Rabu, 30 Disember 2009

[ 21 ] Suatu Langkah Bersama Usahawan

Binaan tapak seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang [ istilah pembinaan Kelantan "ikat 9" ].
Diatas bata ikat 9 ini akan di bina lagi 2 kaki lagi sebagai tapak berkerangka besi Y12 di dalam dengan tiang 20 batang


Jam 1 pagi tadi saya berikan kad pengenalan diri [ bukan i/c ] saya [ Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam ] sebanyak 10 keping kepada seorang sahabat, saudara Azhar seorang ahli perniagaan.

Harapan saya moga-moga beliau dapat menolong saya mencari sahabatnya yang berminat untuk membuat kebajikan membina Masjid Uthmani yang dirancangkan.

Saya katakan kepadanya bahawa saya memerlukan hanya RM 30 ribu saja untuk fasa ke 2 pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam [ MUKK ]. Menambah lagi ketinggian tapak asas sebanyak 2 kaki dan 20 batang tiang.

Dengan 10 keping kad pengenalan diri itu, harapnya beliau bekerja merancang untuk menjelaskan kepada pihak yang sepatutnya. Moga-moga ada hamba Allah yang sudi berkebajikan. Besarlah jasa tuan puan jika anda berinfak di jalan Allah ini.

Dengan adanya alamat blog MUKK [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com ] pihak yang menerima kad dapat mengetahui dengan jelas perkembangan MUKK.

Saya menggunakan pendekatan "JUALAN LOT" untuk memperolehi dana pembinaan. Saya berpandangan bahawa pendekatan ini adalah suatu yang lumrah dan relevan kini dan ianya adalah cukup adil.

Saya berharap pihak yang menerima kad tersebut mempercayai sahabat saya, usahawan tersebut dan bila melayari laman blog ini membuatkan tiada kesangsian lagi.

Saya bergerak sekarang diatas "asas kepercayaan" kepada saya dan kepada orang yang saya amanah seperti sahabat saya itu. Secara beradab saya berserah kepada Allah untuk mencapai hasrat ini dan memohon kepadaNya agar tidak menguji saya dengan ujian yang saya tak mampu menghadapinya.

Bagi mereka yang yakin dan percaya diharap dapatlah berbuat kebajikan dan saya berharap agar saya sendiri akan memulakan "suatu langkah bersama usahawan" demi untuk membina Masjid Uthmani. Saya meyakini, para usahawan melakukan pengorbanan amat banyak untuk berjaya dan sehingga ini saya hormati pengorbanan dan kerja para usahawan.

Saya pun tidak mudah-mudah untuk memohon dana dan sumbangan walaupun untuk membina sebuah masjid. Saya menggunakan orang tengah yang dipercayai untuk memperkenalkan program membina masjid ini. Saya meyakini, para usahawan mengejar kejayaan seperti anda adalah untuk berkebajikan dijalan Allah.

Saya mengatakan kepada sahabat saya itu, kalau ada antara mereka yang mahu melihat dari dekat saya mengalukan.

Sememangnya Allah menguji saya. Peringkat permulaan sebelum didirikan tiang memang betul-betul mengujikan. Saya yakin bila tiang didirikan, akan mudahlah urusan ini dengan izinNya.

Berserah kepada Allah

Ahad, 27 Disember 2009

[20] Masjid Taqwa - Jamuan Syukur

Selamat Datang YB.

Mengharapkan kehadiran YB. Cikgu Haji Abdul Aziz Kadir yang sebenarnya bukannya hendakkan harta emas perak 'pitih rohen' beliau, tapi 'hendakkan dirinya' hadhir kerana menjadi sifat orang bawah, hendakkan pemimpin bersama mereka dihari yang dikira besar dan penting bagi mereka.

Terima kasih kerana sudi hadhir bersama Kak Ani walaupun kami tahu YB sibuk.....

Yang Berhormat ADUN Jelawat Cikgu Haji Abdul Aziz bersama sebahagian ahli jamaah Masjid Taqwa.

Masjid Taqwa "sembelih lembu" Jamuan Syukur. Suatu usaha yang baik. Sepatutnya masjid-masjid di hidupkan dengan jamuan sebegini [ sembelih lembu, kerbau, kambing ]. Jamuan hari ini kerana bersyukur dapat menyiapkan menara.

Individu-individu yang berkemampuan patut mengimarahkan masjid dengan mengadakan jamuan sebegini. Tentukan sasaran dakwah, jemput mereka makan bersama lebih baik dari buat di rumah masing-masing.

Kalau buat di masjid orang yang terlibat mempunyai rasa hati 'berbangga buat di masjid' dan 'lembut hati' kunjung masjid walaupun dalam kebajikan yang lain masih lemah. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

YB Cikgu Haji Aziz [ kiri ] bersama Haji Yaakub Abdul Rahman [ 'orang tua kanan Masjid Taqwa' - tengah ] dan Ustaz Haji Fikri [ kiri ]

Suatu kesinambungan.... YB. Cikgu Haji Abdul Aziz dan Wak Haji Kob...YB. yang 50 an dan Wak Haji Kob 70 an sempat bersama mewarnai kehidupan dalam satu matlamat perjuangan. Suatu anugerah !.... Ketika era pertembungan kemuncak dengan 'pemuda tahan lasak' 1969 YB. ketika itu berusia 17 tahun [ tingkatan 5 ] dan orang tua veteran ini ketika itu berumur 30 an.



Pak Cik Li ..... banyak peranannya sejak belum gali tapak lagi. Untuk apa bersungguh begitu sekali ? "Tak ada sebab lain, amba nak ko pahala saja"


Daging lembu...baru bubuh / gaul dengan 'awas'...Gulai kawah Mak Mayong !


Orang yang jadi 'tukang lihat', 'penonton' mungkin kata, "mudah saja ( jaaah )" buat kerja ni. Sebenarnya berada jadi 'jo dapur' yang tentunya bertemu dengan panas dan asap.... silap-silap hangit....punah ! Kena orang yang 'berjiwa tahan panas' walaupun dia panas.


No problem !!!...tempat-tempat begini kalau datang, "tengok saja dengan hati suka dan redha" pun boleh pahala dan merapatkan hubungan antara kita dari menentang dan mereka-reka cerita, tak suka dan mengadakan fitnah !. "Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan..." Perlumbaan yang pertama bermula dalam hati weh, niat !


TERKINI dan TERAKHIR lapuran MASJID TAQWA


10 Muharram..."Kira selesai belaka, tak ada perkara berbangkit" Menara siap dibina. Keseluruhan kos pembinaan RM 28 ribu. Jamuan kesyukuran untuk meraikan pekerja-pekerja pembinaan, penderma yang menghulurkan wang untuk pembinaannya dan ahli jamaah Masjid Taqwa serta pimpinan tempatan dijemput untuk "makan gulai" lembu.



Pak Teh Haji Ya dengan "kakah dalam"nya..... hati, limpa, perut muda, ... sedap !
"Kakah dalam" dan daging sepaha di jual dengan harga, "timbul" RM 200 lebih ...


pakai t-shirt kuning 'bersih' ditempat sembelih lembu... penyembelihan tak bersih ke ?
itulah Pak Ngah Haji Kob ..... Katanya, baju kuning tu "budak bui"

"Pege kkuatlaa.... demo gat dok wat nyayo ko kawe...jange make gu weh"

Moga-moga Allah memberkati kita semua...insyaAllah. Nanti kita sembelih lagi, nak ajak belaka... ini salah satu aktiviti Masjid Uthmani Kampung Kolam akan datang.

Tolonglah keluarkan RM rm RM tak kira kecil ke besar kedalam akaun MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM........ Kalau tengok blog ini [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ] dan niat untuk infak fi sabililLah. Amin.


No. akaun MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM:

RHB: 2-53025-0000563-0

atau

CIMB: 0301-0004030-20-5

atau hubungi Pengerusi Pembinaan: Ustaz Haji Fikri Awang

h/p: 016- 986 4599

Saya bersama anak Ainul Fatihah Mujahidah [ 3 tahun ] berada di tapak asas Masjid Uthmani Kampung Kolam.........Kelihatan di belakang Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Yayasan Islam Kelantan)
Pengetua Darul Ulum Al-Muhammadiah: Ustaz Zahari Yaakub 019-9669231


tak salah kan ?...lapur tentang Masjid Taqwa, minta tolong untuk masjid yang tak siap lagi tu.

Masjid tu untuk budak-budak sekolah arab dan budak tahfiz solat....siap cepat, cepat buat solat dan program lain, ....insyaAllah


t e r i m a k a s i h



Jumaat, 25 Disember 2009

[19] Menara Masjid Taqwa - Siap... "Syukur"












Menara Muttaqien ...suatu syiar Islam di Kampung Mak Mayong Kolam
...tengoklah dari arah mana pun .... comel !





















Kanan: Wak Haji Kob
Tengah: Ahmad Fathi Rabbani
Kiri: Pak Nik Haji Ilyas.....'bersantai' di Kedai Kopi Allahyarham Pak Cik Haji Rashid sambil mengadap kearah menara....."puas hati, comel...syukur"



Menara Masjid Taqwa, sejak hari keputusan bersama "orang-orang tua kanan" pada 17 Ramadhan [ hari Nuzul Al-Quran ] selepas solat Subuh, kini siap terbina setelah melalui proses pembinaan selama tiga bulan.

"Ni baru comel masjid". Lengkap sebuah masjid dengan adanya menara hasil sumbangan orang ramai.

Sebagai tanda syukur, hari Ahad pada 10 Muharram nanti akan diadakan majlis jamuan berselerak [ nasi berlauk ]. Seekor lembu berharga RM 1500 di rebahkan.

Jamuan akan diadakan sebaik saja selesai solat zuhur dan akan berakhir pada solat asar.
Menjamu selera "merebahkan lembu" menjadi kebiasaan warga Masjid Taqwa.

Kuliah Jumaat mingguan Masjid Taqwa pagi tadi di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Masri Yusuf. Beliau menyampaikan tafsiran ayat 9,10 dan 11 dari Surah Al-Munafiqun yang banyak memberi pengajaran tentang kehidupan manusia yang dikaitkan dengan sedekah dan kematian.

Hasrat saya yang serba dhaif ini, ingin sama-sama merasai nikmat "kemanisan iman" dengan siapnya menara saya mengambil peluang mencadangkan kutipan derma "kuliah Jumaat" hari diserahkan kepada tabung pembinaan menara.

Alhamdulillah, menerima sambutan dari "warga kuliah Jumaat" dan kutipan agak menggalakkan.

Moga-moga memberi manfaat kepada kita semua...insyaAllah

Rabu, 23 Disember 2009

[18] Masjid Taqwa Berwajah Baru Sempena 1431 H

Ketinggian menara 30 kaki .... susah juga menaikannya... didalam menara tu ada seorang lagi pekerja .... Berapa semua pekerja anak buah Haji Will Selising.









Harga RM 3200
Haji Will Selising buat dengan harga paling murah ... Allah Yang Maha Membalas

Sila baca...apa dalam freme tu ? Selain dari Masjid Taqwa, kalimah itu juga dapat di lihat di Masjid Muhammadiah, Pondok Tok Ayah Pandang Kolam dan Masjid Tok Guru Haji Daud Bukit Abal. Inilah "tahlil jamak" yang menjadi salah satu amalan tarikat Ahmadiah.

Masjid Taqwa diasas oleh Tuan Guru Haji Muhammad (Tok Guru Haji Awang Padang Kolam) adalah pengikut tarikat Ahmadiah
Ahmad Fathi Rabbani Bin Fikri
Ketika peringkat pembinaan kerangka.

"Haji Yaakub Abdul Rahman "orang tua kanan" di Masjid Taqwa berdiri ketika melawat tempat pembinaan "buah guntung" di Selising.
"Abe aji nak tengok cepat siap, boleh tengok segar dah"....ore tua !


Dengan terbinanya menara, Masjid Taqwa berwajah baru. Nampak hebat dan menggambarkan kebaikan yang ada. Bersatunya masyarakat Kampung Mak Mayong Kolam. Menara yang tinggi 30 kaki itu memakan belanja menyiapkannya sebanyak RM 26 ribu.

Cantik ! Berkubah kecil dengan lilitan tapak bawah seluas 44 inci, warna hijau tanpa pertikaian dengan kos sebanyak RM 3200 dinaikkan secara manual tengahari tadi.

Haji Will "pakar binaan buah guntung" dari Selising dan pasukannya cekap dan berani menaikkan "buah guntung" hijau itu. Sepatutnya sewa crene tapi untuk menjimatkan kos sewa crene RN 550 sehari maka bermuafakat menggunakan tenaga menaikkannya.


Yang di bawah tolak naik, yang diatas tarik dengan tali. Cabaran menaikkan "buah guntung'" ialah angin yang bertiup cukup membimbangkan. Hujan terintik-rintik sekali sekala menyejukkan suasana. Kepada semua yang terlibat dengan sokongan kewangan dan tenaga, kata-kata dengan bahasa yang manis dan senyum tanda setuju tak berbelah bagi, hanya Allah Yang Maha Membalasnya.

Kepada "orang-orang tua kanan" Masjid Taqwa, keikhlasan dan pengorbanan anda sekelian yakinlah ini semua adalah bekal untuk diakhirat nanti. Orang tua yang berhati bersih sukakan pembangunan sebegini.

Mereka yang bernama Wak Haji Kob, Pak Nik Haji Ilyas, Pak Su Haji Yunus, Pak Teh Haji Ya, Pak Ngah Haji Kob adalah orang-orang tua yang banyak mengorbankan wang dan masa. Semua nya tidak sia-sia.

Mereka itu semua adalah anak beranak kepada pengasas Masjid Taqwa, Tok Ayah Padang. Inilah pentingnya pelapis dan penyambung pembangunan kerja Tok Guru. Walaupun tidak 'tua guru' seperti Tok Ayah tapi mereka ini dapat menjadi "Tok guru pembangunan" untuk 'down line' mereka.


Suatu kebangaan, kerana belanja kos pembinaan RM 26 ribu itu tidak menerima sedikit pun sumbangan dari pihak kerajaan. Kami semua berniat untuk menolong kerajaan dengan cara tidak meminta bantuan projek dari pihak atasan.

Lepas ini nak buat apa pula ? Banyak lagi yang boleh di buat asalkan sanggup dan pandai cari dana. Nampak mudah...kata-kata mudah. "Pitih kita pakat cari". Carilah, kita pakat buat ....

Rabu, 16 Disember 2009

[17] Masjid Taqwa Mak Mayong Kolam

Masjid Taqwa terletak di Kampung Mak Mayong. Salah sebuah masjid di Mukim Kolam. Saya diamanahkan sebagai Setiausaha dan Setiausaha Khas Jawatan Kuasa Kecil Kuliah Jumaat.

Masjid ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Awang Padang atau nama sebenarnya Haji Muhammad. Beliau berasal di Kampung Mak Mayong ini dan membuka Pondok Haji Awang Padang Kampung Kolam.

17 Ramadhan, sempena Nuzul Quran beberapa orang tua yang saya suka menamakan "orangorang tua kanan" Masjid Taqwa memutus dan merancang untuk membina menara.


Bahagian atas Menara Masjid Muqarrabin Becah Kura, Peringat yang menjadi model pembinaan menara Masjid Taqwa Mak Mayong


Berikutan keputusan tersebut, maka pada 10 Syawal, 1430 usaha pembinaan di mulakan dengan menggali tapak sedalam 7 kaki dan lebar 6 kaki.

Haji Yaakub Abdul Rahman [ kanan ] dan Haji Zakaria Omar [ kiri ] dua "orang tua kanan" Masjid Taqwa, ... sepupu dan besan yang menjadi penggerak pembinaan....dihari lawatan ke Masjid Muqarrabin sebelum gerak kerja di Masjid Taqwa bermula.

Menara ini mengambil contoh menara Masjid Muqarrabin, Kampung Becah Kura, Peringat. Menara Masjid Muqarrabin ini menelan belanja RM 30 ribu. Maka begitu jugalah menara Masjid Taqwa ini.

Menara Masjid Taqwa yang telah dibina 30 peratus kemajuan.

Tuan Guru Tok Ayah Padang membina masjid ini untuk anak cucu waris warah. Kini anak cucu dan waris warah saudara maranya yang mengimarahkan Masjid Taqwa dengan program dari masa ke semasa.

Masjid Taqwa membentuk insan menuju ketaqwaan.

Selasa, 15 Disember 2009

[16] Masjid Muhammadi - Arked Tengku Anis

Gabungan pembangunan kerohanian dengan pembangunan meterial sebagai suatu kebanggaan baru warga Kota Bharu dan peminat-peminatnya.

Hari ini saya terasa rindu 'Sup Tok Ayah' di tepi Sungai Kelantan. Bila sampai di depan premis saya terkejut kerana kelihatan jentolak sedang mengganas merobohkan premis 'Sup Tok Ayah'. MasyaAllah.

Tersilau notis bahawa kesemua premis di bangunan tersebut telah pindah ke Arked Tengku Anis yang terletak berhampiran "Cikgu Nasi Ulam'. Tahukah dimana tempat tu ?

Sup Tok Ayah mempunyai peminatnya yang ramai. Ia beroperasi sejah tahun 1960 an. Teo Ayah yang berasal dari Negara Yaman telah meninggal dunia, Kini perniagaan tersebut disambung oleh anaknya.

Hari ini saya bersama isteri dan anak [ Ahmad Fathi Rabbani ] makan tengahari di premis nombor 36 tersebut yang baru beroperasi 10 hari. Tempat yang strategik dengan sewa bulanan RM 250 ini akan terus maju.

Saya menghulurkan kad peribadi saya sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam. Saya mendoakan agar tuan punya premis Sup Tok Ayah akan mengambil perhatian.

Beliau berasal dari Bukit Tanah, anak Tok Syeikh Hasan Serak. Beliau kenal 'pak dua pupu' saya Haji Hamzah Brunai, Allahyarham Pak Ngah Haji Hashim, Allahyarham Pak Ngah Haji Lah.

Orangnya baik budi bicara. Saya kata baik, mudah saja perkiraaannya. Ia meluangkan masa nak berkenalan. Saya kenal mereka hari ini. Gabungan Afghanistan dan Yaman asalnya menetap disini.

Saya hairan juga kenapa jadi gabungan itu. Katanya setiap tahun cucu Tok Ayah Yamani "pakar sup" ini setiap tahun ke Yaman. Ziarah ikat silaturrahim kerana adik Tok Ayah masih ada di sana.

Dapat dua nikmat di situ. Sup Tok Ayah yang "sedaaaap" panas-panas lepas banjir dan dapat perkenalkan diri sebagai Pengerusi Masjid Uthmani.

Harap Allah bukakan hatinya, insyaAllah. [ Mintalah kakak tu baca catatan saya ini ] Amin.
Bertuah orang yang ada premis disini, dekat Masjid Uthmani. Suatu gabungan usaha pembangunan.

Bertuah rakyat Kelantan.

Ahad, 13 Disember 2009

[15] Untuk Kini dan Masa Depan Islam


"Sabarlah dik !...itu sebahagian perjuangan hidup kita orang beriman !". Esok lusa, insyaAllah boleh berlari laaaa. Tak percaya ?....Tengoklaaaa. Kita jumpa...Nangis hok sore tu [ tengah ] 7 tahun. [ Maaf ambil gambar ini tanpa izin....kebetulan ! ]

"Untuk Kini dan Masa Depan Islam" diri mereka dan ummah. Halus dan seninya ajaran Islam, sejak kecil telah ada "Tarbiah Islamiah - Perjuangan Islam". Sanggup tumpah darah untuk Islam. Jangan penakut ! Kena habis duit untuk perjuangan Islam, RM 80 seorang, murah ! Mesti ada murabbi / naqib [ datuk dan nenek ]. Tak malu dan takut demi kebenaran ajaran Nabi s.a.w. Hasilnya akan ada jika panjang umur dan diberi rezeki. Seru orang lain...katakan, "tak sakit...sakit sekejap saja" Terima kasih kepada semua yang terlibat "menjantankan" saya.

Terpulang kepada ibu bapa...nak biar sehingga umur berapa ?. "Ssunat" awal-awal lebih mudah untuk salurkan kebaikan dan kefahaman. "Terima kasih atuk dan opah, abah dan mama !"

Semalam saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Saidina Ali di Kok Lanas [ saya akan cacatkan kemudian nama klinik tersebut ]. Kebetulan melihat "satu pasukan" terdiri dari seorang datuk dan nenek serta tiga orang cucunya.

Suatu kebangaan melihat seorang datuk dan nenek yang berusia 70 an masih gagah membawa cucu-cucunya ke klinik untuk "korbankan" cucu-cucunya.

Apa maknanya ini ?. Ini adalah suatu penghayatan agama. Katanya, "bersunat kecil-kecil lagi senang untuk bawa kesurau, cuci". Ini adalah suatu penghayatan kepada agama.

Tengok yang bersunat itu diantaranya yang berumur 7 tahun....."sakiiiit" laungnya sambil menangis bila saya nak tolongnya untuk diangkat keatas kereta.

Saya bercadang pada tahun depan untuk "korbankan" Ahmad Fathi Rabbani. Dia tak tahu apa pun lagi bila sebut "ssunat" [ kena tasydid sikit di 's' dalam bahasa Kelantan ]. Jagalah ... tahun depan.

Kalau nak dikaitkan dengan agama, bersunat anak-anak lebih awal lebih baik. Dulu, dizaman saya bersunat dengan tok mudim. Berkumpul ramai-ramai, tok mudim datang di pagi hari.

Mereka yang akan "dikorbankan" berdebar-debar tunggu tok mudim. Saya dapat merasakan perbezaan kanak-kanak dulu dan sekarang. Budak-budak sekarang agak berani.

Disetengah tengah tempat berkhatan beramai-ramai dengan anjuran pihak-pihak tertentu. Pasukan bomba di pinjam untuk siramkan air kepada kanak-kanak tersebut.

Binalah diri kita untuk kini dan masa depan Islam.

Jumaat, 11 Disember 2009

[14] Syukur Dalam Sepi

"Syukur Dalam Sepi" , tergambar seolah-olah kita berada dalam keadaan sujud kepada Allah atau sedang bertafakur di kesepian malam atau dinihari yang gelap gelita.

Penggunaan perkataan 'sepi' sering di kaitkan dengan masa atau pada jam 3, 4 atau 5 pagi. Itulah malam dan dinihari. Gelap pekat malam hari menambahkan "kekesitan" dalam hati.

Pada masa itu juga, ada makhluk yang aktif dengan kejahatan sehingga Allah mangejar supaya orang beriman "berlindung dengan Nya dari kegelapan malam".

Bagi pencuri dan perompak aktif terhadap sasarannya. Pemabuk sedang kehanyutan dengan air syaitannya. Penzina sedang ghairah dengan mangsanya.

Mereka tidak sepi. Sepi disini, halanya kepada hati yang sedang mengingati kekuasaanNya. Masa yang sama tapi hati berbeza-beza.

Ketika ini, jam menunjukkan 4:00 pagi.... Sunyi 'sepi' sungguh. Saya sedang mencatat sesuatu untuk blog "Dengan Berpandukan Petunjuk 114" ini. Suasana sunyi sepi dengan sedikit terasa kepanasan kerana hujan berhenti sejak empat hari lalu.

Saya bersyukur, "al-Hamdulillah", kepada Allah Yang Maha Kaya, Yang Maha Menganugerahkan hambaNya sebab itu saya tidak dapat menangguhkan anugerah ini sedangkan [ insyaAllah ] esok masih ada.

Saya baru bersembang dengan rakan FACEBOOK saya, Ahmad. Jam 2 pagi tadi saya buka FB. Masih ada 4 orang hamba Allah yang belum memejamkan mata.

Tentu sedang mengadap sesuatu. Saya gatalkan tangan, beri salam dan buat-buat bertanya, "ada lagi yang tak tidur ! ingatkan saya saja tak tidur"

Dijawab dengan baik oleh kesemuanya hamba Allah itu. Saya tidak sangka dari Encik Ahmad. Beliau memberitahu bahawa beliau berminat untuk membeli "LOT" yang saya iklankan dalam blog [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ] tempoh hari.

Saya katakan bahawa, kalau beliau di Kelantan senang untuk uruskannya. Beliau menjawab bahawa beliau berada di KL. Saya mengucapkan terima kasih diatas niat beliau.

Moga-moga dikekalkan niat untuk buka "akaun akhirat" melalui pembinaan Masjid Uthmani yang terbengkalai itu.

Cukup membanggakan saya yang beliau "suka", "minat" kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Minat dan sukakan Tok Guru. Ada kelebihan dunia akhirat.

Beliau bercadang untuk datang dan mahu jumpa Tuan Guru NAA. Saya cadangkan supaya beliau datang Kelantan dan menginap di Pulau Melaka. Buka dapat jumpa saja malah solat dengan TGNAA. Berjalan kaki ke masjid TGNAA. Beliau kata "boleh"

Hasrat dan kesanggupan Encik Ahmad saya doakan di dini hari ini [ sekarang 4:29 pagi Sabtu 12 Disember ] moga-moga tercapai. Saya menjemput Encik Ahmad "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang" untuk melihat dari dekat tapak Masjid Uthmani.

Saya telah memberikan nombor h/p. saya: 016 - 986 4599. Bila sampai Kelantan hubungilah saya. Itulah kesyukuran saya. Tak sangka ada hamba Allah yang mengikuti perjalanan ini.

Kepada Encik Ahmad, saya ucapkan terlebih dahulu di dini hari ini, "JazakumulLAHu khairan kathira" "Hanya Allah Yang Maha Membalas dengan sebaik-baik balasan".

Saya doakan Encik Ahnad selamat sejahtera dengan penuh keberkatan didunia dan akhirat.

Saya iklankan bahawa saya akan melancarkan penjualan lot untuk dana pembinaan MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM pada bulan Muharram nanti, insyaAllah.

Nilai yang ditawarkan untuk "Bank Akhirat" MASJID UTHMANI.


RM 50 bagi 1/2 ( setengah kaki ) persegi


atau


RM 100 bagi 1 ( satu ) kaki persegi.

Saya mengharapkan agar saudaraku di jalan Allah bersama membina MASJID UTHMANI.

Jumaat, 4 Disember 2009

[13] Ahli MU Kampung Kolam Sayangkan Tok Guru


Ahli Masjid Uthmani Kampung Kolam paling muda "Ahmad Fathan Jundullah Bin Fikri Bin Awang Bin Mat Sin" hari Jumaat, 4 December 2009 cukup 9 bulan, dengan berat badan 10.5 kg, kebetulan hari ini ada "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru" "...moga-moga anak-anak ku dijadikan Allah dari hamba-hamba Nya yang sayangkan Tok Guru dan jadikanlah mereka semua sebagai Tok Guru suatu hari nanti..." Amin.

Gambar ini tiada kaitan dengan "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru". Ia diambil pada akhir Rejab 1430 lalu sempena kedatangannya ke Mukim Kolam untuk merasmikan Masjid Muhajirin di Mak Mayong Tengah ( dalam Mukim Kolam ). Kelihatan di belakang Tuan Guru, ( (terlindung sedikit ) Yang Berhormat ADUN Jelawat, Cikgu Haji Aziz dan di belakangnya, Haji Mohammad Bin Hasan AJK Masjid Muhajirin.



Hari ini, Jumaat - 4 December, 2009. Jam 10:30 pagi tidak seperti biasa. Majlis ilmu, kuliah Jumaat mingguan yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati biasanya akan bersurai pada masa itu.



Pihak penganjur meneruskan majlis, iaitu majlis perhimpunan yang saya namakan "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru". Tidak seperti hari biasa. Yang tak pernah hadhir pun ada hari ini.


Orang-orang tua berpesan dan telah menjadi amalan mereka sayang, hormat, memulia dan kasihkan Tok Guru, sehingga anak cucu Tok Guru dihormati, dimulia dan dikasihi. Inilah keperibadian masyarakat Kelantan. Sekarang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan anak cucunya di sayangi di Kelantan ini.

Kepimpinan Tuan Guru diusik Selasa lalu oleh sekumpulan anak buah Dato Mustafa Muhammad di depan Kompleks Darul Naim Kota Bharu menuntut supaya:
[ 1 ] Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( TGNA ) meletakkan jawatan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dan
[ 2 ] TGNA menarik balik doa "supaya kejahatan berpatah balik kena orang yang nak buat kejahatan" iaitu orang tertentu sebagaimana yang di fahami kerana tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Saya bersama anak, Ahmad Fathi Rabbani yang berumur 6 tahun itu mengikuti dari dekat suasana ini. "Allahu Akbar" bunyi gema takbir yang kuat bertalu-talu itu menyebabkan anak saya berkata, "terkejut Tah". Ahmad Fathi Rabbani membahasakan diri nya dengan 'Tah'.



Saya menerap dan mendidik anak saya supaya kasihkan Tok Guru. Sebelum ini orang Kelantan hidup dengan sentiasa berkasih sayang dengan Tok Guru. Tok Guru Tok Kenali, Tok Guru Tok Selehon, Tok Guru Tok Pulai Condong, Tok Guru Haji Musa, Tok Guru Tok Khurasan, Tok Guru Haji Abdullah Tahir, Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Tok Guru Haji Mustafa, Tok Guru Haji Aziz, Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Tok Guru Haji Kadir Melor, Tok Guru Haji Awang Padang Kolam dan lain-lain lagi. Banyak sekali Tok-Tok Guru yang bertuah dan orang Kelantan menumpang ilmu dan tuah serta berkat mereka.


Dalam hidup manusia beriman, kena ada Tuan Guru yang kita berikan kepercayaan untuk memandu hidup secara keakhiratan dan kerohanian. Kita tentu ada masalah, kepada siapa kita tanyakan perkara yang berkaitan dengan hukum hakam ?.

Kini, orang Kelantan menumpang Tuan Guru Nik Aziz. Jelas sejak sejak 1990 sebagai Tuan Guru dan Menteri Besar Negeri Kelantan. Ahmad Fathi terkejut dengan kuatnya bunyi takbir kerana tak biasa dengan suasana ini. Orang ramai berhimpit-himpit sambil melindung diri dari hujan di bawah khemah putih yang di sediakan.

Memang patut dia terkejut, bunyi takbir bergema dengan ribuan orang ramai memenuhi "ketat" berhimpit-himpit antara bangunan PAS ( bangunan yang menempatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di bahagian atas dan Kedai Jaafar Rawas di bahagian bawah ) dan Mutiara Corner (Kedai Kopi sebelah dengan Bangunan PAS ).

Pentas tempat Tuan Guru duduk menyampaikan kuliah Jumaat tadi dijadikan pentas untuk wakil-wakil dewan-dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, wakil NGO, wakil PKR dan wakil kaum India dan Cina berucap. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berdiri teguh di belakang TGNA.

Saya merasa bangga kerana disamping adanya kaum lain menyokong Tuan Guru, saya lihat jumlah anak muda amat ramai sekali. Dalam hati saya berkata, "inilah hasilnya".

Tahun 1990 menguasai Kelantan, anak-anak ini dulunya mungkin baru lahir atau berada diperingkat sekolah pra atau sekolah rendah, kini mereka pandai "sayangkan Tok Guru". Mereka inilah yang akan mewarisi Negeri Kelantan ini.

Ada orang sensitif dengan doa dan ucapan Tuan Guru pada hari raya Eid-ul-Adha itu. Media memainkan peranan penting dalam membentuk isu dan suasana dikalangan rakyat.

Ketika saya solat subuh di Masjid Pulau Melaka, saya dapat rasakan apa yang Tuan Guru mahu dan minta dengan Allah. Saya pun mahu sepertinya.

Sebenarnya TGNA pada setiap pagi Jumaat dalam doa qunut solat subuh, di tambah dengan qunut nazilah.

Makna yang tersirat dalam qunut nazilah itulah apa yang Tuan Guru ucapkan pada hari raya lalu. Cuma tidak ada dalam qunut itu perkataan royalti dan UMNO saja.

Antaranya, "....dan pecah belahkan persatuan mereka...dan goncangkan pendirian mereka..." dan lain-lain lagi dalam qunut nazilah itu. Dalam qunut nazilah itu nescaya terselit dalam hati TGNA siapa yang merampas royalti minyak rakyat Kelantan.

Apa salahnya minta [ berdoa ] dengan Allah s.w.t. dan meminta orang yang terasa dizalimi minta dengan Allah ?

Orang mahu ganggu dan gugat TGNA. Matlamatnya supaya Kerajaan Kelantan berkocak, berpecah dan jatuh. Orang lain pula yang memerintah Kelantan.

Lalu di munculkan perkataan "letak jawatan" supaya berundur. Bila undur bererti Kerajaan Kelantan jatuh. Itu saja matlamat siapa yang nak memerintah Kelantan !

Kenapa letak jawatan ? Untuk di bagi kepada siapa jawatan itu. Jangan bising soal jawatan, malu kepada Allah. Kita kena faham Islam bahawa pimpinan gerakan Islam dan Kerajaan Islam di tentukan oleh Allah.

Tak payah merancang untuk memegang jawatan berat itu. Apatah lagi kalau buat perancangan sehingga "terasa dan terkeduh" hati sesama sendiri. Ingat !!! ...jatuhnya kerajaan-kerajaan dahulu kerana kelemahan dalaman.

Orang yang nak jadi MB, silalah bercita-cita [ boleh kompromi dengan cita-cita sesiapa saja asalkan yang baik ]...tapi ingat bahawa faktor kejatuhan kita bukan kerana lain, tapi kerana cita-cita peribadi mengatasi cita-cita jamaah.

Kena faham bahawa, parti sekular pimpinannya di pilih oleh ahli-ahlinya kerana mereka tidak bergantung dengan Allah dan Allah membiarkan mereka tanpa pedoman.

Orang Harakah Islamiah harapnya ada panduan dan pedoman walaupun bercita-cita besar. Parti Islam dan Kerajaan Islam dicampur tangan oleh Allah.

Yang payahnya, "rakyat". Mereka sedang memerhati dengan tahap pemikiran mereka. Jangan sampai rakyat mencemikkan mukanya dan merendahkan kepimpinan.

Jika rakyat "jemu" bahaya nanti. Rakyat Kelantan adalah orang yang tak mudah tertipu dan berani buat perubahan. Dalam diam-diam mereka buat pendirian !

Syukur, rakyat masih sayangkan Tuan Guru. Kehadiran begitu ramai adalah sebagai bukti. Dato Husam berkata dalam ucapannya, "ahli Exco bersatu". Eloklah, syukur mereka bersatu. Bersatu berpunca dari hati. Satu hati jaga rakyat Kelantan.

Okey !!! Kalau saya mengulas perkara ini dengan lebih lanjut nanti terkeluar pula saya dari matlamat yang saya tetapkan untuk blog "dengan berpandukan petunjuk 114" ini.

Saya menganggap blog ini sebagai suatu medan yang santai untuk taaruf semata, bukan untuk mengulas isu semasa politik negara.

Saya sebagai Pengerusi Masjid Uthmani yang amat memerlukan sokongan ikhlas dan sumbangan bermanfaat untuk meneruskan pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam.

Tolonglah saya nak buat masjid ini dan......Tolonglah diri tuan puan muslimin dan muslimat untuk tabung akhirat anda !

Kalau berjalan ke RHB atau CIMB bolehlah berinfak "akaun akhirat"....

RHB : 2 - 53025 - 0000563 - 0
dan
CIMB : 0301 - 0004030 - 20 - 5

Sememangnya kita kena sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah dan sayangkan waris Rasulullah sayangkan Tuan Guru dan sayangkan ibu bapa kita !

Isnin, 23 November 2009

[12] Doa Untuk Kebajikan

Semalam, Isnin - Jam 6 petang singgah di ViSeutics Pharmacy / Healthcare sebuah kedai ubat di lokasi berhampiran HUSM Kubang Kerian. Kali kedua saya memasuki premis ini untuk beli Diamicron MR, ubat dibetes yang saya gunakan 2 biji setiap pagi.

"Rasa baru saja saya beli ubat ini, ni mari pula nak beli sini, ingat ke", saya bertanya kepada seorang ahli farmasi di premis tu. Adakah dia ingat bahawa minggu lepas atau 10 hari lalu saya datang beli disini. Dia jawab, "ingat". Saya cukup senang hati bila saya sebagai pelanggan diingati oleh orang yang terlibat mengurus diri saya ketika jadi pelanggannya.

Senerio ini mempunyai kesan yang mendalam kepada saya. Ada sesetengah peniaga, pelanggan masuk ke kedainya, nampak air mukanya serius saja, nampak mahal seolah-olah dia seorang yang senang, hebat dan cukup kaya bila ada kedai, orang datang cari dia ! Jagi kita datang kekedainya macam kita masuk untuk mengemis saja.

Itu perasaan buruk saya. Saya kata begitu, kerana ketika pengemis masuk, masuk air mukanya "serius", sama saja. Seolah-olah pelanggan masuk dengan tak ada duit dan menyusahkannya, "pelahap" dengannya, sama dengan pengemis datang yang tentunya nak minta duit. Saya pernah jumpa peniaga yang demikian. Masih ingat lagi dimana kedai itu. sehingga ini saya tak masuk kekedainya lagi.

Bagi saya sebagai pelanggan ada banyak pilihan. Banyak premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan yang sama. Saya memasuki sesebuah premis perniagaan bukan nak membeli barangannya saja. Bagi saya yang suka berkenalan, bererti kalau seseorang itu nampak payah "lokek" untuk berkenalan saya mengira orang itu tidak perlu kepada orang lain.

Jadi, kalau peniaga itu seorang yang "serius" tak kenal dan tak mahu berkenalan, bererti dia "tak perlu kepada orang lain", lebih baik tak perlu berniaga kerana dasar perniagaan "nak kan orang". Ingat ! berkenalan menambahkan pahala bila berhubung dengan seseorang secara ukhuwwah Islamiah. Banyak faedahnya, buka duit saja yang berfaedah !.

Kepada tuan punya farmasi ini saya ucapkan terima kasih disini kerana pandai melayan tetamu. Saya tanya beliau bahawa farmasi ini adakah hak milik dia. Saya ucapkan, "tahniah, kerana hak milik "orang kita"... "bumiputra - Islam". Saya rasa bangga kerana perniagaannya berdaya maju. Layanan dia yang "mesra pelanggan" dan banyak barang yang disediakan untuk keperluan pelanggan. Pekej yang lengkap. Lagi lengkap kalau...... [ kalau apa ? ]

Dia bertanyakan tentang diri saya. "Bagus orang ini nak berkenalan dengan pelanggan dia, ini peniaga yang pandai", tercuit hati saya. Lalu saya memberinya "Kad Pengerusi Masjid Uthmani". Terpaksalah saya menerangkannya tentang pembangunan Masjid Uthmani dan diri saya sendiri.

Sentiasa ada dalam fikiran saya: [1] untuk perkenalkan diri saya dan Masjid Uthmani.
[2] untuk berkenalan dengan siapa demi perjuangan kebajikan ini. "Kad ini saya bukan beri sembarangan. Kalau tak tercuit dihati saya tak beri". Apa maksud "tercuit" itu hanya saya yang rasakan dan sukar nak ucap dengan perkataan. Kepada sahabat pun ada yang saya tak beri kad tu. Beri buat apa sebab dia sudah kenal saya dan sudah tahu jelas projek kebajikan ini.

Saya katakan kepadanya, "saya mengajar malam, antara maghrib dengan isyak...buat hubungan di majlis ilmu dengan orang tua di masjid-masjid dikampung saya dan dimana saja ada jemputan". Isteri saya pula mengajar di sekolah. "Saya buat masjid ini ditanag saya sendiri, seluas 3 ekar tanah pemberian orang tua saya"

Saya katakan kepadanya, "doakan muga-muga Allah mudahkan urusan pembinaan masjid ini kemudian niat suatu masa untuk infak fi sabiliLlah, buat masjid sama". Awak doakan saya dengan urusan ini, teringat saya sebuah maksud hadith, ''Mana-mana hamba yang mendoakan kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya maka malaikat mengatakan kepadanya, "dan kepada kamu pun sedemikian juga". "Bererti jika awak doakan supaya Allah permudahkan saya dalam proses pembinaan masjid ini, malaikat pun mengatakan, "Dan kepada engkau pun sedemikian juga". InsyaAllah, Dia permudahkan urusan awak.

Terselit dihati saya moga-moga doa ikhlas dari dia seorang yang berjaya akan membantu kejayaan saya pula. Saya katakan kepadanya, bahawa "awak punyai masa depan yang cerah"...Lalu saya keluar dari premisnya. Dalam hati saya, "Ya Allah tolonglah hamba Mu ini".

Sabtu, 21 November 2009

[11] Penghayatan Suatu Ujian (Siri 01).

"Apakah kamu kira senang untuk memasuki syurga ?" Diantara soalan dari Allah yang dikira popular dikalangan orang yang beriman. Suatu masa, hubungan cukup kuat semacam adik beradik, saling mempercayai antara satu sama lain sehingga membolehkan buat merancang bersama. Buka perancangan untuk pergi melancung atau menziarahi sesuatu tempat tetapi perancangan untuk menegakkan dan memperjuangkan Islam.

Hubungan yang semacam adik beradik itu jadi pecah berderai kerana masing-masing punya pandangan dan pendirian yang berbeza. Ketika badai ujian menyerang, ketika ini tiada lagi perjanjian dan ikatan bersama dulu, "kalau ada masalah kita bincang, saling tegur menegur sesama kita, kita sama-sama lemah kena tolong menolong, sama-sama sabar dikalangan kita dan Islamlah yang menjadi panduan kita".

Ucapan begini adalah suatu ucapan biasa ketika hati tenang. Ketika hati tiada kepentingan. Ketika masing-masing hati lembut dengan kebenaran. Ketika Allah memudahkan kerja dengan pertolonganNya.

Banyak kisah benar untuk membenarkan dan menyokong apa yang dinyatakan. Bukan saya saja tapi orang lain pun saya percaya mempunyai pengalaman untuk menyokong apa yang saya maksudkan.

Khamis, 19 November 2009

[10] Rezeki Itu Dari Allah - Keputusan Sempena Haji 1430

Jumaat - 20 November 2009, di Kadok, "perkampungan nasi kerabu" ...dalam perjalanan ke KB untuk mengikuti Kuliah Jumaat Menteri Besar Kelantan, makan pagi nasi kerabu. Saya kata "perkampungan nasi kerabu" kerana di Kampung Kadok, Jalan Kuala Krai ini, dalam jarak 2 kilometer saja terdapat 5 buah kedai makan nasi kerabu. Betullah tu. "perkampungan nasi kerabu" Kedai yang saya singgah ini, [ Su Kedai Makan ] yang paling ramai peminat. Syukurlah, rezeki Su, kurniaan Allah..."Jaga Allah...Allah jaga kita,...rezeki dan masa depan kita". Khabarnya, moyang Su dulu pun, sekitar tahun 60 an adalah 'usahawan nasi kerabu' di tepi Sungai Kelantan, pusat perniagaan sekitar 50 dan 60 an. Kini ada hotel River View, Ridel yang ber 5 dan 4 bintang. Berkat keputusan orang tua dulu buka perniagaan disitu kini maju.

Tentu ada kelebihan Su. Kesimpulan mudah kenapa murah rezeki Su dengan nasi kerabunya. Kata sahabat saya, "Sedap rasa, banyak dalam pingan tu, ramai selalu peminat". Dalam erti kata lain, mudah dan ringkas saja, saya kata, "murah" . Kini, kedai Su ini, sejak lepas Ramadhan, lalu Su naik taraf dengan penampilan baru, [ tempat bakar ikan, daging, dan ayam - tempat bubuh nasi, letak lauk, kerabu dan tumis, ada ruangan air sejuk dan suam layan diri ]... [ lantai dan meja seramik bulat boleh duduk 6 orang, dikelilingi pokok bunga penyejuk mata ]... [ pelayan yang ramai, 'jernih-jernih' dan beradab dan bersopan ( tidak pakai seluar ketat nak pamir body) ]...[ tukang kira "bos" yang cekap dan mesra "gu" ]. Lagi baik kalau ada "bilik air yang.........." Saya kata, "tidak macam bilik air VIP pun tak apa". Jawab 'down line' ( pekerja Su ) "Insya Allah kita royak ( beritahu ) tokey. Bagus down line Su tu, tak melenting. "Bagus, terima kasih,"

Saya amat bangga kalau orang Melayu + Islam kita yang maju. Kita Melayu + Islam kena maju. Boleh singgah lagi di kedai nasi kerabu ini. Kebetulan, tak sangka-sangka jumpa Ustaz Hj. Amin Othmani, Buluh Poh, Ketereh. Sahabat yang sama-sama "buat haji" beberapa tahun dulu. Ustaz Min adalah orang bisnes. Beliau promote produk perniagannya. Dari BSY [ http://www.b-swan.my/ ] berasaskan buah mengkudu. Katanya, "insyaAllah okey", meyakinkan saya dengan pendapatan yang tertentu.

Saya katakan dengan rendah diri, "tak payah RM 10 ribu sebulan, cukup RM 3 ribu melalui produk ini pun dah syukur". Hari dan bulan ini adalah hari dan bulan haji, bulan baik. Saya kenali Ustaz Mi orang baik. Lalu saya fokuskan kepada projek pembinaan Masjid Uthmani. Bagaimana kalau saya sertai BSY dengan harapan Ustaz Mi ambil sikap "pro aktif" juga terhadap pembinaan Masjid Uthmani ? Kebetulan bawa laptop, lalu saya buka laman blog MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM:
[ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ]
dan blog santai saya ini ( yang sedang dilayari ini )
"DENGAN BERPANDUKAN PETUNJUK 114"
[ http://www.everytime114.blogspot.com/ ].

Beliau mendapat gambaran jelas dari saya tentang Masjid Uthmani, kini dan matlamatnya. Ringkasnya, kalau seluruh ahli yang aktif dengan bisnes sumbang kepada Masjid Uthmani, "....mudah siaplah". Mereka semua adalah dermawan, cuma saya nak alihkan mereka supaya pandang kepada masjid yang tergendala pembinaan ini. InsyaAllah.

Saya buat keputusan untuk menganggotai BSY dengan tujuan buat bisnes dan juga strategi pembinaan Masjid Uthmani dan sebagai pemakanan kesihatan saya. Produk ini murah, RM 40 sebotol. Nak jadi ahli keluarkan RM 150. Yang lain pun nak aktif juga. Kepelbagaian !. Ada orang kata, "de ko ?" Itu bincang lain kali. Allah akan tolong, insyaAllah. "InsyaAllah, hari Ahad nanti saya akan buka akaun simpanan saya di CIMB kerana syarikat BSY berurusan langsung dengan CIMB untuk masukkan bonus.nanti.

Saya runding dengan seseorang ahli bisnes untuk mengaitkan dengan projek pembinaan Masjid Uthmani. Dengan Ustaz Hazmi Ishak yang aktif dalam HPA, pun dengan matlamat yang sama. Minggu depan saya akan namakan Masjid Uthmani sebagai ahli HPA untuk bisnes dengan matlamat kepada pembangunan Masjid Uthmani. Rezeki itu dari Allah, maka sempena haji tahun 1430 ini saya harap saya membuat keputusan yang tepat.

Berserah Kepada Allah...Yang Maha Kaya - Yang Maha Memberi Kekayaan.

Selasa, 17 November 2009

[8] Perjuangan dan Perancangan...dengan izin Allah berjaya

Rabu - 18 November 2009 - Peperiksaan SPM bermula. Isteri kena bertugas mengawasi peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. Sebuah sekolah yang pada penilaian saya bagus penampilannya. Pagi-pagi lagi memasuki kawasan sekolah menghantar isteri kedengaran bacaan al-Quran melalui pembesar suara.

Terpampang di dinding sekolah "Sesiapa yang mahukan dunia maka kena berilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah berilmu dan sesiapa yang mahukan keduanya maka juga hendaklah berilmu"

SPM adalah masa depan pelajar. Boleh kata penentu masa depan mereka. Harapnya Allah memberikan pertolongan kepada anak bangsa saya. Orang Melayu, jika tidak maju dalam pelajaran, dalam apa lagi untuk masa depannya ?. Kini bangsa lain menguasai ilmu dan perniagaan.



Ke Klinik An-Nisa, runding dengan Kak Yah untuk letakkan TAFSIR SURAH YASIN karangan Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz di Kedai Makan / Kantin Klinik An-Nisa milik Kak Yah. Buku ini adalah sebahagian dari sumber masuk dana pembinaan MASJID UTHMANI. Berharga RM 15 sebuah. Ustaz Shahril bersetuju bahawa sebahagian daripada harga buku itu untuk Masjid Uthmani.

Beliau adalah rakan sebilik dengan saya semasa belajar di Pakistan. Sekarang beliau menetap di Jengka, Pahang. E-mail Ustaz Shahril ialah [ shahrilalhafiz@yahoo.com ]. Muslimin dan muslimat boleh hubungi beliau untuk pengesahan melalui talipon mobilenya [ 019 - 930 0486 ]. Blog Ustaz Shahril ialah: www.shahrilalhafiz.blogspot.com


Buku ini juga dijadikan teks untuk Kuliah Maghrib saya di Masjid Perpaduan Ummah Kampung Kolam. Malam semalam, baru masuk ayat pertama Surah Yasin iaitu dua huruf "Ya" dan "Siin"

Saya harap dapat diberi istiqamah oleh Nya. Amin

Jumaat, 13 November 2009

[7] -Ya Allah...bukakanlah hatinya

Jumpa dengan orang KL di Masjid As-Salam. Beri kad pengenalan diri. Ada alamat Masjid Uthmani. Serah kepada Allah.

[6] Penyakit hati dan tenang hati

Selepas solat isyak di Masjid al-Mahmudi, Masjid Jamek Kampung Kolam bersama saudara Hashim, Setiausaha Masjid Uthmani ke Kubang Kerian. Rancangan asalnya nak ke Stadium Sultan Muhammad ke IV untuk mengikuti perlawanan akhir Piala Agung, Kelantan lawan Johor. Tiba-tiba hati berubah kerana nampak titisan hujan di Kubang Kerian. Lalu singgah di D'Klasik Kopitiam berhampiran HUSM. Bila sebut masuk Kopitiam, nampak macam ada gaya mewah sikit. Maklumkah tempat tu mahal.



Persoalan gaya mewah tak timbul. Awal tadi nak singgah di restoran premis biasa di Kubang Kerian. Bila perlahankan kenderaan berhampiran premis itu, ternampak pelayan restoran itu yang bergaya mewah, tak pakai kain tudung, Seni bahasa Kelate kata "lepas kepala" Saya amat anti manusia yang tidak berkain tudung, aurat tu... Saya dah ada isteri, tak perlu kepada suasana macam tu. "Tak boleh disini Shim, kalau masuk fitnah naik atas kita". Itu saja.



Kuliah maghrib mingguan di Masjid Mahmudi tadi tentang ayat 15 dan 16 Surah
al-Baqarah. Tentang orang munafik yang berpenyakit hati. Perbincangan panjang lebar tentang "penyakit hati". Persoalan dilontarkan, bagaimana jika orang beriman juga mempunyai "penyakit hati" seperti orang Yahudi dan orang munafik iaiatu "dengki" ?. Jawabnya, sama kerana penyakit sama iaitu "resah gelisah" macam cacing kepanasan. Hati mereka tidak tenang.

Alhamdulillah, dapat menyampaikan kuliah dengan baik walaupun pendengarnya tak seberapa ramai. Sejak malam tadi hati tidak tenang berikutan timbul isu "taja". Tuan Guru Nik Aziz kata bahawa beliau ke Mekah tak pernah guna duit sendiri, selalu ditaja oleh orang yang nak berkebajikan. Perkara ini sensitif. Nasib baik Tuan Guru membatalkan niatnya. Saya buka berita Astro Awani jam 6 petang melapurkan. Saya ucap "Alhamdulillah"

Tenang hati kerana, seperti yang saya sebut dalam FB saya dalam ruangan FB saudara Razely Abdullah bahawa, Tuan Guru tak payah pergi kerana beliau telah banyak kali ke Mekah. Lagi pun Tuan Guru pernah kata, lebih baik wang tersebut disalurkan kepada anak yatim, orang miskin, bina sekolah dan masjid. Dikaitkan dengan isu "taja"...ingat ! orang boleh guna isu ini untuk memerangkap Tuan Guru....berlaku "tsunami" di Kelantan.

Khamis, 12 November 2009

[5] Masjid Kamil Hasan dan Nasi Kerabu Che Awe Salor




Ahmad Fathi Rabbani [ 6 tahun ] berdiri di papan tanda Masjid Kamil Hasan. Pelan dan masjid ini menjadi panduan pembinaan Masjid Uthmani. Pembinaan Masjid Kamil Hasan adalah bersumber dari dana orang ramai kampung sekitar dan dari seorang dermawan yang gurunya bernama 'Kamil' dan bapanya bernama 'Hasan'....jadi beliau suka menamakan Masjid Kamil Hasan..... Pembinaan Masjid Uthmani harapnya bernasib baik bertemu dengan dermawan seumpama ini, insyaAllah.

Ahmad Fathi Rabbani berdiri di hadapan mimbar Masjid Kamil Hasan. Mimbar yang bernilai puluhan ribu RM di tempah khas dari tukang ukir dari Negeri Johor. Fathi akan berkhutbah suatu hari nanti di Masjid Uthmani, insyaAllah.
Bersama adiknya Ainul Fatihah Mujahidah [ 3 tahun ] dihadapan Masjid Kamil Hasan
Dihadapan Kedai Makan Nasi Kerabu Che Awe yang "ssohor". Ahmad Fathi Rabbani dan Ainul Fatihah Mujahidah bersama cucu-cucu Tuan Guru Haji Daud ( Allahyarham ) Meranti, Pasir Mas yakni anak kepada Ustaz Bahrin Al-Ajyadi Al-Makki

Hari Jumaat, "Hari Ilmu"...Itulah hasrat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat. Kerana tak sempat ke "Medan Ilmu" di Kota Bharu, maka kami sekeluarga...mama, dan anak-anak: Ahmad Fathi Rabbani, Ainul Fatihah Mujahidah dan Ahmad Fathan Jundullah melencong ke Salor, Pasir Mas untuk makan pagi di kedai Che Awang Nasi Kerabu.

Dengan tak disangka-sangka terserempak dengan keluarga Ustaz Haji Bahrin Haji Daud. Lama tak jumpa dan sama-sama tak merancang kesini. Allah mengatur pertemuan kami. Jumpa di tempat makan. Teringat diakhir-akhir tahun 90 an. Bersama Bahrin di Ajyad Sud. Jadi penghuni Tanah Suci selama 3 tahun memberi banyak pengajaran dan hikmah dalam hidup ini.

Setiap malam Jumaat kami para pelajar berkumpul di "rumah wakaf" Allahyarham Abang Mat Saghir, seorang yang berasal dari Bukit Marak. Beliau telah menetap di Tanah Suci sejak umur belasan tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 2006 dan di kebumikan di tanah perkuburan Maala, Mekah dalam usia 70 an [Moga-moga Allah mengampuni dan merahmatinya]

Bahrin bersama isteri dan tiga anaknya. Sempat bergambar anak-anak kami semua berlatarbelakangkan kedai nasi kerabu Che Awang itu. Beliau belanja makan nasi kerabu. "Terima kasih Ustaz Bahrin, Allah menambah rezeki keluarga anta" Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di Masjid Kamil Hasan. Masjid yang menjadi sumber inspirasi kewujudan dan pembinaan Masjid Uthmani. Saya merakamkan gambar Ahmad Fathi Rabbani dan Ainul Fatihah Mujahidah berlatarbelakangkan Masjid Kamil Hasan.

Istimewa untuk Ahmad Fathi Rabbani, dirakamkan gambar berhampiran mimbar masjid dan papan tanda Masjid Kamil Hasan. Moga-moga ini semua memberi kebaikan kepada kami sekeluarga. Moga-moga azam kami akan meningkat dengan suasana sebegini. Moga-moga memberi kesan dan roh yang baik untuk anak-anak kami. InsyaAllah.

[4] Mujahadah....manis dunia dan akhirat !

Khamis-12 November 2009 / Zulkaedah 1430.

Seminar Pencegahan dan Pengawalan Dibetes sempena Hari Dibetes Sedunia anjuran HUSM. Program di langsungkan di tingkat 2 bilik kuliah 8, kampus USM Kubang Kerian. Saya dan isteri berpeluang mengikutinya. Isteri saya mewakili sekolah tempat dia bertugas dan saya hadhir sebagai orang awam, pengidap dibetes. Saya mengidap dibetes sejak 2002 lalu

Kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar yang berkaitan dengan tema dan objektif seminar hari ini. Pihak penganjur juga menjemput dua orang warga emas pengidap dibetes untuk berkongsi maklumat pengalaman mereka menangani penyakit ini. . Semuanya bertujuan untuk memahamkan masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dibetes, mengelak dan bagaimana menanganinya.

Kata Prof. Madya Dr. Aziz, "penyakit dibetis adalah ibu segala penyakit". MasyaAllah....saya menyimpulkan, selama 7 tahun saya 'bersama dibetes', penyakit ini adalah penyakit yang susah dan sukar dikawal. Perkara asas untuk mengawalnya ialah gaya hidup. Jika kita hidup tanpa mempedulikannya maka kita akan terperangkap dan akan menemui masalah dan sengsara. Ramai pengidap dibetes terperangkap dengan penyakit ini. Semuanya sedap...makan, minum, tidur dan rehat sedap bagi pengidap penyakit ini.

Makan berselera, manakala minum minuman manis dirasakan suatu kesegaran. Bila tubuh letih, tentu rehat dan tidur amat sedap sekali. Sebenarnya makin banyak makan dan minum minuman manis itulah cara menambah racun. Tidur banyak itulah penyubur penyakit.

Penyakit ini memerlukan mujahadah yang serius. Mujahadah dengan kurangkan makan dan minum. Banyakkan exercise atau senaman. Tidur hanya sedikit ketika perlu dengan tidak mengikut rentak letih. Itulah ubat dan penawar sejati. Dibetes sukakan produk manis !. Mujahadahlah, manis ! ...mula-mulanya pahit kemudian manis.

Dengan muhajadah, kita akan dapat merasai manis didunia lagi. Manis bukan seperti manis dibetes tapi kemanisan iman. Mujahadah dari iman yang subur akan memaniskan iman. Bila kita merasai kemanisan iman, ketika itu kita tidak lagi bermasalah dengan manis dibetes kerana kita boleh mengawal dan mengalahkan dibetes. Salah satu penawar paling besar untuk kemanisan iman ialah dengan berpuasa.

Rasulullah sendiri berpuasa dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Khamis. Rasulullah menyebut, mafhum dari hadith baginda bahawa Nabi Allah Daud berpuasa selang sehari...yakni sehari puasa dan sehari berbuka. Juga mafhum hadith baginda bahawa hendaklah berpuasa kerana dengan berpuasa itu sihat.

Hari ini, Khamis-12 November 2009 bersamaan 24 Zulkaedah 1430. Bererti hampir seminggu lagi akan masuk 1 Zulhijjah 1430. Dari 1 hingga 9 Zulhijjah sunat berpuasa, khususnya hari 'arafah disunatkan berpuasa. InsyaAllah kita sama-sama bermujahadah.

Bencana yang paling besar dalam kehidupan orang beriman ialah melayan nafsu dan kehendak perut. Maka berjuang melawan nafsu kita adalah terlalu amat sukar. Berusaha untuk menundukkannya memerlukan hamba yang berjiwa besar dan minda yang mendalam dan berpandang jauh. Kita mujahadah kerana mujahadah itu manis dunia dan akhirat.
Mujahadah...manis dunia dan akhirat !

Bersatu Dengan Satu Mujahadah

Rabu, 11 November 2009

[3] -Mencari Allah di Tanah Suci

Rabu-5:00 petang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa.
Hantar "selamat jalan" kepada saudara Mohd. Lotfi bersama isterinya, Kak Nik dan anak bongsunya ke Tanah Suci. Lapangan Terbang Sultan Ismail penuh sesak.
Terserempak dengan Ayah Pha dan Che Zah Air Lanas. Ingatkan mereka berdua nak ke Tanah Suci. Boleh jadi, Ayah Pha tak jadi masalah kalau nak ke Mekah boleh bila-bila masa. Sememangnya mereka suami isteri setiap Ramadhan berpuasa di Mekah. Hari ini rupanya Azlan anak sulung mereka suami isteri yang akan ke Tanah Suci.
Kepada saudara Mohd. Lotfi saya katakan pagi tadi di Kedai Makan Abang Haji Soh Merbau Condong, "tolong doakan, moga-moga Allah mudahkan urusan saya untuk bina MASJID UTHMANI". "InsyaAllah" katanya. Kepada Azlan, yang saya panggilnya Lan. Pernah tinggal serumah dengannya di Lorong Merican, Telipot tahun 1976 dan 1977. Masa tu saya tingkatan satu dan dua di Sekolah Menengah Putera, Komplek Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab dan Lan tingkatan 6 bawah dan atas tahun itu di Institut Pendidikan, Stadium Sultam Muhammad iv. "Lan tolong doakan, saya buat masjid di Kampung Kolam, di atas tanah saya sendiri". Lan tanya, "sekarang sumber bina masjid tu macamana ?" "Dari duit simpanan sikit-sikit" Soalnya, "setakat mana sekarang ?" Saya katakan, "baru asas 2 kaki, baru tapak, baru habis RM 20 ribu, insyaAllah akan naikkan tiang 20 batang tahun depan". Lan berjanji untuk keluarkan zakatnya pada Ramadhan nanti, "insyaAllah"
Bersatu Bertolongan Berkebajikan

Selasa, 10 November 2009

[2] -Ingatkan Allah...Cari Rahmat

23 Zulkaedah 1430 / 11 November 2009 - Rabu.
Hari ini, bersama Ahmad Fathi Rabbani, makan pagi di Kedai Makan Abang Haji Soh Merbau Condong, dekat Kem Desa Pahlawan Kok Lanas. Kelas pengajian Pra, Sekolah Rendah Islam Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh, sekolah AFR cuti hari ini kerana pihak sekolah mahu membersihkan kesan kekotoran dimasuki air hujan lebat beberapa hari lalu. Saya selalu bawa anak saya bersama. Pagi ini juga, makan bersama seorang sahabat baik saudara Mohd. Lotfi Batu Tinggi yang akan meninggalkan tanah air untuk menunaikan haji. Akan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail jam 5 petang ini. Memulakan persahabatan dengannya sejak 1996, semasa beliau 'berumrah' ketanah suci dan saya baru belajar di Mekah tahun itu.
Semalam, bersama isteri dan anak AFR solat zohor di Masjid Telipot, Jalan Telipot di pinggir bandar Kota Bharu. Terasa sebak hati, kedengaran mendayu-dayu suara Sheikh Suraim membaca surah Yasin sebelum azan zohor. Sheikh Suraim, peminat saya, salah seorang imam Masjid Haram. Biasalah bersembang dengan sahabat-sahabat masa belajar di Mekah dulu, "Sedap sungguh suara Sheikh Suraim...terasa nak telan...sedapnya". Ada sahabat minat Sheikh Abdul Rahman Sudais. Masing-masing selera, hati tak sama, mereka ada kelebihan masing-masing.
Masjid Telipot, salah satu masjid di pinggir bandar Kota Bharu bersama Masjid Kampung Sireh [berhampiran JKR 10-rumah kediaman resmi MB - tapi MB, TGDNA tidak tinggal disini] dan Masjid Langgar [bersebelahan Maqam Di Raja Kelantan]. Masjid Muhammadi terletak di tepi Sungai Kelantan, tepi bandar Kota Bharu. Masjid Baraah terletak di tengah-tengah bandar, bersebelahan Pasar Siti Khatijah. Masjid Telipot dikira maju jugalah, ada lima saf ketika solat jamaah Zohor walaupun orang tempatan nampak sikit saja. Yang lain tentu orang luar Telipot bila tengok gaya mereka berseluar ketika solat. Kalau orang tempatan berdekatan masjid mereka berkain pelikat berbaju Melayu atau berjubah.
Sejarah Masjid Telipot, paling ramai kehadirannya semasa tahun 80 an dulu. Kuliah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mustafa [sekarang YB. ADUN Demit] ketika itu "top" sehingga disiarkan secara langsung oleh Radio Malaysia Kelantan. Masa itu Ustaz Muhammad Mustafa aktif dalam ABIM Kelantan. Kalau tidak silap beliau mengajar kitab 'Bimbingan Mukmin karangan Imam Ghazali' . Sejarah dulu adalah suasana dulu.
Malam tadi, kuliah maghrib saya di Masjid Ittihad-ul-Ummah, di kampung saya, Kampung Kolam. Di masjid ini saya baru "buka" buku Tafsir Surah Yasin yang dikarang oleh sahabat sebilik semasa belajar di Pakistan dulu, Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman al-Hafiz [sekarang beliau bertugas sebagai Pengetua Tahfiz Al-Rahimiah, Bandar Pusat Jengka, Pahang].
Di muka surat 17 ada sebuah hadith yang dikemukakan yang bermaksud, "Tidak duduk satu kaum yang memperingati kebesaran Allah melainkan para malaikat mengelilingi mereka, dan rahmat menyelubungi mereka dan turunnya ketenangan ke atas mereka dan Allah menyebut tentang mereka pada malaikat yang berada disisiNya" Riwayat Muslim.
Jelas dan mudah difahami apa yang dimaksud oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith tersebut "malaikat mengelilingi mereka" tapi apa yang berlaku, saya mengemukakan pandangan dalam kuliah tersebut bahawa "orang sekarang tak nampak minat sangat bersama malaikat, tak minat nak kejar rahmat" "...di majlis ilmu..." buktinya, tak ramai yang mengikuti kuliah di masjid, surau atau madrasah dimana-mana pun, tetapi orang minat bersama orang kaya, bergaul dengan orang berpangkat besar dan berpengaruh, hartawan dan jutawan..." kerana jika bersama dan bergaul dengan orang yang semacam, itu ada harapan dapat segera apa yang diingini...ini pengaruh kebendaan, dapat benda segera yang diingini,...hasil dari 'ghazwatul fikri' [serangan pemikiran] yang dilancar oleh musuh Islam.
"Bersatu Berusaha Berilmu"

Isnin, 9 November 2009

[1] -Dengan Berpandukan Petunjuk 114

KALIMAH TAUHID, juga di beri nama "Kalimah Istiqamah", "Kalimah Ikhlas", "Kalimah Tayyibah" dan nama-namanya yang lain lagi adalah dasar utama kehidupan [ dasar cara hidup hakiki ] orang beriman.

Kalimah ini bukan hanya satu makna seperti mana diketahui umum "Tiada Tuhan Yang Lain Melainkan Allah". Allahyarham Tuan Guru Haji Noor [ bekas Mufti Kerajaan Negeri Kelantan ] telah mengubah dan memperluaskan maknanya untuk difahami masyarakat kepada "Tiada Yang Bersifat Dengan Sifat Ketuhanan Melainkan Allah" . Rujuk kitab Mustika Hadith peninggalannya.... Lagi luas makna bagi orang yang belajar ilmunya dan beramal dengannya.

Turunnya al-Quraan, untuk menjelas, menerang, memperkasa dan menafsirkan kalimah ini. Kalimah ini adalah penunjuk kebenaran. Al-Quraan adalah petunjuk. Kandungan sebanyak 114 surah, 6666 ayat dan 30 juzu' adalah panduan "dasar cara hidup hakiki" .

Saya menonjolkan angka 114 ini juga sebagai satu usaha untuk mengubah minda masyarakat kita yang senyap-senyap terselit kefahaman yang batil berhubungan dengan angka dan nombor. Allah telah menurunkan 114 surah. Maksud kefahaman yang batil kerana terdapat antara kita yang mengatakan "nombor ini tak cantik". Kenapa ?

Bukanlah perkara yang serius sehingga adanya salah dan dosa tetapi jika mengatakan "nombor ini tak cantik" lalu di sambung lagi, "orang Cina tak suka nombor ini, membawa sial" kerana nombor 4 dalam bahasa Cina "sa" maksudnya "mati" lalu mereka berpegang bahawa "tak ada um"..."mati, sial, mampus" begitulah seterusnya. "Kita pun kena ambil juga , ada betul juga pegangan orang Cina tu"...lalu mendatangkan hujah tak berasas....Hujah tak berasas itulah "khurafat"...Jangan ikut Cina !

Kita orang beriman ada "cara dasar hidup hakiki" yang tersendiri walaupun dalam perkara sebegini. Semuanya ada cara...cara itu ialah cara Islam. Ada persoalan berkaitan nombor 7. Kenapa nombor 7 ?. Sebab Allah telah tentukan....
[ 1 ] Tujuh ayat al-Fatihah
[ 2 ] Tujuh hari siang dan malam
[ 3 ] Tujuk martabat nafsu manusia
[ 4 ] Tujuk keliling "tawaf"
[ 5 ] Tujuh lapis langit dan bumi
....apa lagi yang 7 ? yang tentunya 7 ayat surah al-fatihah, 7 keliling "tawaf" ka'abah dan 7 hari seminggu...apa ini semua ? Ini dari Allah dan saya memilih angka "114"...."Dengan Berpandukan Petunjuk 114"....Harap dapat sesuatu yang baik dari Allah untuk saya dan kita semua kerana mengambil dari Nya...114.

Gambar kalimah diatas kayu ukir diatas adalah gambar bahagian depan atas mimbar Masjid Jamek Melawi, Bachok, Kelantan.

Saya terlibat dengan kuliah bulanan disini .... "Tazkirah Bulanan" sebelum solat Jumaat...biasanya selama 45 minit. Sekarang bermula jam 12:15 hingga 1:00 tengahari azan untuk solat Jumaat. Sahabat saya Ustaz Muhammad Kashuadi Abdul Ghani, Pegawai Dakwah Jabatan Agama Islam Kelantan yang mengatur jadual untuk saya di masjid ini.
Terima kasih Ustaz Di....dapat ana buat pahala...kita kongsi pahala bersama.
"Bersahabat Dunia Akhirat"



Bersama tafsir Petunjuk 144 "Tafsir Al-Azhar" karangan Prof. Dr. Hamka. Saya cari rezeki menjual tafsir ini dengan harga RM 300 termasuk pos. Kalau berminat, hubungi saya langsung terus dengan nombor [ 016 - 986 4599 ]. Berapa harga Tafsir di Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan dan Terengganu. Hantar 'Money Order' tu. InsyaAllah.

MUQADDIMAH "dengan berpandukan petunjuk 114"
Syukur....Selasa-10 November 2009 / 22 Zulkaedah 1430...Hari ini, saya bersama anak sulung Ahmad Fathi Rabbani [AFR] di Family Kopitiam, Pengkalan Chepa untuk makan pagi disini. Jam 11:00 pagi, 'Dengan Berpandukan Petunjuk 114' [ DBP 114] muncul di bawah naungan "masjiduthmani@gmail.com" sebagai salah satu kegiatan MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM untuk memartabat dan memperjuangkan kebenaran di dunia yang masih hidup ini.
Sememangnya dunia ini telah di hidupkan dengan anugerah teragung dari Yang Maha Pengasih dengan 114 surah al-Quraan sebagai petunjuk "everytime" untuk sekelian manusia di segenap penjuru alam ini. Harapannya, saudara-saudaraku se'aqidah, seperjuangan dan sematlamat, seketurunan selalu bersama... [http://www.everytime114.blogspot.com] ...insyaAllah, yang belum kenal kita "bertaaruf", yang jauh kita "taqribkan" dan yang dekat kita sama-sama jayakan "ghayah" dan "hadaf" kita untuk mencari keredhaanNya, Dengan Berpandukan Petunjuk 114 ...insyaAllah.

"Bersatu Berkepercayaan Berkebajikan"