Selasa, 17 November 2009

[8] Perjuangan dan Perancangan...dengan izin Allah berjaya

Rabu - 18 November 2009 - Peperiksaan SPM bermula. Isteri kena bertugas mengawasi peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. Sebuah sekolah yang pada penilaian saya bagus penampilannya. Pagi-pagi lagi memasuki kawasan sekolah menghantar isteri kedengaran bacaan al-Quran melalui pembesar suara.

Terpampang di dinding sekolah "Sesiapa yang mahukan dunia maka kena berilmu, sesiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah berilmu dan sesiapa yang mahukan keduanya maka juga hendaklah berilmu"

SPM adalah masa depan pelajar. Boleh kata penentu masa depan mereka. Harapnya Allah memberikan pertolongan kepada anak bangsa saya. Orang Melayu, jika tidak maju dalam pelajaran, dalam apa lagi untuk masa depannya ?. Kini bangsa lain menguasai ilmu dan perniagaan.



Ke Klinik An-Nisa, runding dengan Kak Yah untuk letakkan TAFSIR SURAH YASIN karangan Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz di Kedai Makan / Kantin Klinik An-Nisa milik Kak Yah. Buku ini adalah sebahagian dari sumber masuk dana pembinaan MASJID UTHMANI. Berharga RM 15 sebuah. Ustaz Shahril bersetuju bahawa sebahagian daripada harga buku itu untuk Masjid Uthmani.

Beliau adalah rakan sebilik dengan saya semasa belajar di Pakistan. Sekarang beliau menetap di Jengka, Pahang. E-mail Ustaz Shahril ialah [ shahrilalhafiz@yahoo.com ]. Muslimin dan muslimat boleh hubungi beliau untuk pengesahan melalui talipon mobilenya [ 019 - 930 0486 ]. Blog Ustaz Shahril ialah: www.shahrilalhafiz.blogspot.com


Buku ini juga dijadikan teks untuk Kuliah Maghrib saya di Masjid Perpaduan Ummah Kampung Kolam. Malam semalam, baru masuk ayat pertama Surah Yasin iaitu dua huruf "Ya" dan "Siin"

Saya harap dapat diberi istiqamah oleh Nya. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan