Rabu, 30 Disember 2009

[ 21 ] Suatu Langkah Bersama Usahawan

Binaan tapak seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang [ istilah pembinaan Kelantan "ikat 9" ].
Diatas bata ikat 9 ini akan di bina lagi 2 kaki lagi sebagai tapak berkerangka besi Y12 di dalam dengan tiang 20 batang


Jam 1 pagi tadi saya berikan kad pengenalan diri [ bukan i/c ] saya [ Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam ] sebanyak 10 keping kepada seorang sahabat, saudara Azhar seorang ahli perniagaan.

Harapan saya moga-moga beliau dapat menolong saya mencari sahabatnya yang berminat untuk membuat kebajikan membina Masjid Uthmani yang dirancangkan.

Saya katakan kepadanya bahawa saya memerlukan hanya RM 30 ribu saja untuk fasa ke 2 pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam [ MUKK ]. Menambah lagi ketinggian tapak asas sebanyak 2 kaki dan 20 batang tiang.

Dengan 10 keping kad pengenalan diri itu, harapnya beliau bekerja merancang untuk menjelaskan kepada pihak yang sepatutnya. Moga-moga ada hamba Allah yang sudi berkebajikan. Besarlah jasa tuan puan jika anda berinfak di jalan Allah ini.

Dengan adanya alamat blog MUKK [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com ] pihak yang menerima kad dapat mengetahui dengan jelas perkembangan MUKK.

Saya menggunakan pendekatan "JUALAN LOT" untuk memperolehi dana pembinaan. Saya berpandangan bahawa pendekatan ini adalah suatu yang lumrah dan relevan kini dan ianya adalah cukup adil.

Saya berharap pihak yang menerima kad tersebut mempercayai sahabat saya, usahawan tersebut dan bila melayari laman blog ini membuatkan tiada kesangsian lagi.

Saya bergerak sekarang diatas "asas kepercayaan" kepada saya dan kepada orang yang saya amanah seperti sahabat saya itu. Secara beradab saya berserah kepada Allah untuk mencapai hasrat ini dan memohon kepadaNya agar tidak menguji saya dengan ujian yang saya tak mampu menghadapinya.

Bagi mereka yang yakin dan percaya diharap dapatlah berbuat kebajikan dan saya berharap agar saya sendiri akan memulakan "suatu langkah bersama usahawan" demi untuk membina Masjid Uthmani. Saya meyakini, para usahawan melakukan pengorbanan amat banyak untuk berjaya dan sehingga ini saya hormati pengorbanan dan kerja para usahawan.

Saya pun tidak mudah-mudah untuk memohon dana dan sumbangan walaupun untuk membina sebuah masjid. Saya menggunakan orang tengah yang dipercayai untuk memperkenalkan program membina masjid ini. Saya meyakini, para usahawan mengejar kejayaan seperti anda adalah untuk berkebajikan dijalan Allah.

Saya mengatakan kepada sahabat saya itu, kalau ada antara mereka yang mahu melihat dari dekat saya mengalukan.

Sememangnya Allah menguji saya. Peringkat permulaan sebelum didirikan tiang memang betul-betul mengujikan. Saya yakin bila tiang didirikan, akan mudahlah urusan ini dengan izinNya.

Berserah kepada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan