Khamis, 12 November 2009

[4] Mujahadah....manis dunia dan akhirat !

Khamis-12 November 2009 / Zulkaedah 1430.

Seminar Pencegahan dan Pengawalan Dibetes sempena Hari Dibetes Sedunia anjuran HUSM. Program di langsungkan di tingkat 2 bilik kuliah 8, kampus USM Kubang Kerian. Saya dan isteri berpeluang mengikutinya. Isteri saya mewakili sekolah tempat dia bertugas dan saya hadhir sebagai orang awam, pengidap dibetes. Saya mengidap dibetes sejak 2002 lalu

Kertas kerja dibentangkan oleh pakar-pakar yang berkaitan dengan tema dan objektif seminar hari ini. Pihak penganjur juga menjemput dua orang warga emas pengidap dibetes untuk berkongsi maklumat pengalaman mereka menangani penyakit ini. . Semuanya bertujuan untuk memahamkan masyarakat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan dibetes, mengelak dan bagaimana menanganinya.

Kata Prof. Madya Dr. Aziz, "penyakit dibetis adalah ibu segala penyakit". MasyaAllah....saya menyimpulkan, selama 7 tahun saya 'bersama dibetes', penyakit ini adalah penyakit yang susah dan sukar dikawal. Perkara asas untuk mengawalnya ialah gaya hidup. Jika kita hidup tanpa mempedulikannya maka kita akan terperangkap dan akan menemui masalah dan sengsara. Ramai pengidap dibetes terperangkap dengan penyakit ini. Semuanya sedap...makan, minum, tidur dan rehat sedap bagi pengidap penyakit ini.

Makan berselera, manakala minum minuman manis dirasakan suatu kesegaran. Bila tubuh letih, tentu rehat dan tidur amat sedap sekali. Sebenarnya makin banyak makan dan minum minuman manis itulah cara menambah racun. Tidur banyak itulah penyubur penyakit.

Penyakit ini memerlukan mujahadah yang serius. Mujahadah dengan kurangkan makan dan minum. Banyakkan exercise atau senaman. Tidur hanya sedikit ketika perlu dengan tidak mengikut rentak letih. Itulah ubat dan penawar sejati. Dibetes sukakan produk manis !. Mujahadahlah, manis ! ...mula-mulanya pahit kemudian manis.

Dengan muhajadah, kita akan dapat merasai manis didunia lagi. Manis bukan seperti manis dibetes tapi kemanisan iman. Mujahadah dari iman yang subur akan memaniskan iman. Bila kita merasai kemanisan iman, ketika itu kita tidak lagi bermasalah dengan manis dibetes kerana kita boleh mengawal dan mengalahkan dibetes. Salah satu penawar paling besar untuk kemanisan iman ialah dengan berpuasa.

Rasulullah sendiri berpuasa dua kali seminggu iaitu setiap hari Isnin dan Khamis. Rasulullah menyebut, mafhum dari hadith baginda bahawa Nabi Allah Daud berpuasa selang sehari...yakni sehari puasa dan sehari berbuka. Juga mafhum hadith baginda bahawa hendaklah berpuasa kerana dengan berpuasa itu sihat.

Hari ini, Khamis-12 November 2009 bersamaan 24 Zulkaedah 1430. Bererti hampir seminggu lagi akan masuk 1 Zulhijjah 1430. Dari 1 hingga 9 Zulhijjah sunat berpuasa, khususnya hari 'arafah disunatkan berpuasa. InsyaAllah kita sama-sama bermujahadah.

Bencana yang paling besar dalam kehidupan orang beriman ialah melayan nafsu dan kehendak perut. Maka berjuang melawan nafsu kita adalah terlalu amat sukar. Berusaha untuk menundukkannya memerlukan hamba yang berjiwa besar dan minda yang mendalam dan berpandang jauh. Kita mujahadah kerana mujahadah itu manis dunia dan akhirat.
Mujahadah...manis dunia dan akhirat !

Bersatu Dengan Satu Mujahadah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan