Sabtu, 27 Mac 2010

[ 38 ] Pertemuan... kuasa Allah

Allah Maha Kuasa, suatu kebenaran. Tak disangka-sangka saya diketemukan dengan sahabat FB, Wan Nasru. Selama ini saya hanya meneliti blog dan laman FB beliau.

Walau pun sudah lama saya telah mengenali keluarga disebelah ayah dan ibu beliau tapi saya tidak mengenalinya secara dekat.

Hari ini saya buka laman FB beliau tercatat bahawa mertuanya meninggal. Lalu saya hantar 'ucapan takziah' kepadanya.

Disamping itu memaklumkan kepadanya bahawa saya akan memulakan pembinaan Masjid Uthmani Fasa Ke 2. Jadi ia memerlukan bantuan dari muslimin dan muslimat.

Terdetik saya untuk membuat panggilan kepadanya untuk mengucap takziah secara langsung kepada beliau lalu saya menekan nombor h/p nya. Saya ketika itu berada di Wan's CC Kok Lanas.

Terkejut sungguh, bila saya memanggilnya beliau juga berada di Kok Lanas ketika itu. Kami bertemu. Pertemuan yang semenangnya diatur Allah. Selama ini hanya sembang dalam FB saja.

Terasa nikmat persaudaraan bila bertemu berbincang tentang diri, keluarga, bangsa Melayu dan politik tanah air.

Saya menerima sumbangan dari Wan untuk dana pembinaan Masjid Uthmani dan beliau bersetuju untuk iklan Masjid Uthmani dalam blognya. Terima kasih yang tiudak terhingga kepada Wan.

Syukur kepada Allah Yang Maha Mengatur telah mempertemukan saya dengan sahabat saya.

Jumaat, 5 Mac 2010

[ 37 ] Pondok Mabruur [ i ]

Binaan tapak yang tepat akan menentukan masa depan 'pondok mabruur'

Bagi menyempurnakan pembangunan di sekitar Masjid Uthmani, hari ini Sabtu, 6 Mac, 2010 memulakan pembinaan 'pondok mabruur'.

Rancangan 'pondok mabruur' ini ialah untuk urusan kebajikan sebagaimana namanya 'mabruur', 'berkebajikan' , 'pondok berkebajikan'.
Secocok dengan tema induk pembangunan iaitu "Bersatu Berjhad Berkebajikan". Saya menyeru agar muslimin dan muslimat bersatu untuk berkebajikan. Berjihad menegakkan kebajikan.

Plan pondok ini lengkap dengan satu bilik pejabat kecil, ruang kecil untuk tetamu, bilik kecil untuk barang-barang urusan pembinaan masjid, sebuah bilik untuk pekerja solat dan rehat, kawasan dapur untuk buat 'chai' [ tea ], tiga bilik untuk tandas, bilik mandi dan ruangan ambil air wudhu.

Harapnya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan yang menghalang kerja-kerja kebajikan ini kerana ujian yang dizahirkan melalui mulut-mulut manusia dan apa saja pasti berlaku kerana itu semua adalah sunnah Allah bagi memantapkan manusia yang beriman.
Kerana tiada pagar maka pokok ini terpaksa di kelilingi kerawat berjaring untuk mengelakkannya jadi makanan kambing terbiar
Sempena permulaan pembinaan hari ini, saya tanam 'pokok mabruur' iaitu 'pokok katak puru' yang ramai mengatakan ia adalah pokok herba yang boleh mengubati dibetes. Yang ternyata buahnya sedap dengan masam manis dan sedikit 'kekelatan'

Hari ini kerja pembangunan 4 tiang seluas 16 x 19 ini di bina oleh "Syed Mad Jaar".

Moga-moga Allah permudahkan urusan kita bersama, insyaAllah.

Rabu, 3 Mac 2010

[ 36 ] Menuju Ke Fasa Ke 2 Pembinaan Masjid Uthmani

Berdiri dengan harapan dan tekad yang besar

Tapak yang akan jadi sebuah masjid suatu hari nanti....insyaAllah


Syukur....kerja-kerja persiapan untuk meneruskan pembinaan di fasa ke 2 berjalan lancar. Secara umumnya kerja utama ialah membersihkan persekitaran tapak masjid di Lot 1621 yang menjadi milik saya seluas 3 ekar.
Dalam 3 ekar ini saya meletakkan di ruangan tengah sebagai tapak masjid yang seluas 7 ribu kaki persegi tersebut. Kini tapak induk seluas 55 x 65 kaki atau 3575 kaki persegi telah di buat yang menelan sebanyak RM 20 ribu dari duit simpanan peribadi sendiri.

Disamping tapak masjid, tahun lalu saya bersama sahabat menanam pisang seluas lebih kurang seekar. Kini saya mengambil keputusan membersihkan semua sekali tanah seluas 3 ekar ini.

Selain membersihkan kawasan diantara persiapan ialah merancang untuk membuat beberapa kemudahan untuk kerja-kerja pembinaan masjid iaitu menggali telaga dan sebuah bangsal untuk menyimpan barang-barang yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan nanti.
Tentunya tempat berteduh musim panas saya dan tetamu yang menziarahi dan pekerja rehat serta solat.
Sempena mengasaskan kerja-kerja fasa kedua ini saya menanam pokok herba "katak puru". Saya tak tahu apa nama saintifiknya. Kata orang pokok ini menjadi ubat dibetis.
Selamat menuju fasa kedua dan insyaAllah pada hari Sabtu depan 6 Mac 2010 akan mula pembinaan bangsal yang dimaksudkan. InsyaAllah