Rabu, 16 Disember 2009

[17] Masjid Taqwa Mak Mayong Kolam

Masjid Taqwa terletak di Kampung Mak Mayong. Salah sebuah masjid di Mukim Kolam. Saya diamanahkan sebagai Setiausaha dan Setiausaha Khas Jawatan Kuasa Kecil Kuliah Jumaat.

Masjid ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Awang Padang atau nama sebenarnya Haji Muhammad. Beliau berasal di Kampung Mak Mayong ini dan membuka Pondok Haji Awang Padang Kampung Kolam.

17 Ramadhan, sempena Nuzul Quran beberapa orang tua yang saya suka menamakan "orangorang tua kanan" Masjid Taqwa memutus dan merancang untuk membina menara.


Bahagian atas Menara Masjid Muqarrabin Becah Kura, Peringat yang menjadi model pembinaan menara Masjid Taqwa Mak Mayong


Berikutan keputusan tersebut, maka pada 10 Syawal, 1430 usaha pembinaan di mulakan dengan menggali tapak sedalam 7 kaki dan lebar 6 kaki.

Haji Yaakub Abdul Rahman [ kanan ] dan Haji Zakaria Omar [ kiri ] dua "orang tua kanan" Masjid Taqwa, ... sepupu dan besan yang menjadi penggerak pembinaan....dihari lawatan ke Masjid Muqarrabin sebelum gerak kerja di Masjid Taqwa bermula.

Menara ini mengambil contoh menara Masjid Muqarrabin, Kampung Becah Kura, Peringat. Menara Masjid Muqarrabin ini menelan belanja RM 30 ribu. Maka begitu jugalah menara Masjid Taqwa ini.

Menara Masjid Taqwa yang telah dibina 30 peratus kemajuan.

Tuan Guru Tok Ayah Padang membina masjid ini untuk anak cucu waris warah. Kini anak cucu dan waris warah saudara maranya yang mengimarahkan Masjid Taqwa dengan program dari masa ke semasa.

Masjid Taqwa membentuk insan menuju ketaqwaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan