Khamis, 13 Oktober 2011

Liku Kecemasan

Dalam perjalanan hidup, berbagai cerita dan kisah yang dialami oleh kita selaku insan yang lemah yang terletak dibawah ketentuan Nya. 

Semua kita memohon, merayu keselesaan dan keselamatan kepada Nya. Tetapi kadang-kadang ia berlaku diluar jangkaan. 

Setiap kita mesti memahami bahawa setiap kejadian yang kita alami itu ada hikmahnya kerana ia tidak berlaku kecuali dengan izin Nya


..... di Pasir Tumboh .....
Didalam van ambulan itu ada orang yang penting dalam kehidupan saya iaitu mama kepada anak-anak saya Fathi, Fathan, Fatihah Mujahidah dan Fatihah Solehah  [ ketika ini belum lahir lagi ] .

Besarnya pengorbanan ibu kandung kita dapat di fahami bila mana kita mempunyai seorang yang bergelar isteri. Kita melihat secara langsung detik nadi kasih sayang.  Kita rasai secara hati dan perasaan kerungsingan seorang ibu.  Besarnya pengorbanan ibu.


 ..... di simpang tiga Pekan Melor - Ketereh ... Kelihatan jauh dibelakang gambar bangunan
Arked MARA Melor ....
.... ramai yang meminati yang berwarna biru tu tapi banyak halangannya ...

Kita selaku ayah dan ibu, saya pernah katakan kepada remaja yang belum berumah tangga bahawa, " adik, adik tidak tahu makna sebenar kasih sayang selagi adik belum punya anak "
 
....  di lampu isyarat Kubang Kerian .....

Kerana tekanan darah tinggi, mama terpaksa di bawah ke hospital.  Perancangan awal, naik van kecemasan untuk ke HUSM tapi akhirnya terpaksa keHospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.



























































Khamis, 15 September 2011

Ramadhan 1432 / 2011 ... nafsu ... nafsi

Ramadhan dan nafsi
Ramadhan telah berlalu. Syawal telah masuk 18 hari. 'Kepanasan' ..... Ramadhan bersambung dengan Syawal untuk dibuat peningkatan. Puasa enam hari dibulan Syawal adalah 'Peningkatan'.
.








..............................didunia !...daging bakar pun sedap !





Moga-moga kita semua telah...atau dapat berpuasa enam Syawal. Kita telah dianugerahkan nikmat puasa. Nikmat sedap makan dibulan Ramadhan. Bulan ujian dari makan bersedap-sedapan atau bersedap-sedapan makan.
.



Memang benar, makan dibulan Ramadhan sedap melebihi bulan-bulan yang lain. Kenapa tidak ? kerana ia ada ujian makan....kerana diri tertahan dari makan dan minum maka muncul pula watak kegelojohan seandainya tidak dikawal dengan keimanan.
.






................................ready ...mencari rezeki yang melimpah dibulan Ramadhan
Saya sempat merakam gambar-gambar disekitar Ramadhan. Merakam untuk kenangan Ramadhan 1432 semata. Sebagai membenarkan untuk diri saya sendiri tentang kerenah makan dapat dilihat dari apa yang saya katakan lagi.
.
Saya merakam gambar disekitar Ramadhan gambar-gambar orang menjual makanan dan makanan itu sendiri. Kenapa jadi begitu ?
.
Bukannya saya tidak melihat atau paling tidak terserempak orang bertadarus di masjid-masjid yang saya singgahi. Bukannya tak berjumpa dengan hamba Allah yang sedang mengeluarkan hartanya untuk infak dijalan Allah.
.
Hal tentang makanan juga yang hendak dijadikan perhatian untuk dirakamkan. Maknanya, yang diutama dan menarik dalam hati saya sendiri. Sedih !
.






Atas rasa tidak betul itulah maka saya tidak terbitkan gambar-gambar yang diambil dalam bulan Ramadhan. Saya rasa membuang masa untuk menerbitkan gambar-gambar itu. Sekarang di bulan Syawal inilah rasanya baru boleh diterbitkan.
.
Hari ini baru saya bersedia untuk menerbitkan gambar-gambar ini. Banyak lagi gambar yang diambil. Kalau tengok gambar-gambar itu rasa "emmmmm sedap sungguh makan dibulan Ramadhan".
.
Ditambah lagi di Kelantan, pada waktu malam selepas solat terawih ada 'colek' pula.





Ramadhan tahun ini mempamerkan anak-anak muda yang aktif berniaga. Nampaknya perniagaan ayam golek memenangi hati anak muda sebagai produk Ramadhan mereka . Ramai yang berniaga ayam golek.

Martabak......... martabak rakyat ke martabak raja tu... martabak rakyat di Pekan Ketereh, Kelantan



Apa niiiiiiiiiiiiiiiii ?





















































































































































































Jumaat, 4 Mac 2011

Kuliah Jumaat Masjid Perpaduan Ummah

Kuliah Jumaat Masjid Perpaduan Ummah
.
Syukur kehadrat Allah, hari ini saya menyampaikan kuliah di Masjid Perpaduan Ummah yang saya menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kuliah Jumaat di masjid ini.
.
Sempena bulan Rabi-ul-Awwal yang termasyhur dengan kelahiran junjungan Rasulullah SAW. saya memilih ayat 1 hingga 4 dari Surah al-Hujurat untuk dijadikan bahan fikir pagi ini sebagai bekal hidup selamanya.
.
Surat al-Hujurat ayat 1 hingga 4 maksudnya ialah:
Ayat 1: "Wahai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu memandai-mandai mendahului (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukun atau kebenaran) Allah dan Rasulnya; dan bertaqwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
Ayat 2: "Wahai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suara semasa bercakap dengan setengah yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya"
Ayat 3: "Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah SAW. merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar".
Ayat 4: "Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahli mu wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti".
.
Selesai Kuliah Jumaat jam 10:45 pagi. Selepas majlis, diadakan jamuan ringan sekadar teo-o dan roti dan sedikit kueh mueh. Jam 11 lebih saya lihat hp. saya dihubungi oleh seorang hamba Allah yang saya tidak kenali. Lalu saya menghubunginya kembali. Beliau dari KL yang asal dari Kelantan bertanya khabar tentang pembinaan Masjid Uthmani. Sekarang dan tadinya, "saya ucapkan terima kasih diatas perhatian Abang Haji terhadap masjid ini". Saya memanggilnya "Abang Haji" kerana ia lebih tua dari saya walaupun sya tidak mengenalinya.
.
Lama tidak mencatat di blog ini. Hari ini kerana ada cerita demikian saya mencatat kembali. Kerana sekarang jam 7 hampir malam saya terpaksa menutup laptop ini untuk membuat persiapan nak ke Masjid Jamek Kampung Kolam untuk Kuliah Maghrib..
.
Dengan Berkat Petunjuk 114 Surah kita BERSATU BERJIHAD BERKEBAJIKAN memakmurkan bumi Allah. Amin