Rabu, 29 September 2010

Syukur..... sedih pemergian sahabat... gembira jumpa...

Gambar ini tak ada kena mengena dengan cerita sedih dan gembira ini... ia sekadar paparan untuk saya lihat sendiri tiga wajah berbeza saya [ bersongkok. ber'tanpa apa-apa' dan bersongkok merah dalam paspot ] juga untuk meyakinkan kepada pengunjung www.masjiduthmani.blogspot.com [ sikit masa lagi bertukar ke: www.masjiduthmani.com ] bahawa saya [ FAKRI BIN AWANG... "benar" dan alamat saya "benar" kerana tertera di surat dan alamat resmi dalam urusan paspot itu.
Okey.
.
Pemergian sahabat yang dikasihi tentu terasa di hati... sedih, sayu... terasa kehilangan. Hari perginya Allahyarham Che Hashim Sulaiman, saya di KB Mall.


Selepas solat asar di KB Mall, saya terima panggilan dari Ustaz Haji Dasuki Daud, anak lelaki Allahyarham Cik'gu Haji Daud [ Bekas ADUN Sering, Pengkalan Chepa ]. Saudara Dasuki memaklumkan "Kak Lah meninggal". "Apa ? Kak Lah ? Kak Lah Rantau Panjang"
.
Itu yang saya dengar. Terfikir, mati mengejutkah Kak Lah, tak kedengaran YB. Rantau Panjang tu sakit, lagi pun setahu saya YB. Kak Lah akan ke Batu Rakit hari ini, program muslimat.
.
Jawab Dasuki, "Bukan Kak Lah, Che Hashim Galas... Baru sepuluh minit kata Dasuki. Baru jelas, antara Kak Lah dan Galas dekat bunyinya...antara "Lah dan Las". Galas adalah nama kawasan DUN yang dimenangi Allahyarham dalam pilihan raya umum lalu, 2008.
.
Kini beliau pergi selamanya. Pergi tak kembali. Saya masih ingat, tahun 1988 sewaktu saya mula-mula menjejakkan kaki di Karachi, Pakistan, beliaulah antara orang menguruskan kehidupan saya. Berulang hari-hari naik bas di Safari Park ke Water Farm bersama Ustaz Li KL dan Ustaz Din PC. Beliau adalah antara pimpinan pelajar dalam Malaysia Islamic Study Group Pakistan.
.
Moga-moga Allah mengampuninya dan menerima perjuangannya.
Al-Fatihah.Amin.
.
Itu yang sedih. Yang gembiranya, saya jumpa semula pasport saya yang saya cari berbulan-bulan sejak menerima surat peringatan resmi dari Jabatan Imigresen Malaysia pada Mei, 2009 bahawa pasport saya akan mati tarikh [ date of expiry ] pada 13 November 2009. Hampir setahun dah pasport itu mati. Saya yakin paspot itu ada.....tapi tersorok dimana ?
Sejak hari ini saya tidak tenang. Sentiasa mencarinya, tapi cari punya cari tak jumpa sehinggalah malam tadi, pasport itu berada dalam laci dan dibawah laci bahagian atas meja baca.
.
Nasib baik saya mengeluarkan semua laci untuk dibersihkan, tiba-tiba terpandang sesuatu yang berwarna merah... oh....p a s p o t...!!!...???...!!!. Syukur kepada Allah, tak rosak... jumpa semula....masih elok...
.
Sebagai kenangan dan pengajaran, saya abadikan disini.
.

Kulit pasport antarabangsa

Ruangan dalam bahagian belakang... berserta gambar yang digunakan untuk permohonan visa ketika umrah terakhir Syawal 1327 / Jun 2006.... Dibawah gambar ini ada tandatangan pembawa pasport [ saya tidak paparkan disini kerana ia tandatangan resmi ]. Di ruangan belakang pasport tertera...antaranya...pada nombor 4 yang berbunyi, "Pasport ini adalah "hak Milik Kerajaan Malaysia" yang amat berharga dan oleh itu ia perlu dijaga dengan rapi."...panjang lagi.......

Syukur ia kembali bersama saya, kalau hilang pihak Jabatan Imigresen Malaysia berhak menyekat saya untuk mendapatkan pasport baru...

Al-Hamdulillah.

Surat peringatan dari Jabatan Imigresen Malaysia ... bertarikh 13/5/2009

Saya akan ke Jabatan Imigresen di bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu untuk sambung pasport kerana pada Ramadhan akan datang saya merancang untuk ke Mekah mengerjakan umrah.

InsyaAllah.

Wallahu A'lam

Ahad, 26 September 2010

Ayahanda tak sihat... umur emas


Ayahanda... dalam usia 80an... syukur masih sihat.....
Gambar bawah, diKlinik Ziad Zahari, Melor...tambah air untuk tambah kecergasan... jantungnya dikesan lemah kerana ada sedikit tersumbat. Ini cerita pertama kali tentang jantung Tok Ayah.
.
Masa sejam juga menunggu ... 10 pagi hingga jam 11... sebotol air

Bersama anak kedua, Abdul Rahman Awang dan isterinya dan isteri Pengerusi Masjid Uthmani serta anak kedua dan ketiga Pengerusi Masjid Uthmani..dirumah abang { Abdul rahman ] pada majlis khenduri kahwin Nur Izni Abdul Rahman

Bersama tetamu, pembawa rahmat... Cikgu Mohammad Nor dari Kuantan yang menziarahi kami..... terima kasih diatas ingatan... Moga-moga Allah merahmati perhubungan ini dan kita bina seterusnya demi suatu usaha bersama untuk menegakkan agama Allah diatas muka bumi ini...insyaAllah. Diucapkan terima kasih dan hanya Allah yang membalas atas sumbangan untuk Masjid Uthmani.

Bersama anak sulung, Hajjah Siti Rahmah Awang dihari raya eid-ul-fitri yang lalu.
Bersama cucu Mohammad Fadhil dan kedua cicit, Ahmad Baihaqi dan Nurul Husna
Semangat bila boleh memegang cucu, Ahmad Fathan Jundullah, anak bongsu Pengerusi Masjid Uthmani, berumur 17 bulan... baru pandai sebut abi.....mama.... Tah untuk panggil abangnya Ahmad Fathi Rabbani
yang dipanggilnya Tah.

Antara cucu-cucu Tok Ayah.... Tok Ayah terharu bila lihat cucunya pandai menghargainya dengan datang ziarah.... "Tak bagi apa pun tak apa...nak jumpa mata...boleh tengok pun tak apa... Ada juga cucu yang kurang cerdik tak pandai ambil hati Tok Ayah !... "tak nak jumpa Tok Ayah .. terasa diri cukup ....barangkali ... boooo kali ! "Misunderstood"

























































































Jumaat, 24 September 2010

Hari Keluarga...Hari Ukhuwwah Islamiah SMK Pangkal Kalong

Sabtu - 16 Syawal, 1431 / 25 September
.
Hari Keluarga...Hari Ukhuwwah...Sambutan Hari Raya Eid Fitri SMK. Pangkal Kalong 2010 / 1431 di Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan......
Cikgu Mohammad PKP SMK. Pangkal Kalong dalam sessi ta'aruf
Mama berta'aruf, "Saya Cik'gu Roslawati Hamzah datang sama husband saya Ustaz Fikri dan anak-anak ...ini Ahmad Fathan Jundullah...

Keluarga PKP....mesra....

Warga SMK. Pangkal Kalong

.....waktu rehat.....

...waktu rehat...
...ikuti acara bowling 'buah kelapa' ...tak ada bakat...kalah !!!

...guni sama tinggi dengan peserta... ooo seronok !!!

...acara lari dalam guni...

.
Selagi masih Syawal, selagi itu lagu-lagu hari raya terasa segar di kumandang. Begitu juga dengan warga Sekolah Menengah Pangkal Kalong...tidak ketinggalan menghayati sambutan menyambut hari raya dengan mengadakan 'Hari Keluarga SMK. Pangkal Kalong' di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan.
.
Saya meraikan warga SMK. Pangkal Kalong, khususnya isteri saya yang bertugas disitu. Mengikuti program santai untuk mengikat ukhuwwah Islamiah dikalangan warga.

Program untuk membina dan mengikat ukhuwwah Islamiah dikalangan kita amat penting. Jika ukhuwwah Islamiah terhakis hilang maka kebaikan yang ada akan ikut hilang juga kerana kebaikan muncul melalui anggota atau ahli sebuah masyarakat tersebut.
....acara bowling 'buah kelapa.... gagal !!!
.......berakhir jam 12 tengahari.