Selasa, 15 Disember 2009

[16] Masjid Muhammadi - Arked Tengku Anis

Gabungan pembangunan kerohanian dengan pembangunan meterial sebagai suatu kebanggaan baru warga Kota Bharu dan peminat-peminatnya.

Hari ini saya terasa rindu 'Sup Tok Ayah' di tepi Sungai Kelantan. Bila sampai di depan premis saya terkejut kerana kelihatan jentolak sedang mengganas merobohkan premis 'Sup Tok Ayah'. MasyaAllah.

Tersilau notis bahawa kesemua premis di bangunan tersebut telah pindah ke Arked Tengku Anis yang terletak berhampiran "Cikgu Nasi Ulam'. Tahukah dimana tempat tu ?

Sup Tok Ayah mempunyai peminatnya yang ramai. Ia beroperasi sejah tahun 1960 an. Teo Ayah yang berasal dari Negara Yaman telah meninggal dunia, Kini perniagaan tersebut disambung oleh anaknya.

Hari ini saya bersama isteri dan anak [ Ahmad Fathi Rabbani ] makan tengahari di premis nombor 36 tersebut yang baru beroperasi 10 hari. Tempat yang strategik dengan sewa bulanan RM 250 ini akan terus maju.

Saya menghulurkan kad peribadi saya sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam. Saya mendoakan agar tuan punya premis Sup Tok Ayah akan mengambil perhatian.

Beliau berasal dari Bukit Tanah, anak Tok Syeikh Hasan Serak. Beliau kenal 'pak dua pupu' saya Haji Hamzah Brunai, Allahyarham Pak Ngah Haji Hashim, Allahyarham Pak Ngah Haji Lah.

Orangnya baik budi bicara. Saya kata baik, mudah saja perkiraaannya. Ia meluangkan masa nak berkenalan. Saya kenal mereka hari ini. Gabungan Afghanistan dan Yaman asalnya menetap disini.

Saya hairan juga kenapa jadi gabungan itu. Katanya setiap tahun cucu Tok Ayah Yamani "pakar sup" ini setiap tahun ke Yaman. Ziarah ikat silaturrahim kerana adik Tok Ayah masih ada di sana.

Dapat dua nikmat di situ. Sup Tok Ayah yang "sedaaaap" panas-panas lepas banjir dan dapat perkenalkan diri sebagai Pengerusi Masjid Uthmani.

Harap Allah bukakan hatinya, insyaAllah. [ Mintalah kakak tu baca catatan saya ini ] Amin.
Bertuah orang yang ada premis disini, dekat Masjid Uthmani. Suatu gabungan usaha pembangunan.

Bertuah rakyat Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan