Sabtu, 21 November 2009

[11] Penghayatan Suatu Ujian (Siri 01).

"Apakah kamu kira senang untuk memasuki syurga ?" Diantara soalan dari Allah yang dikira popular dikalangan orang yang beriman. Suatu masa, hubungan cukup kuat semacam adik beradik, saling mempercayai antara satu sama lain sehingga membolehkan buat merancang bersama. Buka perancangan untuk pergi melancung atau menziarahi sesuatu tempat tetapi perancangan untuk menegakkan dan memperjuangkan Islam.

Hubungan yang semacam adik beradik itu jadi pecah berderai kerana masing-masing punya pandangan dan pendirian yang berbeza. Ketika badai ujian menyerang, ketika ini tiada lagi perjanjian dan ikatan bersama dulu, "kalau ada masalah kita bincang, saling tegur menegur sesama kita, kita sama-sama lemah kena tolong menolong, sama-sama sabar dikalangan kita dan Islamlah yang menjadi panduan kita".

Ucapan begini adalah suatu ucapan biasa ketika hati tenang. Ketika hati tiada kepentingan. Ketika masing-masing hati lembut dengan kebenaran. Ketika Allah memudahkan kerja dengan pertolonganNya.

Banyak kisah benar untuk membenarkan dan menyokong apa yang dinyatakan. Bukan saya saja tapi orang lain pun saya percaya mempunyai pengalaman untuk menyokong apa yang saya maksudkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan