Jumaat, 4 Mac 2011

Kuliah Jumaat Masjid Perpaduan Ummah

Kuliah Jumaat Masjid Perpaduan Ummah
.
Syukur kehadrat Allah, hari ini saya menyampaikan kuliah di Masjid Perpaduan Ummah yang saya menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kuliah Jumaat di masjid ini.
.
Sempena bulan Rabi-ul-Awwal yang termasyhur dengan kelahiran junjungan Rasulullah SAW. saya memilih ayat 1 hingga 4 dari Surah al-Hujurat untuk dijadikan bahan fikir pagi ini sebagai bekal hidup selamanya.
.
Surat al-Hujurat ayat 1 hingga 4 maksudnya ialah:
Ayat 1: "Wahai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu memandai-mandai mendahului (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukun atau kebenaran) Allah dan Rasulnya; dan bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Ayat 2: "Wahai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suara semasa bercakap dengan setengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya"
Ayat 3: "Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah SAW. merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar".
Ayat 4: "Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahli mu wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti".
.
Selesai Kuliah Jumaat jam 10:45 pagi. Selepas majlis, diadakan jamuan ringan sekadar teo-o dan roti dan sedikit kueh mueh. Jam 11 lebih saya lihat hp. saya dihubungi oleh seorang hamba Allah yang saya tidak kenali. Lalu saya menghubunginya kembali. Beliau dari KL yang asal dari Kelantan bertanya khabar tentang pembinaan Masjid Uthmani. Sekarang dan tadinya, "saya ucapkan terima kasih diatas perhatian Abang Haji terhadap masjid ini". Saya memanggilnya "Abang Haji" kerana ia lebih tua dari saya walaupun sya tidak mengenalinya.
.
Lama tidak mencatat di blog ini. Hari ini kerana ada cerita demikian saya mencatat kembali. Kerana sekarang jam 7 hampir malam saya terpaksa menutup laptop ini untuk membuat persiapan nak ke Masjid Jamek Kampung Kolam untuk Kuliah Maghrib..
.
Dengan Berkat Petunjuk 114 Surah kita BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN memakmurkan bumi Allah. Amin