuat' hari ini adalah hari yang terbaik untuk bersama Rasulullah S.A.W. dengan berpuasa sunat hari Isnin. Saya tidak mampu sejak akhir-akhir ini bila 'darah rendah' menguasai diri.
.
Restoran Cherita, ceritanya istimewa kerana pemiliknya yang khabarnya berasal dari Wakaf Bharu pandai bercerita. Bila meletakkan gambar Tok Kenali disitu bererti tuan punya paling tidak mengingatkan dirinya sendiri tentang cerita Tok Kenali.
.
Jika pelanggannya meminati Tok Kenali tentu ia akan menunjukkan respon yang positif dengan berbagai certia tentang Tok Kenali. Saya mempunyai cara sebegini. Tok Kenali, yang dikenali, tokoh yang tidak asing malah berjasa besar kepada rakyat dan Negeri Kelantan.
.
Tok Kenali adalah tokoh yang tidak ada tolok bandingnya dalam memartabatkan Islam di bumi bertuah Kelantan dalam setiap sudut. Sudut pendidikan, sudut kerohanian, sudut politik, sudut sastera dan sebagainya telah diadun seISLAM mungkin oleh Tok Kenali dizamannya.
Tahniah kepada pihak pengurusan Cherita kerana menampilkan gambar Tok Kenali. Kerajaan Negeri Kelantan juga telah memanafaatkan nama Tok kenali di Tabung Tok Kenali untuk mencapai matlamat kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan..
.
Akan bersambung...............insyaAllah.