Isnin, 26 Julai 2010

Nafsu Baru Sempena Nasfu Sa'aban

Waktu senja di halaman tapak Masjid Uthmani

Kini 15 Syaaban, bererti 15 hari lagi Ramadhan. Saya berharap saya dapat mengendalikan nafsu saya dengan sebaik mungkin sempena "buku baru" dalam teknikal kerohanian.
.

Lepas maghrib saya terpaksa menyiapkan 'perkakas' untuk di bawa oleh Pak Su Haji Ibrahim ke tanah suci esok, bersamaan 27 Julai 2010.
.
'Perkakas' yang saya maksudkan ialah kertas penerangan tentang pembinaan Masjid Uthmani. Paling tidak Pak Su Haji boleh sembang dengan mereka yang berada di tanah suci dan diakhiri dengan "insyaAllah" . Besar pengertiannya jika hamba Allah yang berada di tanah suci berdoa demikian.

Jumaat, 23 Julai 2010

Pembangunan Kampung Kolam



Terletak 25 kilometer dari bandar Kota Bharu. Diantara kampung yang terkenal juga. Tentu ada sebabnya. Suka saya memberi sebab disini kepada sebab yang di kaitkan dengan pembangunan agama dan perjuangannya.


Isnin, 19 Julai 2010

Bersantai Bersama Anak-anak di tapak Masjid Uthmani


Ahmad Fathan Jundullah .... bongsu [ 04/03/2009 ... 'Jund' bererti tanah yang keras dan kasar bercampur dengan batu-batu. Menurut al-Isfahani: seorang tentera dalam bahasa Arab disebut 'jund' kerana ia mempunyai sifat yang keras dan kasar seperti tanah berbatu. Selain maksud tentera 'jund' juga bererti penolong atau kawan. Harapnya Ahmad Fathan Jundullah menjadi 'tentera Allah' yang keras dan kasar tidak mengalah kepada kebatilan dan jahiliah dengan memperjuangkan kebenaran dimana saja.

Ainul Fatihah Mujahidah






Harapnya Ahmad Fathi Rabbani pandai meniru untuk berbuat kebajikan

Melihat telatah dan kerenah anak-anak adalah suatu yang menghiburkan. Tambah lagi jika dipandang dengan harapan. Tidak dinafikan bahawa timbul juga ketakutan dengan masa depan anak-anak bila melihat permasalahan terkini yang berlaku dikalangan umat Islam terutama dikalangan remaja.
.
Kita sama-sama berusaha dan berdoa moga-moga mereka dilindungi dan dirahmati Allah dengan kebaikan dan kebajikan serta keberkatan.