Jumaat, 11 Disember 2009

[14] Syukur Dalam Sepi

"Syukur Dalam Sepi" , tergambar seolah-olah kita berada dalam keadaan sujud kepada Allah atau sedang bertafakur di kesepian malam atau dinihari yang gelap gelita.

Penggunaan perkataan 'sepi' sering di kaitkan dengan masa atau pada jam 3, 4 atau 5 pagi. Itulah malam dan dinihari. Gelap pekat malam hari menambahkan "kekesitan" dalam hati.

Pada masa itu juga, ada makhluk yang aktif dengan kejahatan sehingga Allah mangejar supaya orang beriman "berlindung dengan Nya dari kegelapan malam".

Bagi pencuri dan perompak aktif terhadap sasarannya. Pemabuk sedang kehanyutan dengan air syaitannya. Penzina sedang ghairah dengan mangsanya.

Mereka tidak sepi. Sepi disini, halanya kepada hati yang sedang mengingati kekuasaanNya. Masa yang sama tapi hati berbeza-beza.

Ketika ini, jam menunjukkan 4:00 pagi.... Sunyi 'sepi' sungguh. Saya sedang mencatat sesuatu untuk blog "Dengan Berpandukan Petunjuk 114" ini. Suasana sunyi sepi dengan sedikit terasa kepanasan kerana hujan berhenti sejak empat hari lalu.

Saya bersyukur, "al-Hamdulillah", kepada Allah Yang Maha Kaya, Yang Maha Menganugerahkan hambaNya sebab itu saya tidak dapat menangguhkan anugerah ini sedangkan [ insyaAllah ] esok masih ada.

Saya baru bersembang dengan rakan FACEBOOK saya, Ahmad. Jam 2 pagi tadi saya buka FB. Masih ada 4 orang hamba Allah yang belum memejamkan mata.

Tentu sedang mengadap sesuatu. Saya gatalkan tangan, beri salam dan buat-buat bertanya, "ada lagi yang tak tidur ! ingatkan saya saja tak tidur"

Dijawab dengan baik oleh kesemuanya hamba Allah itu. Saya tidak sangka dari Encik Ahmad. Beliau memberitahu bahawa beliau berminat untuk membeli "LOT" yang saya iklankan dalam blog [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ] tempoh hari.

Saya katakan bahawa, kalau beliau di Kelantan senang untuk uruskannya. Beliau menjawab bahawa beliau berada di KL. Saya mengucapkan terima kasih diatas niat beliau.

Moga-moga dikekalkan niat untuk buka "akaun akhirat" melalui pembinaan Masjid Uthmani yang terbengkalai itu.

Cukup membanggakan saya yang beliau "suka", "minat" kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Minat dan sukakan Tok Guru. Ada kelebihan dunia akhirat.

Beliau bercadang untuk datang dan mahu jumpa Tuan Guru NAA. Saya cadangkan supaya beliau datang Kelantan dan menginap di Pulau Melaka. Buka dapat jumpa saja malah solat dengan TGNAA. Berjalan kaki ke masjid TGNAA. Beliau kata "boleh"

Hasrat dan kesanggupan Encik Ahmad saya doakan di dini hari ini [ sekarang 4:29 pagi Sabtu 12 Disember ] moga-moga tercapai. Saya menjemput Encik Ahmad "Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang" untuk melihat dari dekat tapak Masjid Uthmani.

Saya telah memberikan nombor h/p. saya: 016 - 986 4599. Bila sampai Kelantan hubungilah saya. Itulah kesyukuran saya. Tak sangka ada hamba Allah yang mengikuti perjalanan ini.

Kepada Encik Ahmad, saya ucapkan terlebih dahulu di dini hari ini, "JazakumulLAHu khairan kathira" "Hanya Allah Yang Maha Membalas dengan sebaik-baik balasan".

Saya doakan Encik Ahnad selamat sejahtera dengan penuh keberkatan didunia dan akhirat.

Saya iklankan bahawa saya akan melancarkan penjualan lot untuk dana pembinaan MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM pada bulan Muharram nanti, insyaAllah.

Nilai yang ditawarkan untuk "Bank Akhirat" MASJID UTHMANI.


RM 50 bagi 1/2 ( setengah kaki ) persegi


atau


RM 100 bagi 1 ( satu ) kaki persegi.

Saya mengharapkan agar saudaraku di jalan Allah bersama membina MASJID UTHMANI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan