Khamis, 19 November 2009

[10] Rezeki Itu Dari Allah - Keputusan Sempena Haji 1430

Jumaat - 20 November 2009, di Kadok, "perkampungan nasi kerabu" ...dalam perjalanan ke KB untuk mengikuti Kuliah Jumaat Menteri Besar Kelantan, makan pagi nasi kerabu. Saya kata "perkampungan nasi kerabu" kerana di Kampung Kadok, Jalan Kuala Krai ini, dalam jarak 2 kilometer saja terdapat 5 buah kedai makan nasi kerabu. Betullah tu. "perkampungan nasi kerabu" Kedai yang saya singgah ini, [ Su Kedai Makan ] yang paling ramai peminat. Syukurlah, rezeki Su, kurniaan Allah..."Jaga Allah...Allah jaga kita,...rezeki dan masa depan kita". Khabarnya, moyang Su dulu pun, sekitar tahun 60 an adalah 'usahawan nasi kerabu' di tepi Sungai Kelantan, pusat perniagaan sekitar 50 dan 60 an. Kini ada hotel River View, Ridel yang ber 5 dan 4 bintang. Berkat keputusan orang tua dulu buka perniagaan disitu kini maju.

Tentu ada kelebihan Su. Kesimpulan mudah kenapa murah rezeki Su dengan nasi kerabunya. Kata sahabat saya, "Sedap rasa, banyak dalam pingan tu, ramai selalu peminat". Dalam erti kata lain, mudah dan ringkas saja, saya kata, "murah" . Kini, kedai Su ini, sejak lepas Ramadhan, lalu Su naik taraf dengan penampilan baru, [ tempat bakar ikan, daging, dan ayam - tempat bubuh nasi, letak lauk, kerabu dan tumis, ada ruangan air sejuk dan suam layan diri ]... [ lantai dan meja seramik bulat boleh duduk 6 orang, dikelilingi pokok bunga penyejuk mata ]... [ pelayan yang ramai, 'jernih-jernih' dan beradab dan bersopan ( tidak pakai seluar ketat nak pamir body) ]...[ tukang kira "bos" yang cekap dan mesra "gu" ]. Lagi baik kalau ada "bilik air yang.........." Saya kata, "tidak macam bilik air VIP pun tak apa". Jawab 'down line' ( pekerja Su ) "Insya Allah kita royak ( beritahu ) tokey. Bagus down line Su tu, tak melenting. "Bagus, terima kasih,"

Saya amat bangga kalau orang Melayu + Islam kita yang maju. Kita Melayu + Islam kena maju. Boleh singgah lagi di kedai nasi kerabu ini. Kebetulan, tak sangka-sangka jumpa Ustaz Hj. Amin Othmani, Buluh Poh, Ketereh. Sahabat yang sama-sama "buat haji" beberapa tahun dulu. Ustaz Min adalah orang bisnes. Beliau promote produk perniagannya. Dari BSY [ http://www.b-swan.my/ ] berasaskan buah mengkudu. Katanya, "insyaAllah okey", meyakinkan saya dengan pendapatan yang tertentu.

Saya katakan dengan rendah diri, "tak payah RM 10 ribu sebulan, cukup RM 3 ribu melalui produk ini pun dah syukur". Hari dan bulan ini adalah hari dan bulan haji, bulan baik. Saya kenali Ustaz Mi orang baik. Lalu saya fokuskan kepada projek pembinaan Masjid Uthmani. Bagaimana kalau saya sertai BSY dengan harapan Ustaz Mi ambil sikap "pro aktif" juga terhadap pembinaan Masjid Uthmani ? Kebetulan bawa laptop, lalu saya buka laman blog MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM:
[ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ]
dan blog santai saya ini ( yang sedang dilayari ini )
"DENGAN BERPANDUKAN PETUNJUK 114"
[ http://www.everytime114.blogspot.com/ ].

Beliau mendapat gambaran jelas dari saya tentang Masjid Uthmani, kini dan matlamatnya. Ringkasnya, kalau seluruh ahli yang aktif dengan bisnes sumbang kepada Masjid Uthmani, "....mudah siaplah". Mereka semua adalah dermawan, cuma saya nak alihkan mereka supaya pandang kepada masjid yang tergendala pembinaan ini. InsyaAllah.

Saya buat keputusan untuk menganggotai BSY dengan tujuan buat bisnes dan juga strategi pembinaan Masjid Uthmani dan sebagai pemakanan kesihatan saya. Produk ini murah, RM 40 sebotol. Nak jadi ahli keluarkan RM 150. Yang lain pun nak aktif juga. Kepelbagaian !. Ada orang kata, "de ko ?" Itu bincang lain kali. Allah akan tolong, insyaAllah. "InsyaAllah, hari Ahad nanti saya akan buka akaun simpanan saya di CIMB kerana syarikat BSY berurusan langsung dengan CIMB untuk masukkan bonus.nanti.

Saya runding dengan seseorang ahli bisnes untuk mengaitkan dengan projek pembinaan Masjid Uthmani. Dengan Ustaz Hazmi Ishak yang aktif dalam HPA, pun dengan matlamat yang sama. Minggu depan saya akan namakan Masjid Uthmani sebagai ahli HPA untuk bisnes dengan matlamat kepada pembangunan Masjid Uthmani. Rezeki itu dari Allah, maka sempena haji tahun 1430 ini saya harap saya membuat keputusan yang tepat.

Berserah Kepada Allah...Yang Maha Kaya - Yang Maha Memberi Kekayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan