Rabu, 11 November 2009

[3] -Mencari Allah di Tanah Suci

Rabu-5:00 petang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa.
Hantar "selamat jalan" kepada saudara Mohd. Lotfi bersama isterinya, Kak Nik dan anak bongsunya ke Tanah Suci. Lapangan Terbang Sultan Ismail penuh sesak.
Terserempak dengan Ayah Pha dan Che Zah Air Lanas. Ingatkan mereka berdua nak ke Tanah Suci. Boleh jadi, Ayah Pha tak jadi masalah kalau nak ke Mekah boleh bila-bila masa. Sememangnya mereka suami isteri setiap Ramadhan berpuasa di Mekah. Hari ini rupanya Azlan anak sulung mereka suami isteri yang akan ke Tanah Suci.
Kepada saudara Mohd. Lotfi saya katakan pagi tadi di Kedai Makan Abang Haji Soh Merbau Condong, "tolong doakan, moga-moga Allah mudahkan urusan saya untuk bina MASJID UTHMANI". "InsyaAllah" katanya. Kepada Azlan, yang saya panggilnya Lan. Pernah tinggal serumah dengannya di Lorong Merican, Telipot tahun 1976 dan 1977. Masa tu saya tingkatan satu dan dua di Sekolah Menengah Putera, Komplek Sekolah-Sekolah, Wakaf Mek Zainab dan Lan tingkatan 6 bawah dan atas tahun itu di Institut Pendidikan, Stadium Sultam Muhammad iv. "Lan tolong doakan, saya buat masjid di Kampung Kolam, di atas tanah saya sendiri". Lan tanya, "sekarang sumber bina masjid tu macamana ?" "Dari duit simpanan sikit-sikit" Soalnya, "setakat mana sekarang ?" Saya katakan, "baru asas 2 kaki, baru tapak, baru habis RM 20 ribu, insyaAllah akan naikkan tiang 20 batang tahun depan". Lan berjanji untuk keluarkan zakatnya pada Ramadhan nanti, "insyaAllah"
Bersatu Bertolongan Berkebajikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan