Rabu, 3 Februari 2010

[ 33 ] Muamalat


Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bersama pegawai-pegawai tinggi Bank Muamalat

Muamalat adalah suatu ajaran Islam. Maka agama Islam adalah agama muamalat. Tidak tertegak Islam jika rosak atau kita meninggalkan muamalat.

Pihak DRB-Hicom hari ini melangkah selangkah lagi kehadapan dalam muamalatnya dengan hamba-hamba Allah. Bank Muamalat Cawangan Kok Lanas diresmikan pagi ini oleh YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

Terletak di tempat yang strategik di Taman Saidina Ali. Di persekitarannya terdapat sebuah klinik swasta, iaitu Klinik Farhain milik Doktor Afif. Dikelilingi taman-taman perumahan dan masyarakat kampung serta pusat-pusat pengajian.

Dibahagian belakang terdapat sebuah masjid yang dibina oleh pihak "Ali Homes" dan dibahagian depan sebelah kanan bank terdapat sebuah lagi masjid yang sedang dibina. Khabarnya masjid ini di bina oleh Tan Sri Abdullah Ahmad. Terdapat juga sebuah surau dibahagian hadapan bank di belakang kubur Kok Lanas.

Saya bertuah hari ini kerana tak sangka jumpa sahabat saudara Nik yang saya kenali dua tahun di KLIA ketika menghantar anak saudara untuk ke Mesir dan beliau menghantar adiknya.

Sempena perasmian, saya mengambil kesempatan untuk buka akaun milik peribadi saya di Bank Muamalat ini. Sempat saya beritahu sahabat saya Nik tadi bahawa saya akan buka akaun untuk Masjid Uthmani hari ini juga saya mengambil borang permohonan untuk buka akaun masjid tersebut.

Kini Masjid Uthmani telah memiliki dua akaun iaitu RHB dan CIMB. Bila ada akaun Bank Muamalat nanti saya harap agar urusan hamba Allah untuk menginfak fi sabiliLlah untuk membina bersama Masjid Uthmani di mudahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah.

Dijangkakan pada bulan Rabi-ul-Awwal nanti akan tercapai hasrat dan perancangan ini. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan