Rabu, 28 April 2010

Perjalanan Seminggu

Jalan di hadapan Madrasah Nahdah Islahiah...juga untuk ke Masjid Uthmani

Sabtu lalu; 17 April, 2010 mulakan kerja pembinaan Fasa Ke 2. Empat orang pekerja bersatu hati berpadu tenaga. Group Mat Bukit Awang memulakan pembinaan. Hari ini mereka kerja separuh hari kerana antara mereka ada yang "panas sejuk'.

Hari Ahad 25 April dan Isnin 26 April mereka cuti kerana hujan yang lebat setelah berbulan-bulan kemarau di Kelantan.

Mereka sambung kerja pada hari Selasa 27 /4, Rabu 28/4 dan hari ini Khamis 29/4. Sehingga semalam nampaknya sebatang besi untuk tiang telah siap diikat dan didirikan. AlhamduliLlah

Setiap hari Khamis bayar gaji.

Selasa, 27 April 2010

Fasa Ke 2 Belum Siap ...Terfikir Fasa Ke 3

Fasa Ke 2 dalam proses tapi hati saya telah memikirkan tentang Fasa Ke 3. Melihat kepada kelancaran pembinaan fasa ke 2 ini, saya yakin fasa ke 3 nanti akan berjalan tanpa sebarang masalah, insyaAllah. Kemungkinan Fasa Ke 3 pada bulan Ogos nanti, insyaAllah.

Fasa ke 3 nanti lebih mencabar kerana melibatkan kos yang lebih tinggi. Fasa ke 3 adalah untuk binan bahagian atas iaitu kerangka atas dan sambungan ke struktur tepi iaitu bilik-bilik sebanyak 6 bilik. InsyaAllah.

Isnin, 26 April 2010

Rahmat ..... hujan

AlhamdulilLah... hari ini hujan. Sebenarnya hujan sejak semalam [ 25 April - hari pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor ].

Hari ini masih hujan sejak malam tadi. Lalu kerja pembinan tergendala.

Sabtu, 24 April 2010

Bersama Usahawan Berjaya


Pagi ini saya di Wakaf Che Yeh. Untuk makan pagi dan mencari tempat yang boleh buat kerja untuk masukkan perkembangan terkini dalam perjalanan ini khususnya untuk memasukkan berita tentang perkembangan MASJID UTHMANI. Kini, Masjid Uthmani memasuki pembinaan Fasa Ke 2. Saya cukup bersyukur dengan anugerah Allah ini.

Ditakhdirkan Allah saya bertemu dengan seorang usahawan "Industri Sarang Burung Walet Emas" yang berjaya iaitu Tuah Haji Abdul Aziz Bin Mohd Rejab. Beliau membuat usaha ini di Kelantan. Bersarapan pagi ditempat yang sama lalu bekenalan.

Katanya, beliau berkorban hampir 2 juta untuk memulakan industri ini. Suatu pelaburan yang besar. Kini nilai pelaburan di seluruh negara telah meningkat 15 juta. SubhanalLah.

Rasa bangga dengan kejayaannya, saya minta untuk bergambar dengannya. Anaknya Alim yang mengambil gambar. Anaknya memang Alim kerana kini telah berjaya dengan sijil seorang graduan UM.

Tahniah Tuan Haji Aziz !. Saya juga mahu berjaya dengan rancangan yang sedang saya usahakan sekarang iaitu untuk bina Masjid Uthmani. Saya telah beri kad pengenalan peribadi saya sebagai Pengerusi Masjid Uthmani kepada Tuan Haji Aziz.

Saya harap Tuan Haji Aziz akan dibuka hatinya oleh Allah untuk membina 'rumah Allah', memakmurkan bumi Allah ini bersama saya dalam apa jua yang patut untuk disembangkan. InsyaAllah.

Saya berazam untuk menghubungi Tuan Haji Aziz, mahu minta tolongnya, insyaAllah kerana saya tahu, tujuan Tuan Haji Abdul Aziz membina empayar perniagaannya adalah untuk memyempurnakan VISI ORANG BERIMAN...."Kebahagiaan Akhirat". InsyaAllah

Tambahan.... saya bercadang untuk bina sarang burung walet ditanah berhampiran Ladang Merdeka Kampung Kolam... Jika ada rezeki, "insyaAllah". Ladang Merdeka ialah tanah sawah yang diusahakan ole pihak KADA Negeri Kelantan.

Tahniah ! .... Teruskan, jangan henti...InsyaAllah

Kuliah Jumaat di Masjid Taqwa, Mak Mayong di teruskan semula. Kini telah dua kali kuliah diadakan iaitu pada 16 dan 23 April yang lalu. Inilah yang sepatutnya.

Saya risau ketika kuliah terhenti selama empat minggu [ 19, 26 March dan 2 serta 9 April lalu ]. Saya meletak jawatan pada 13 Mac. Secara adil saya mengatakan bahawa "orang lain pun boleh buat kerja", lalu saya meletak jawatan.

Zalim saya kalau saya berpendirian "tak ada orang lain yang noleh buat kerja" lagi pun ini kerja Islam. Ramai orang yang nak buat kerja. Ini hujjah saya meletak jawatan. Lagi pun sudah lama saya menjadi "pengantara" antara Masjid Taqwa dan tenaga pengajar untuk menjayakan kuliah ini.

Pengalaman empat minggu, selain saya mendapat tekanan dari pihak orang tua yang cintakan kuliah Jumaat ini saya juga menerima soalan dari pelbagai pihak yang soalannya hampir sama, "kenapa mereka tidak panggil tenaga pengajar ? ". Berserta dengan cadangan semacam tekanan terhadap saya, "anta kena panggil, ini kerja anta, jangan kisah dengan mereka yang tak mahu diadakan kuliah".

Ini diantara sebab saya campur tangan sikit. "Kalau anta panggil mereka juga panggil ustaz". Peduli apa orang kata. Yang kita mahukan ialah "mereka panggil orang mengajar". Terhentinya, "matinya" kuliah adala fitnah kepada perjuangan. NauzubilLahi min zalik

Bagaimana anda jika menerima kata-kata demikian dalam keadaan anda mahu buat "kerja Islam" dan rungsing serta risau kuliah "mati". Ada juga pandangan yang menarik, "anta panggil tenaga pengajar, mereka akan panggil, biar tentu mereka panggil, itu yang terbaik dari "mati" kuliah Jumaat itu". Terngiang-ngiang kata-kata ini. !.

Benar, bagi saya yang penting kuliah Jumaat "tak mati". Siapa jadi pengurus tak kisah. Saya bukannya nak cipta nama sebagai "pengurus". Saya bersyukur kuliah Jumaat "hidup"

Saya nyatakan kepada ayahanda Cikgu Haji Wan Yusuf bahawa, "sebenarnya Kolam Atas Pasir telah buat keputusan untuk buat kuliah Jumaat di Masjid Perpaduan Ummah". Itu keputusan, cuma tertangguh kerana orang tua Mak Mayong 'meminta' diadakan kuliah di Masjid Taqwa dulu. Lagi pun saya mengambil kira musim Hulu Selangor.

Selesai Hulu Selangor, insyAllah "kita buat kuliah Jumaat di Masjid Perpaduan Ummah".

Jumaat, 16 April 2010

Teruskan Kuliah Jumaat Masjid Taqwa [ 40 ]

Bekas YB Ustaz Li sedang menyampaikan kuliah sempena Hijrah Rasul
Dua orang tua yang setia dengan kuliah Jumaat



Sebelah kiri, Pak Su Haji Yunus... istiqamah

Secara jujur, pegangan kita orang beriman, "kita merancang Allah Yang Menentukan". Kuliah Jumaat yang dirancangkan tidak dapat di adakan.
Semalam jam sekitar 10 malam saya di kunjungi tetamu yang saya hormati, Cikgu Haji Wan Yusuf, Pengerusi Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah. Beliau memaklum dan menasihati, "pada pandangan saya" katanya, kuliah Jumaat esok patut di batalkan kerana beliau mendapat maklumat kemungkinan sesuatu yang tidak diingini akan berlaku jika kuliah diteruskan.

Yang menarik perhatian saya, pandangan dan soalan Cikgu Haji kepada pihak tertentu, "kenapa baru nak adakan kuliah setelah orang nak buat kuliah ?"

Saya pun tertanya-tanya, kenapa begitu ?. Peranan saya hanya sedikit, iaitu "ingin menolong" mereka yang mahukan kuliah Jumaat diadakan. Mereka itu adalah orang-orang tua. Saya hanya jadi penghubung dengan pihak tenaga pengajar.

Kalau mereka nak buat kuliah Jumaat, saya setuju kerana yang pentingnya "buat kuliah jamaat"..."adakan kuliah Jumaat". Tak kira siapa yang mengurus, siapa yang jadi ketua. Saya tidak ada perancangan nak jadi ketua. Saya hanya ingin "buat kerja Islam".

Semuanya ini adalah ujian. Ujian kepada saya dan kepada pihak yang mengurus kuliah Jumaat sekarang. Harapnya istiqamah.

Isnin, 12 April 2010

Kuliah Jumaat Masjid Taqwa [ 39 ]

Malam tadi [ hari Isnin malam Selasa ] setiap minggu, jadual kuliah maghrib saya di Masjid Taqwa Kampung Mak Mayong, salah sebuah masjid dalam Mukim Kolam.

Sepatutnya minggu ini kitab " 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" karangan Allahyarham Haji Saed Ibrahim bekas Mufti Sabah tetapi kerana Isnin minggu lepas [ 5 April 2010 ] saya tidak dapat hadhir kerana ke bandar KB untuk beli Transfer Factor [ supplement yang banyak menolong saya "dengan izin Allah" ] maka saya membuat keputusan tazkirah untuk merujuk kepada "Surah Yusuf". Biasanya saya gilir setiap minggu antara Surah Yusuf dan kitab " 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Sebagaimana yang telah saya sebut dahulu, di Masjid Taqwa ini saya diamanah sebagai Setiausaha. Antara kerja mingguan saya sejak 2001 ialah mengurus tenaga pengajar kuliah Jumaat.

Tetapi pada 14 Mac 2010 lalu saya meletakkan jawatan sebagai "pengurus tenaga mengajar" kerana bagi pandangan saya, sudah ada tenaga atau ada orang lain yang mampu mengurus sebagai "pengurus tenaga pengajar" setiap Jumaat. Saya mahu menumpukan kepada usaha mencari dana untuk Masjid Uthmani.

Ringkasnya, keadaan sebaliknya berlaku, dimana pada Jumaat yang pertama selepas saya meletakkan jawatan iaitu pada 19 Mac, kosong tiada kuliah Jumaat dan diikuti pada Jumaat 26 Mac, Jumaat 2 Mac dan Jumaat 9 Mac. Bererti empat kali Jumaat tanpa kuliah. .. sebulan !

Saya tertanya-tanya seorang diri. Untuk bertanya pihak yang bertanggungjawab tentang urusan ini saya merasa serba salah kerana saya telah "tata" [ semacam selamat tinggal ]yakni meletakkan jawatan.

Saya sangka baik, mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu kerana tak mungkin pihaknya tak mahukan kuliah dilangsungkan di Masjid Taqwa ini. Ia adalah pemangkin kepada maklumat kerohanian.

Jadi, dalam majlis tazkirah malam tadi, saya 'intro' dengan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya pada kisah Yusuf dan saudara-saudaranya ( ikhwatihi ) adalah sebagai bukti, tanda-tanda ( ayaatu ) kekuasaan Allah bagi orang-orang yang 'saailin' "

Lalu saya mencuit hati pendengar kuliah berasaskan ayat tersebut dengan memfokuskan kepada salah satu kreteria baik bagi orang yang beriman ialah sebagai "as-saailin" dengan maksud ingin mengtahui sesuatu khususnya tentang kebesaran Allah.... khususnya tentang Surah Yusuf ini.

Mereka yang termasuk dalam "as-saailin" adalah orang yang mindanya rancak berfikir. Fikirannya aktif dan penuh dengan usaha 'berfikir tentang ayat-ayat Allah'. Orang yang berfikir tentang kebesaran Allah akan meningkat amalan mereka dan hubungan mereka dengan Allah. Kesan dari berfikir itu akan menjelma kebaikan dan kemulian dengan amalan soleh.

Saya mengaitkan kerja merancakkan minda berfikir ini dengan mengajak pendengar supaya memikirkan bahawa empat minggu tentu tak ada pahala dari Allah kerana tiada amalan...."Kuliah Jumaat".

Berhubung dengan amalan, apa yang dibuat selama ini belum tentu diterima dan diberi pahala kerana ia bergantung dengan keikhlasan tetapi jika tidak melakukan sesuatu tentu tak ada upah.
Ini adalah janji Allah.

Saya membuat soalan kepada mereka kenapa tak sambung kuliah sedangkan ada orang yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas itu. Saya ceritakan kepada pendengar bahawa ada bahasa yang tidak elok bertanyakan kuliah Jumaat di Masjid Taqwa ini, "kenapa mampus ?" .

Saya menceritakan bahawa, jawapan saya kepada soalan itu ialah dengan terlebih dahulu membetulkan soalan iaitu, "jangan kata mampus, cuma berhenti sekejap kerana proses teknikal pentadbiran". Mereka boleh menerima.

Mereka menyarankan supaya berusaha digerakkan semula masyarakat agar aktif kembali menyambung kuliah yang tergendala itu. Saya berjanji untuk membuat sesuatu. Diantara orang yang menggesa saya mengambil sesuatu tindakan supaya kuliah itu di aktif ialah Ustaz Haji Kamaruddin Kamil, Ketua Urusan Ulamak PAS Bachok dan Ustaz Marzuk Saari, Ketua Penerangan PAS Bachok. Saya termenung !

Bagi saya, "mati" kuliah Jumaat tak sama dengan matinya gelangang gasing atau silat. Itu adalah budaya dan permainan. Ini juga budaya tetapi budaya untuk bertaqwa atau budaya orang bertaqwa. Ia bukan permainan.

Matinya kuliah Jumaat menyebabkan terhentinya pengaliran wahyu turun. Saya menyebut memberi motivasi bahawa Tuan Guru Nik Aziz kata "Negeri Kelantan adalah negeri tadahan wahyu", bererti Kampung Kolam Mak Mayong ringkasnya adalah "kampung tadahan wahyu".

Saya bertanyakan mereka. Ketika itu ada orang tua yang di panggil Wak Haji Kob, Pak Su Haji Yunus, Pak Nik Haji Ilyas, Hashim, Mat Yee, Haji Noor, Pak Cik Li, Ismail Wak Leh, Awang Pak Su Haji Yunus, Saudara Asri Adam, Haji Zakaria dan beberapa pemuda. Adakah mereka nak kuliah diadakan atau dihentikan ?.

Mereka secara umumnya mahukan kuliah diadakan. Orang yang bersungguh supaya diadakan ialah Pak Su Haji Yunus. Bukti ucapannya setuju kuliah diadakan ialah kerana mengaitkan bahawa "orang tua" mewakafkan tanah ini untuk kebajikan, tiba-tiba kuliah Jumaat tak dapat diteruskan. Ini suatu yang mendukacitakan. Beliau menyarankan agar kuliah Jumaat di adakan secepat mungkin iaitu pada Jumaat yang terdekat iaitu 18 April 2010 ini.

Akhirnya saya mengatakan, jika bersetuju untuk kuliah di hidupkan semula maka sama-sama ahli jamaah membaca surah Al-Fatihah. InsyaAllah kuliah akan diadakan Jumaat ini. Sekali lagi, "InsyaAllahu Taala".

Beliau menekankan bahawa kuliaj Jumaat mesti