Rabu, 29 September 2010

Syukur..... sedih pemergian sahabat... gembira jumpa...

Gambar ini tak ada kena mengena dengan cerita sedih dan gembira ini... ia sekadar paparan untuk saya lihat sendiri tiga wajah berbeza saya [ bersongkok. ber'tanpa apa-apa' dan bersongkok merah dalam paspot ] juga untuk meyakinkan kepada pengunjung www.masjiduthmani.blogspot.com [ sikit masa lagi bertukar ke: www.masjiduthmani.com ] bahawa saya [ FAKRI BIN AWANG... "benar" dan alamat saya "benar" kerana tertera di surat dan alamat resmi dalam urusan paspot itu.
Okey.
.
Pemergian sahabat yang dikasihi tentu terasa di hati... sedih, sayu... terasa kehilangan. Hari perginya Allahyarham Che Hashim Sulaiman, saya di KB Mall.


Selepas solat asar di KB Mall, saya terima panggilan dari Ustaz Haji Dasuki Daud, anak lelaki Allahyarham Cik'gu Haji Daud [ Bekas ADUN Sering, Pengkalan Chepa ]. Saudara Dasuki memaklumkan "Kak Lah meninggal". "Apa ? Kak Lah ? Kak Lah Rantau Panjang"
.
Itu yang saya dengar. Terfikir, mati mengejutkah Kak Lah, tak kedengaran YB. Rantau Panjang tu sakit, lagi pun setahu saya YB. Kak Lah akan ke Batu Rakit hari ini, program muslimat.
.
Jawab Dasuki, "Bukan Kak Lah, Che Hashim Galas... Baru sepuluh minit kata Dasuki. Baru jelas, antara Kak Lah dan Galas dekat bunyinya...antara "Lah dan Las". Galas adalah nama kawasan DUN yang dimenangi Allahyarham dalam pilihan raya umum lalu, 2008.
.
Kini beliau pergi selamanya. Pergi tak kembali. Saya masih ingat, tahun 1988 sewaktu saya mula-mula menjejakkan kaki di Karachi, Pakistan, beliaulah antara orang menguruskan kehidupan saya. Berulang hari-hari naik bas di Safari Park ke Water Farm bersama Ustaz Li KL dan Ustaz Din PC. Beliau adalah antara pimpinan pelajar dalam Malaysia Islamic Study Group Pakistan.
.
Moga-moga Allah mengampuninya dan menerima perjuangannya.
Al-Fatihah.Amin.
.
Itu yang sedih. Yang gembiranya, saya jumpa semula pasport saya yang saya cari berbulan-bulan sejak menerima surat peringatan resmi dari Jabatan Imigresen Malaysia pada Mei, 2009 bahawa pasport saya akan mati tarikh [ date of expiry ] pada 13 November 2009. Hampir setahun dah pasport itu mati. Saya yakin paspot itu ada.....tapi tersorok dimana ?
Sejak hari ini saya tidak tenang. Sentiasa mencarinya, tapi cari punya cari tak jumpa sehinggalah malam tadi, pasport itu berada dalam laci dan dibawah laci bahagian atas meja baca.
.
Nasib baik saya mengeluarkan semua laci untuk dibersihkan, tiba-tiba terpandang sesuatu yang berwarna merah... oh....p a s p o t...!!!...???...!!!. Syukur kepada Allah, tak rosak... jumpa semula....masih elok...
.
Sebagai kenangan dan pengajaran, saya abadikan disini.
.

Kulit pasport antarabangsa

Ruangan dalam bahagian belakang... berserta gambar yang digunakan untuk permohonan visa ketika umrah terakhir Syawal 1327 / Jun 2006.... Dibawah gambar ini ada tandatangan pembawa pasport [ saya tidak paparkan disini kerana ia tandatangan resmi ]. Di ruangan belakang pasport tertera...antaranya...pada nombor 4 yang berbunyi, "Pasport ini adalah "hak Milik Kerajaan Malaysia" yang amat berharga dan oleh itu ia perlu dijaga dengan rapi."...panjang lagi.......

Syukur ia kembali bersama saya, kalau hilang pihak Jabatan Imigresen Malaysia berhak menyekat saya untuk mendapatkan pasport baru...

Al-Hamdulillah.

Surat peringatan dari Jabatan Imigresen Malaysia ... bertarikh 13/5/2009

Saya akan ke Jabatan Imigresen di bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu untuk sambung pasport kerana pada Ramadhan akan datang saya merancang untuk ke Mekah mengerjakan umrah.

InsyaAllah.

Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan