Isnin, 23 November 2009

[12] Doa Untuk Kebajikan

Semalam, Isnin - Jam 6 petang singgah di ViSeutics Pharmacy / Healthcare sebuah kedai ubat di lokasi berhampiran HUSM Kubang Kerian. Kali kedua saya memasuki premis ini untuk beli Diamicron MR, ubat dibetes yang saya gunakan 2 biji setiap pagi.

"Rasa baru saja saya beli ubat ini, ni mari pula nak beli sini, ingat ke", saya bertanya kepada seorang ahli farmasi di premis tu. Adakah dia ingat bahawa minggu lepas atau 10 hari lalu saya datang beli disini. Dia jawab, "ingat". Saya cukup senang hati bila saya sebagai pelanggan diingati oleh orang yang terlibat mengurus diri saya ketika jadi pelanggannya.

Senerio ini mempunyai kesan yang mendalam kepada saya. Ada sesetengah peniaga, pelanggan masuk ke kedainya, nampak air mukanya serius saja, nampak mahal seolah-olah dia seorang yang senang, hebat dan cukup kaya bila ada kedai, orang datang cari dia ! Jagi kita datang kekedainya macam kita masuk untuk mengemis saja.

Itu perasaan buruk saya. Saya kata begitu, kerana ketika pengemis masuk, masuk air mukanya "serius", sama saja. Seolah-olah pelanggan masuk dengan tak ada duit dan menyusahkannya, "pelahap" dengannya, sama dengan pengemis datang yang tentunya nak minta duit. Saya pernah jumpa peniaga yang demikian. Masih ingat lagi dimana kedai itu. sehingga ini saya tak masuk kekedainya lagi.

Bagi saya sebagai pelanggan ada banyak pilihan. Banyak premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan yang sama. Saya memasuki sesebuah premis perniagaan bukan nak membeli barangannya saja. Bagi saya yang suka berkenalan, bererti kalau seseorang itu nampak payah "lokek" untuk berkenalan saya mengira orang itu tidak perlu kepada orang lain.

Jadi, kalau peniaga itu seorang yang "serius" tak kenal dan tak mahu berkenalan, bererti dia "tak perlu kepada orang lain", lebih baik tak perlu berniaga kerana dasar perniagaan "nak kan orang". Ingat ! berkenalan menambahkan pahala bila berhubung dengan seseorang secara ukhuwwah Islamiah. Banyak faedahnya, buka duit saja yang berfaedah !.

Kepada tuan punya farmasi ini saya ucapkan terima kasih disini kerana pandai melayan tetamu. Saya tanya beliau bahawa farmasi ini adakah hak milik dia. Saya ucapkan, "tahniah, kerana hak milik "orang kita"... "bumiputra - Islam". Saya rasa bangga kerana perniagaannya berdaya maju. Layanan dia yang "mesra pelanggan" dan banyak barang yang disediakan untuk keperluan pelanggan. Pekej yang lengkap. Lagi lengkap kalau...... [ kalau apa ? ]

Dia bertanyakan tentang diri saya. "Bagus orang ini nak berkenalan dengan pelanggan dia, ini peniaga yang pandai", tercuit hati saya. Lalu saya memberinya "Kad Pengerusi Masjid Uthmani". Terpaksalah saya menerangkannya tentang pembangunan Masjid Uthmani dan diri saya sendiri.

Sentiasa ada dalam fikiran saya: [1] untuk perkenalkan diri saya dan Masjid Uthmani.
[2] untuk berkenalan dengan siapa demi perjuangan kebajikan ini. "Kad ini saya bukan beri sembarangan. Kalau tak tercuit dihati saya tak beri". Apa maksud "tercuit" itu hanya saya yang rasakan dan sukar nak ucap dengan perkataan. Kepada sahabat pun ada yang saya tak beri kad tu. Beri buat apa sebab dia sudah kenal saya dan sudah tahu jelas projek kebajikan ini.

Saya katakan kepadanya, "saya mengajar malam, antara maghrib dengan isyak...buat hubungan di majlis ilmu dengan orang tua di masjid-masjid dikampung saya dan dimana saja ada jemputan". Isteri saya pula mengajar di sekolah. "Saya buat masjid ini ditanag saya sendiri, seluas 3 ekar tanah pemberian orang tua saya"

Saya katakan kepadanya, "doakan muga-muga Allah mudahkan urusan pembinaan masjid ini kemudian niat suatu masa untuk infak fi sabiliLlah, buat masjid sama". Awak doakan saya dengan urusan ini, teringat saya sebuah maksud hadith, ''Mana-mana hamba yang mendoakan kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya maka malaikat mengatakan kepadanya, "dan kepada kamu pun sedemikian juga". "Bererti jika awak doakan supaya Allah permudahkan saya dalam proses pembinaan masjid ini, malaikat pun mengatakan, "Dan kepada engkau pun sedemikian juga". InsyaAllah, Dia permudahkan urusan awak.

Terselit dihati saya moga-moga doa ikhlas dari dia seorang yang berjaya akan membantu kejayaan saya pula. Saya katakan kepadanya, bahawa "awak punyai masa depan yang cerah"...Lalu saya keluar dari premisnya. Dalam hati saya, "Ya Allah tolonglah hamba Mu ini".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan