Jumaat, 4 Disember 2009

[13] Ahli MU Kampung Kolam Sayangkan Tok Guru


Ahli Masjid Uthmani Kampung Kolam paling muda "Ahmad Fathan Jundullah Bin Fikri Bin Awang Bin Mat Sin" hari Jumaat, 4 December 2009 cukup 9 bulan, dengan berat badan 10.5 kg, kebetulan hari ini ada "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru" "...moga-moga anak-anak ku dijadikan Allah dari hamba-hamba Nya yang sayangkan Tok Guru dan jadikanlah mereka semua sebagai Tok Guru suatu hari nanti..." Amin.

Gambar ini tiada kaitan dengan "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru". Ia diambil pada akhir Rejab 1430 lalu sempena kedatangannya ke Mukim Kolam untuk merasmikan Masjid Muhajirin di Mak Mayong Tengah ( dalam Mukim Kolam ). Kelihatan di belakang Tuan Guru, ( (terlindung sedikit ) Yang Berhormat ADUN Jelawat, Cikgu Haji Aziz dan di belakangnya, Haji Mohammad Bin Hasan AJK Masjid Muhajirin.



Hari ini, Jumaat - 4 December, 2009. Jam 10:30 pagi tidak seperti biasa. Majlis ilmu, kuliah Jumaat mingguan yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Medan Ilmu, Jalan Dato Pati biasanya akan bersurai pada masa itu.



Pihak penganjur meneruskan majlis, iaitu majlis perhimpunan yang saya namakan "Perhimpunan Sayangkan Tok Guru". Tidak seperti hari biasa. Yang tak pernah hadhir pun ada hari ini.


Orang-orang tua berpesan dan telah menjadi amalan mereka sayang, hormat, memulia dan kasihkan Tok Guru, sehingga anak cucu Tok Guru dihormati, dimulia dan dikasihi. Inilah keperibadian masyarakat Kelantan. Sekarang Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan anak cucunya di sayangi di Kelantan ini.

Kepimpinan Tuan Guru diusik Selasa lalu oleh sekumpulan anak buah Dato Mustafa Muhammad di depan Kompleks Darul Naim Kota Bharu menuntut supaya:
[ 1 ] Tuan Guru Nik Abdul Aziz ( TGNA ) meletakkan jawatan Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan dan
[ 2 ] TGNA menarik balik doa "supaya kejahatan berpatah balik kena orang yang nak buat kejahatan" iaitu orang tertentu sebagaimana yang di fahami kerana tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan.

Saya bersama anak, Ahmad Fathi Rabbani yang berumur 6 tahun itu mengikuti dari dekat suasana ini. "Allahu Akbar" bunyi gema takbir yang kuat bertalu-talu itu menyebabkan anak saya berkata, "terkejut Tah". Ahmad Fathi Rabbani membahasakan diri nya dengan 'Tah'.



Saya menerap dan mendidik anak saya supaya kasihkan Tok Guru. Sebelum ini orang Kelantan hidup dengan sentiasa berkasih sayang dengan Tok Guru. Tok Guru Tok Kenali, Tok Guru Tok Selehon, Tok Guru Tok Pulai Condong, Tok Guru Haji Musa, Tok Guru Tok Khurasan, Tok Guru Haji Abdullah Tahir, Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Tok Guru Haji Mustafa, Tok Guru Haji Aziz, Tok Guru Haji Daud Bukit Abal, Tok Guru Haji Kadir Melor, Tok Guru Haji Awang Padang Kolam dan lain-lain lagi. Banyak sekali Tok-Tok Guru yang bertuah dan orang Kelantan menumpang ilmu dan tuah serta berkat mereka.


Dalam hidup manusia beriman, kena ada Tuan Guru yang kita berikan kepercayaan untuk memandu hidup secara keakhiratan dan kerohanian. Kita tentu ada masalah, kepada siapa kita tanyakan perkara yang berkaitan dengan hukum hakam ?.

Kini, orang Kelantan menumpang Tuan Guru Nik Aziz. Jelas sejak sejak 1990 sebagai Tuan Guru dan Menteri Besar Negeri Kelantan. Ahmad Fathi terkejut dengan kuatnya bunyi takbir kerana tak biasa dengan suasana ini. Orang ramai berhimpit-himpit sambil melindung diri dari hujan di bawah khemah putih yang di sediakan.

Memang patut dia terkejut, bunyi takbir bergema dengan ribuan orang ramai memenuhi "ketat" berhimpit-himpit antara bangunan PAS ( bangunan yang menempatkan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di bahagian atas dan Kedai Jaafar Rawas di bahagian bawah ) dan Mutiara Corner (Kedai Kopi sebelah dengan Bangunan PAS ).

Pentas tempat Tuan Guru duduk menyampaikan kuliah Jumaat tadi dijadikan pentas untuk wakil-wakil dewan-dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, wakil NGO, wakil PKR dan wakil kaum India dan Cina berucap. Semuanya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berdiri teguh di belakang TGNA.

Saya merasa bangga kerana disamping adanya kaum lain menyokong Tuan Guru, saya lihat jumlah anak muda amat ramai sekali. Dalam hati saya berkata, "inilah hasilnya".

Tahun 1990 menguasai Kelantan, anak-anak ini dulunya mungkin baru lahir atau berada diperingkat sekolah pra atau sekolah rendah, kini mereka pandai "sayangkan Tok Guru". Mereka inilah yang akan mewarisi Negeri Kelantan ini.

Ada orang sensitif dengan doa dan ucapan Tuan Guru pada hari raya Eid-ul-Adha itu. Media memainkan peranan penting dalam membentuk isu dan suasana dikalangan rakyat.

Ketika saya solat subuh di Masjid Pulau Melaka, saya dapat rasakan apa yang Tuan Guru mahu dan minta dengan Allah. Saya pun mahu sepertinya.

Sebenarnya TGNA pada setiap pagi Jumaat dalam doa qunut solat subuh, di tambah dengan qunut nazilah.

Makna yang tersirat dalam qunut nazilah itulah apa yang Tuan Guru ucapkan pada hari raya lalu. Cuma tidak ada dalam qunut itu perkataan royalti dan UMNO saja.

Antaranya, "....dan pecah belahkan persatuan mereka...dan goncangkan pendirian mereka..." dan lain-lain lagi dalam qunut nazilah itu. Dalam qunut nazilah itu nescaya terselit dalam hati TGNA siapa yang merampas royalti minyak rakyat Kelantan.

Apa salahnya minta [ berdoa ] dengan Allah s.w.t. dan meminta orang yang terasa dizalimi minta dengan Allah ?

Orang mahu ganggu dan gugat TGNA. Matlamatnya supaya Kerajaan Kelantan berkocak, berpecah dan jatuh. Orang lain pula yang memerintah Kelantan.

Lalu di munculkan perkataan "letak jawatan" supaya berundur. Bila undur bererti Kerajaan Kelantan jatuh. Itu saja matlamat siapa yang nak memerintah Kelantan !

Kenapa letak jawatan ? Untuk di bagi kepada siapa jawatan itu. Jangan bising soal jawatan, malu kepada Allah. Kita kena faham Islam bahawa pimpinan gerakan Islam dan Kerajaan Islam di tentukan oleh Allah.

Tak payah merancang untuk memegang jawatan berat itu. Apatah lagi kalau buat perancangan sehingga "terasa dan terkeduh" hati sesama sendiri. Ingat !!! ...jatuhnya kerajaan-kerajaan dahulu kerana kelemahan dalaman.

Orang yang nak jadi MB, silalah bercita-cita [ boleh kompromi dengan cita-cita sesiapa saja asalkan yang baik ]...tapi ingat bahawa faktor kejatuhan kita bukan kerana lain, tapi kerana cita-cita peribadi mengatasi cita-cita jamaah.

Kena faham bahawa, parti sekular pimpinannya di pilih oleh ahli-ahlinya kerana mereka tidak bergantung dengan Allah dan Allah membiarkan mereka tanpa pedoman.

Orang Harakah Islamiah harapnya ada panduan dan pedoman walaupun bercita-cita besar. Parti Islam dan Kerajaan Islam dicampur tangan oleh Allah.

Yang payahnya, "rakyat". Mereka sedang memerhati dengan tahap pemikiran mereka. Jangan sampai rakyat mencemikkan mukanya dan merendahkan kepimpinan.

Jika rakyat "jemu" bahaya nanti. Rakyat Kelantan adalah orang yang tak mudah tertipu dan berani buat perubahan. Dalam diam-diam mereka buat pendirian !

Syukur, rakyat masih sayangkan Tuan Guru. Kehadiran begitu ramai adalah sebagai bukti. Dato Husam berkata dalam ucapannya, "ahli Exco bersatu". Eloklah, syukur mereka bersatu. Bersatu berpunca dari hati. Satu hati jaga rakyat Kelantan.

Okey !!! Kalau saya mengulas perkara ini dengan lebih lanjut nanti terkeluar pula saya dari matlamat yang saya tetapkan untuk blog "dengan berpandukan petunjuk 114" ini.

Saya menganggap blog ini sebagai suatu medan yang santai untuk taaruf semata, bukan untuk mengulas isu semasa politik negara.

Saya sebagai Pengerusi Masjid Uthmani yang amat memerlukan sokongan ikhlas dan sumbangan bermanfaat untuk meneruskan pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam.

Tolonglah saya nak buat masjid ini dan......Tolonglah diri tuan puan muslimin dan muslimat untuk tabung akhirat anda !

Kalau berjalan ke RHB atau CIMB bolehlah berinfak "akaun akhirat"....

RHB : 2 - 53025 - 0000563 - 0
dan
CIMB : 0301 - 0004030 - 20 - 5

Sememangnya kita kena sayangkan Allah, sayangkan Rasulullah dan sayangkan waris Rasulullah sayangkan Tuan Guru dan sayangkan ibu bapa kita !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan