Sabtu, 27 Mac 2010

[ 38 ] Pertemuan... kuasa Allah

Allah Maha Kuasa, suatu kebenaran. Tak disangka-sangka saya diketemukan dengan sahabat FB, Wan Nasru. Selama ini saya hanya meneliti blog dan laman FB beliau.

Walau pun sudah lama saya telah mengenali keluarga disebelah ayah dan ibu beliau tapi saya tidak mengenalinya secara dekat.

Hari ini saya buka laman FB beliau tercatat bahawa mertuanya meninggal. Lalu saya hantar 'ucapan takziah' kepadanya.

Disamping itu memaklumkan kepadanya bahawa saya akan memulakan pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2. Jadi ia memerlukan bantuan dari muslimin dan muslimat.

Terdetik saya untuk membuat panggilan kepadanya untuk mengucap takziah secara langsung kepada beliau lalu saya menekan nombor h/p nya. Saya ketika itu berada di Wan's CC Kok Lanas.

Terkejut sungguh, bila saya memanggilnya beliau juga berada di Kok Lanas ketika itu. Kami bertemu. Pertemuan yang semenangnya diatur Allah. Selama ini hanya sembang dalam FB saja.

Terasa nikmat persaudaraan bila bertemu berbincang tentang diri, keluarga, bangsa Melayu dan politik tanah air.

Saya menerima sumbangan dari Wan untuk dana pembinaan Masjid Uthmani dan beliau bersetuju untuk iklan Masjid Uthmani dalam blognya. Terima kasih yang tiudak terhingga kepada Wan.

Syukur kepada Allah Yang Maha Mengatur telah mempertemukan saya dengan sahabat saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan