Isnin, 12 April 2010

Kuliah Jumaat Masjid Taqwa [ 39 ]

Malam tadi [ hari Isnin malam Selasa ] setiap minggu, jadual kuliah maghrib saya di Masjid Taqwa Kampung Mak Mayong, salah sebuah masjid dalam Mukim Kolam.

Sepatutnya minggu ini kitab " 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah" karangan Allahyarham Haji Saed Ibrahim bekas Mufti Sabah tetapi kerana Isnin minggu lepas [ 5 April 2010 ] saya tidak dapat hadhir kerana ke bandar KB untuk beli Transfer Factor [ supplement yang banyak menolong saya "dengan izin Allah" ] maka saya membuat keputusan tazkirah untuk merujuk kepada "Surah Yusuf". Biasanya saya gilir setiap minggu antara Surah Yusuf dan kitab " 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah".

Sebagaimana yang telah saya sebut dahulu, di Masjid Taqwa ini saya diamanah sebagai Setiausaha. Antara kerja mingguan saya sejak 2001 ialah mengurus tenaga pengajar kuliah Jumaat.

Tetapi pada 14 Mac 2010 lalu saya meletakkan jawatan sebagai "pengurus tenaga mengajar" kerana bagi pandangan saya, sudah ada tenaga atau ada orang lain yang mampu mengurus sebagai "pengurus tenaga pengajar" setiap Jumaat. Saya mahu menumpukan kepada usaha mencari dana untuk Masjid Uthmani.

Ringkasnya, keadaan sebaliknya berlaku, dimana pada Jumaat yang pertama selepas saya meletakkan jawatan iaitu pada 19 Mac, kosong tiada kuliah Jumaat dan diikuti pada Jumaat 26 Mac, Jumaat 2 Mac dan Jumaat 9 Mac. Bererti empat kali Jumaat tanpa kuliah. .. sebulan !

Saya tertanya-tanya seorang diri. Untuk bertanya pihak yang bertanggungjawab tentang urusan ini saya merasa serba salah kerana saya telah "tata" [ semacam selamat tinggal ]yakni meletakkan jawatan.

Saya sangka baik, mungkin pihak pengurusan sedang merancang sesuatu kerana tak mungkin pihaknya tak mahukan kuliah dilangsungkan di Masjid Taqwa ini. Ia adalah pemangkin kepada maklumat kerohanian.

Jadi, dalam majlis tazkirah malam tadi, saya 'intro' dengan ayat yang bermaksud, "Sesungguhnya pada kisah Yusuf dan saudara-saudaranya ( ikhwatihi ) adalah sebagai bukti, tanda-tanda ( ayaatu ) kekuasaan Allah bagi orang-orang yang 'saailin' "

Lalu saya mencuit hati pendengar kuliah berasaskan ayat tersebut dengan memfokuskan kepada salah satu kreteria baik bagi orang yang beriman ialah sebagai "as-saailin" dengan maksud ingin mengtahui sesuatu khususnya tentang kebesaran Allah.... khususnya tentang Surah Yusuf ini.

Mereka yang termasuk dalam "as-saailin" adalah orang yang mindanya rancak berfikir. Fikirannya aktif dan penuh dengan usaha 'berfikir tentang ayat-ayat Allah'. Orang yang berfikir tentang kebesaran Allah akan meningkat amalan mereka dan hubungan mereka dengan Allah. Kesan dari berfikir itu akan menjelma kebaikan dan kemulian dengan amalan soleh.

Saya mengaitkan kerja merancakkan minda berfikir ini dengan mengajak pendengar supaya memikirkan bahawa empat minggu tentu tak ada pahala dari Allah kerana tiada amalan...."Kuliah Jumaat".

Berhubung dengan amalan, apa yang dibuat selama ini belum tentu diterima dan diberi pahala kerana ia bergantung dengan keikhlasan tetapi jika tidak melakukan sesuatu tentu tak ada upah.
Ini adalah janji Allah.

Saya membuat soalan kepada mereka kenapa tak sambung kuliah sedangkan ada orang yang berkemampuan untuk melaksanakan tugas itu. Saya ceritakan kepada pendengar bahawa ada bahasa yang tidak elok bertanyakan kuliah Jumaat di Masjid Taqwa ini, "kenapa mampus ?" .

Saya menceritakan bahawa, jawapan saya kepada soalan itu ialah dengan terlebih dahulu membetulkan soalan iaitu, "jangan kata mampus, cuma berhenti sekejap kerana proses teknikal pentadbiran". Mereka boleh menerima.

Mereka menyarankan supaya berusaha digerakkan semula masyarakat agar aktif kembali menyambung kuliah yang tergendala itu. Saya berjanji untuk membuat sesuatu. Diantara orang yang menggesa saya mengambil sesuatu tindakan supaya kuliah itu di aktif ialah Ustaz Haji Kamaruddin Kamil, Ketua Urusan Ulamak PAS Bachok dan Ustaz Marzuk Saari, Ketua Penerangan PAS Bachok. Saya termenung !

Bagi saya, "mati" kuliah Jumaat tak sama dengan matinya gelangang gasing atau silat. Itu adalah budaya dan permainan. Ini juga budaya tetapi budaya untuk bertaqwa atau budaya orang bertaqwa. Ia bukan permainan.

Matinya kuliah Jumaat menyebabkan terhentinya pengaliran wahyu turun. Saya menyebut memberi motivasi bahawa Tuan Guru Nik Aziz kata "Negeri Kelantan adalah negeri tadahan wahyu", bererti Kampung Kolam Mak Mayong ringkasnya adalah "kampung tadahan wahyu".

Saya bertanyakan mereka. Ketika itu ada orang tua yang di panggil Wak Haji Kob, Pak Su Haji Yunus, Pak Nik Haji Ilyas, Hashim, Mat Yee, Haji Noor, Pak Cik Li, Ismail Wak Leh, Awang Pak Su Haji Yunus, Saudara Asri Adam, Haji Zakaria dan beberapa pemuda. Adakah mereka nak kuliah diadakan atau dihentikan ?.

Mereka secara umumnya mahukan kuliah diadakan. Orang yang bersungguh supaya diadakan ialah Pak Su Haji Yunus. Bukti ucapannya setuju kuliah diadakan ialah kerana mengaitkan bahawa "orang tua" mewakafkan tanah ini untuk kebajikan, tiba-tiba kuliah Jumaat tak dapat diteruskan. Ini suatu yang mendukacitakan. Beliau menyarankan agar kuliah Jumaat di adakan secepat mungkin iaitu pada Jumaat yang terdekat iaitu 18 April 2010 ini.

Akhirnya saya mengatakan, jika bersetuju untuk kuliah di hidupkan semula maka sama-sama ahli jamaah membaca surah Al-Fatihah. InsyaAllah kuliah akan diadakan Jumaat ini. Sekali lagi, "InsyaAllahu Taala".

Beliau menekankan bahawa kuliaj Jumaat mesti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan