Isnin, 8 Februari 2010

[ 34 ] Tahun Baru Cina ... "Di Kelantan, Cina Ada Tahu"

Selamat Tahun Baru Cina.....Kong Hi Fat Choy kepada sahabat- sahabatku dari Tiong Hoa

Semalam saya solat maghrib di Masjid As-Salam Pengkalan Chepa dan selepas itu saya dan isteri serta Ahmad Fathi Rabbani ke Pasaraya Pantai Timur di Taman Bendahara Pengkalan Chepa .
Kebetulan sampai di perkarangan pasaraya itu masa menunjukkan hampir azan Isyak. Sedang berkira-kira untuk tinggalkan isteri dan anak di tempat itu saya melihat sekumpulan pemuda dari pancaragam kaum Tiong Hua. Saya mengagak itu adalah kumpulan tarian naga.

Betul, bila menghampiri terdapat seekor singa sedang berehat kemudian diikuti dengan beberapa orang budak-budak belasan tahun berlari anak untuk membuat barisan seolah untuk memulakan acara mereka.

Saya lihat jam hampir masuk waktu isyak dan radio di pasaraya itu sedang bersedia untuk mengalunkan azannya tanda masuknya waktu isyak.

Tiba-tiba hati berbelah bagi samada untuk kembali ke Masjid As-Salam yang terletak di jalan menuju ke PUTIK untuk solat atau melihat bagaimana akhirnya kumpulan itu kerana azan hampir sudah hampir.

Saya mencari mana satu 'bosnya'. Sedang mencari-cari bos kumpulan tarian naga itu tiba-tiba di gerakkan Allah terpandang seorang pemuda tionghua sedang menunjukkan sesuatu keatas.

Saya diberi ilham, memahami bahawa pemuda orang itu menunjuk-nunjuk keatas kerana terdengar dari speker pasaraya itu alunan muzik untuk memperdengarkan azan isyak bila-bila masa.

Isyarat pemuda tionghua itu seolah-olah berbunyi, "tunggu dulu...kerana azan akan dikumandangkan ...kita kena hormat, ini di Kelantan". Selepas pemuda itu mengisyaratkan demikian, azan isyak di perdengarkan.

Jadi, apa makna ini semua ? [ 01 ] Pasaraya memperdengarkan radio untuk memperdengarkan waktu solat. [ 2 ] Program tarian naga di tangguhkan untuk menghormati azan [ 3 ] Kepatuhan ahli pancatragam tarian naga kepada bosnya tanpa sebarang masalah

Saya terperangkap dengan suasana ini, Ahmad Fathi Rabbani mahu melihat tarian naga. Saya pun ikut sama mengikutinya walaupun tak minat sangat. Meraikan anak kehilangan solat isyak berjamaah sebagaimana yang dirancang untuk ke Masjid As-Salam.

Apa makna ini semua ? "Di Kelantan, Cina ada tahu" "..... ini Kelantan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan