Isnin, 19 Julai 2010

Bersantai Bersama Anak-anak di tapak Masjid Uthmani


Ahmad Fathan Jundullah .... bongsu [ 04/03/2009 ... 'Jund' bererti tanah yang keras dan kasar bercampur dengan batu-batu. Menurut al-Isfahani: seorang tentera dalam bahasa Arab disebut 'jund' kerana ia mempunyai sifat yang keras dan kasar seperti tanah berbatu. Selain maksud tentera 'jund' juga bererti penolong atau kawan. Harapnya Ahmad Fathan Jundullah menjadi 'tentera Allah' yang keras dan kasar tidak mengalah kepada kebatilan dan jahiliah dengan memperjuangkan kebenaran dimana saja.

Ainul Fatihah Mujahidah






Harapnya Ahmad Fathi Rabbani pandai meniru untuk berbuat kebajikan

Melihat telatah dan kerenah anak-anak adalah suatu yang menghiburkan. Tambah lagi jika dipandang dengan harapan. Tidak dinafikan bahawa timbul juga ketakutan dengan masa depan anak-anak bila melihat permasalahan terkini yang berlaku dikalangan umat Islam terutama dikalangan remaja.
.
Kita sama-sama berusaha dan berdoa moga-moga mereka dilindungi dan dirahmati Allah dengan kebaikan dan kebajikan serta keberkatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan