Isnin, 23 Ogos 2010

Rahmat...hujan ramadhan

Sejak Ramadhan....Jumaat, 11 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2010, bumi Kampung Kolam di basahi air hujan. Hujan yang pertama kali turun sejak Ramadhan.

Ramadhan yang bermaksud 'panas terik' hari ini dihayati dengan rahmat air dari Allah. Suatu yang bercanggah dengan akal manusia memikirkannya.


Rahmat adalah anugerah Allah. Orang munafiq, tidak ada peruntukan hukuman bunuh terhadapnya adalah rahmat. Aqal manusia menjuruskan bahawa orang munafik layak dibunuh kerana keganasan mereka berpura-pura dengan Rasulullah dan orang beriman.

.

Sahabat mencadangkan kepada Rasulullah supaya dibunuh tetapi Rasulullah menolak kerana bimbang fitnah terhadap agama atau diri Rasulullah yang akan dianggap melakukan pembunuhan terhadap sahabatnya.
.

Kenapa digunakan perkataan 'sahabatnya' ? Diantaranya kerana orang munafiq bersama dengan baginda. Dalam keadaan bersama baginda tetapi melakukan pengkhianatan dan kejahatan jua. Tetapi tiada hukuman bunuh. Inilah rahmat dari Allah yang jika aqal yang menjadi panduan hukum tentu ia memberi masalah.
.

Tetapi dengan rahmat jua aqal boleh tunduk walaupun hati cukup bosan, benci, jijik dan mengingkari kerja-kerja orang munafiq.


Ahmad Fathi Rabbani dihari pertama berpuasa

Ramadhan, dengan makna 'panas terik' didalamnya turun hujan. Inilah rahmat Allah dalam mendidik hambaNya. Bagi mereka yang baru berpuasa tentu terasa sejuk dan tidak merasakan peritnya puasa. Ini adalah anugerah yang dari Allah.