Khamis, 12 November 2009

[5] Masjid Kamil Hasan dan Nasi Kerabu Che Awe Salor




Ahmad Fathi Rabbani [ 6 tahun ] berdiri di papan tanda Masjid Kamil Hasan. Pelan dan masjid ini menjadi panduan pembinaan Masjid Uthmani. Pembinaan Masjid Kamil Hasan adalah bersumber dari dana orang ramai kampung sekitar dan dari seorang dermawan yang gurunya bernama 'Kamil' dan bapanya bernama 'Hasan'....jadi beliau suka menamakan Masjid Kamil Hasan..... Pembinaan Masjid Uthmani harapnya bernasib baik bertemu dengan dermawan seumpama ini, insyaAllah.

Ahmad Fathi Rabbani berdiri di hadapan mimbar Masjid Kamil Hasan. Mimbar yang bernilai puluhan ribu RM di tempah khas dari tukang ukir dari Negeri Johor. Fathi akan berkhutbah suatu hari nanti di Masjid Uthmani, insyaAllah.
Bersama adiknya Ainul Fatihah Mujahidah [ 3 tahun ] dihadapan Masjid Kamil Hasan
Dihadapan Kedai Makan Nasi Kerabu Che Awe yang "ssohor". Ahmad Fathi Rabbani dan Ainul Fatihah Mujahidah bersama cucu-cucu Tuan Guru Haji Daud ( Allahyarham ) Meranti, Pasir Mas yakni anak kepada Ustaz Bahrin Al-Ajyadi Al-Makki

Hari Jumaat, "Hari Ilmu"...Itulah hasrat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat. Kerana tak sempat ke "Medan Ilmu" di Kota Bharu, maka kami sekeluarga...mama, dan anak-anak: Ahmad Fathi Rabbani, Ainul Fatihah Mujahidah dan Ahmad Fathan Jundullah melencong ke Salor, Pasir Mas untuk makan pagi di kedai Che Awang Nasi Kerabu.

Dengan tak disangka-sangka terserempak dengan keluarga Ustaz Haji Bahrin Haji Daud. Lama tak jumpa dan sama-sama tak merancang kesini. Allah mengatur pertemuan kami. Jumpa di tempat makan. Teringat diakhir-akhir tahun 90 an. Bersama Bahrin di Ajyad Sud. Jadi penghuni Tanah Suci selama 3 tahun memberi banyak pengajaran dan hikmah dalam hidup ini.

Setiap malam Jumaat kami para pelajar berkumpul di "rumah wakaf" Allahyarham Abang Mat Saghir, seorang yang berasal dari Bukit Marak. Beliau telah menetap di Tanah Suci sejak umur belasan tahun. Beliau telah meninggal dunia pada 2006 dan di kebumikan di tanah perkuburan Maala, Mekah dalam usia 70 an [Moga-moga Allah mengampuni dan merahmatinya]

Bahrin bersama isteri dan tiga anaknya. Sempat bergambar anak-anak kami semua berlatarbelakangkan kedai nasi kerabu Che Awang itu. Beliau belanja makan nasi kerabu. "Terima kasih Ustaz Bahrin, Allah menambah rezeki keluarga anta" Dalam perjalanan pulang, kami sekeluarga singgah di Masjid Kamil Hasan. Masjid yang menjadi sumber inspirasi kewujudan dan pembinaan Masjid Uthmani. Saya merakamkan gambar Ahmad Fathi Rabbani dan Ainul Fatihah Mujahidah berlatarbelakangkan Masjid Kamil Hasan.

Istimewa untuk Ahmad Fathi Rabbani, dirakamkan gambar berhampiran mimbar masjid dan papan tanda Masjid Kamil Hasan. Moga-moga ini semua memberi kebaikan kepada kami sekeluarga. Moga-moga azam kami akan meningkat dengan suasana sebegini. Moga-moga memberi kesan dan roh yang baik untuk anak-anak kami. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan