Selasa, 23 Februari 2010

[ 35 ] Menuju Ke Fasa Kedua Pembinaan Masjid Uthmani

Jangan lupa akaun Masjid Uthmani...InsyaALLAH
RBH Bank: -2-53025-0000563-0-
atau
CIMB:0301-0004030-20-5

Jalan "tak terurus" lagi... dari arah Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah Tok Junuh...sekarang di gunakan untuk laluan ke Darul Ulum Al-Muhammadiah dari arah belakang

Syukur, hari ini 9 Rabi-ul-awwal 1431 Hapa yang saya rayu dan pohon dari Allah, hari ini Dia Yang Maha Menentukan telah mengizinkan saya meneruskan rancangan untuk menuju ke fasa ke 2 pembinaan Masjid Uthmani.


Kerja -kerja membersihkan kawasan sekitar halaman tapak Masjid Uthmani yang banyak semak samun setelah setahun terbengkalai telah menjadi kerja asas hari ini.



Bila diambil gambar untuk mohon derma dan sumbangan tapi gambar yang kelihatan semak samun tidak menarik hati untuk menceriakan jiwa dan minda membuat keputusan bahawa "hamba" perlu infak fi sabililLah.

Harap-harap dengan keceriaan ini akan menceriakan jiwa untuk muslimin dan muslimat membuat keputusan.

Isnin, 8 Februari 2010

[ 34 ] Tahun Baru Cina ... "Di Kelantan, Cina Ada Tahu"

Selamat Tahun Baru Cina.....Kong Hi Fat Choy kepada sahabat- sahabatku dari Tiong Hoa

Semalam saya solat maghrib di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa dan selepas itu saya dan isteri serta Ahmad Fathi Rabbani ke Pasaraya Pantai Timur di Taman Bendahara Pengkalan Chepa .
Kebetulan sampai di perkarangan pasaraya itu masa menunjukkan hampir azan Isyak. Sedang berkira-kira untuk tinggalkan isteri dan anak di tempat itu saya melihat sekumpulan pemuda dari pancaragam kaum Tiong Hua. Saya mengagak itu adalah kumpulan tarian naga.

Betul, bila menghampiri terdapat seekor singa sedang berehat kemudian diikuti dengan beberapa orang budak-budak belasan tahun berlari anak untuk membuat barisan seolah untuk memulakan acara mereka.

Saya lihat jam hampir masuk waktu isyak dan radio di pasaraya itu sedang bersedia untuk mengalunkan azannya tanda masuknya waktu isyak.

Tiba-tiba hati berbelah bagi samada untuk kembali ke Masjid As-Salam yang terletak di jalan menuju ke PUTIK untuk solat atau melihat bagaimana akhirnya kumpulan itu kerana azan hampir sudah hampir.

Saya mencari mana satu 'bosnya'. Sedang mencari-cari bos kumpulan tarian naga itu tiba-tiba di gerakkan Allah terpandang seorang pemuda tionghua sedang menunjukkan sesuatu keatas.

Saya diberi ilham, memahami bahawa pemuda orang itu menunjuk-nunjuk keatas kerana terdengar dari speker pasaraya itu alunan muzik untuk memperdengarkan azan isyak bila-bila masa.

Isyarat pemuda tionghua itu seolah-olah berbunyi, "tunggu dulu...kerana azan akan dikumandangkan ...kita kena hormat, ini di Kelantan". Selepas pemuda itu mengisyaratkan demikian, azan isyak di perdengarkan.

Jadi, apa makna ini semua ? [ 01 ] Pasaraya memperdengarkan radio untuk memperdengarkan waktu solat. [ 2 ] Program tarian naga di tangguhkan untuk menghormati azan [ 3 ] Kepatuhan ahli pancatragam tarian naga kepada bosnya tanpa sebarang masalah

Saya terperangkap dengan suasana ini, Ahmad Fathi Rabbani mahu melihat tarian naga. Saya pun ikut sama mengikutinya walaupun tak minat sangat. Meraikan anak kehilangan solat isyak berjamaah sebagaimana yang dirancang untuk ke Masjid As-Salam.

Apa makna ini semua ? "Di Kelantan, Cina ada tahu" "..... ini Kelantan"

Rabu, 3 Februari 2010

[ 33 ] Muamalat


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai tinggi Bank Muamalat

Muamalat adalah suatu ajaran Islam. Maka agama Islam adalah agama muamalat. Tidak tertegak Islam jika rosak atau kita meninggalkan muamalat.

Pihak DRB-Hicom hari ini melangkah selangkah lagi kehadapan dalam muamalatnya dengan hamba-hamba Allah. Bank Muamalat Cawangan Kok Lanas diresmikan pagi ini oleh YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Terletak di tempat yang strategik di Taman Saidina Ali. Di persekitarannya terdapat sebuah klinik swasta, iaitu Klinik Farhain milik Doktor Afif. Dikelilingi taman-taman perumahan dan masyarakat kampung serta pusat-pusat pengajian.

Dibahagian belakang terdapat sebuah masjid yang dibina oleh pihak "Ali Homes" dan dibahagian depan sebelah kanan bank terdapat sebuah lagi masjid yang sedang dibina. Khabarnya masjid ini di bina oleh Tan Sri Abdullah Ahmad. Terdapat juga sebuah surau dibahagian hadapan bank di belakang kubur Kok Lanas.

Saya bertuah hari ini kerana tak sangka jumpa sahabat saudara Nik yang saya kenali dua tahun di KLIA ketika menghantar anak saudara untuk ke Mesir dan beliau menghantar adiknya.

Sempena perasmian, saya mengambil kesempatan untuk buka akaun milik peribadi saya di Bank Muamalat ini. Sempat saya beritahu sahabat saya Nik tadi bahawa saya akan buka akaun untuk Masjid Uthmani hari ini juga saya mengambil borang permohonan untuk buka akaun masjid tersebut.

Kini Masjid Uthmani telah memiliki dua akaun iaitu RHB dan CIMB. Bila ada akaun Bank Muamalat nanti saya harap agar urusan hamba Allah untuk menginfak fi sabiliLlah untuk membina bersama Masjid Uthmani di mudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.

Dijangkakan pada bulan Rabi-ul-Awwal nanti akan tercapai hasrat dan perancangan ini. Amin.

[ 32 ] Kembalinya Seorang Mujahidah

Jam 11 pagi sampai di perkarangan sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Pasir Puteh. Sebuah rumah 'ala kampung' yang sederhana kecil besarnya. Rumah yang menggambarkan kesederhanaan seorang pejuang, tiada sedikit pun unsur-unsur keelitan dalam hidup penghuninya. Ini lah rumah kediaman peninggalan Kak Som.

Pagi tadi, jam 2 pagi saya menerima sms daripada seorang sahabat, "Muslimah Pejuang Islam...Kak Som Pasir Puteh telah kembali kerahmatulLah pada jam 1:20 pagi tadi....Al-Fatihah". Saya mengenalinya, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Hati kecil saya terlintas, "payah nak lahirkan pemimpin seumpamanya". Pagi semalam, [ Selasa ] seperti biasa, Allahyarhamah Kak Som "mengajar" di kuliah mingguan di Kedai Selising.

Sihat, tenang dan tiada tanda-tanda yang mencurigakan, kata seorang aktivis yang selalu bersamanya. Ditambah pula beliau mendapat seorang cucu baru, "penat tak tersedar seorang nenek", suatu kesimpulan yang tepat.

Pada petang semalam beliau jatuh di rumahnya. Di bawa ke Hospital Tengku Anis dan di bawa pula ke HUSM Kubang Kerian. Khabarnya kerana tekanan darahnya naik dengan tinggi... [ 200 lebih ] ... MasyaAllah... itulah kehendakNya.

Sampai ke waktunya beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam tersebut dalam keadaan tenang.

Moga-moga Allah merahmati, mengampuninya dan meletakkan rohnya bersama roh orang-orang soleh, pejuang agama Allah dan mendapat bayangan syurga. Amin.

Selasa, 2 Februari 2010

[ 31 ] Masjid Ar-Rasyidi...Masjid Uthmani Mohon Bantuan

Syukur, dengan rahmat Allah S.W.T. maghrib hari ini saya sampai kali kedua di Masjid Ar-Rasyidi, Masjid Jamek Mukim Patek, Kadok, Ketereh diatas inisiatif Imam Mukim, Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Umar.

Kali pertama pada hari Jumaat lalu, [ 29 Jan 2010 ] saya bersama anak [ Ahmad Fathi Rabbani ] dan Imam Muda kampung saya yang juga Setiausaha Masjid Uthmani, saudara Hashim telah menziarahi Ustaz Abu Bakar dan mendengar khutbah Jumaat di Masjid Ar-Rashidi ini.

Gambar ini diambil semasa Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Umar ke kampung saya untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

Kedatangan kali ini seorang diri sahaja. Tujuan kedatangan adalah untuk minta tolong "adik kakak" disini untuk bina masjid bersama saya.

Kelebihan masjid ini adalah kerana disebelahnya terdapat dua belah sekolah untuk anak-anak kita belajar agama iaitu di Darul Ulum Al-Muhammadiah dan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah.

Darul Ulum adalah salah sebuah sekolah dibawah program "Sekolah Agama Bantuan Kerajaan" manakala Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah adalah sebuah sekolah / madrasah tahfiz swasta yang akan menerima pelajar tidak lama nanti, insyaAllah.

Dengan adanya dua sekolah tersebut, diharap masjid ini akan hidup dengan program yang akan disusun oleh mereka yang terbabit nanti, insyaAllah.

Masjid ini dirancang seluas 7 ribu kaki persegi. Bangunan induk yang keluasan lebarnya 55 kaki dan panjangnya 65 kaki menjadikan keseluruhan luas 3575 kaki persegi.

Ditepi setiap sebelah masjid ini, akan dibina 2 buah bilik seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang yang menjadikan keseluruhan 4 bilik seluas 600 kaki persegi.

Kegunaan bilik-bilik ini adalah untuk keperluan semasa seperti:
[ i ] ibu bapa yang menziarahi anak-anak di kedua sekolah itu untuk berehat [ beri'tikaf ] disamping berziarah anak-anak. [ ii ] bulan Ramadhan untuk i'ktikaf khususnya diakhir bulan.
[ iii ] kedatangan sahabat-sahabat dari Jamaah Tabligh untuk sama-sama melakukan usaha dakwah. [ iv ] program-program tarbiah. [ v ] program kebajikan ketetamuan dan lain-lain yang dikira bermanfaat.

Diatas asas anggaran RM 100 [ satu ratus ] bagi 1 kaki persegi, bangunan induk memerlukan sebanyak RM 357.00.

Fasa Kedua yang insyaAllah akan di mulakan pembinaannya pada bulan Rabiul-Awwal nanti hanya untuk membina asas [ foundation ] binaan 2 kaki lagi tinggi dan tiang sebanyak 20 batang serta binaan asas bahagian atas.

Saya bersyukur kerana dapat sama-sama melancarkan derma dan penjualan lot pembinaan Masjid Uthmani dengan sama-sama membaca surah al-Fatihah di majlis taklimat tadi.

Terima kasih diatas kepercayaan Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Saya berharap usaha ini mendapat sokongan dari saudara seaqidah dan seperjuangan. Amin

Isnin, 1 Februari 2010

[ 30 ] Tetamu Dari Hudaibiah

20 tahun di Hudaibiah sebagai imam di Masjid Hudaibiah, Saudi. Sesiapa yang pernah menziarahi Hudaibiah ketika berumrah atau haji mungkin bertemu dengannya. Beliau ialah Muhammad Abdul Salam Al-Hafiz Bangladeshi.

Pagi-pagi saya dikunjunginya. Beliau sudah tiga hari di Kelantan dibawah seliaan Ustaz Wan Hasan, Pengurus Syarikat Pelancungan YASKIN, Jalan Bayam yang selalu membawa hamba Allah ke Mekah.

Beliau mengenali saya semasa saya belajar di Mekah dulu. Alamat yang saya bagi beberapa tahun dulu disimpannya. Abang Haji Ali, kakitangan Yaskin yang membawanya ke Kampung Kolam.

Saya membawanya menziarahi tapak Masjid Uthmani. Masjid yang saya perkenalkan kepadanya nama tersebut supaya beliau mendoakan agar Allah memudahkan urusan saya membina masjid tersebut.