Rabu, 3 Mac 2010

[ 36 ] Menuju Ke Fasa Ke 2 Pembinaan Masjid Uthmani

Berdiri dengan harapan dan tekad yang besar

Tapak yang akan jadi sebuah masjid suatu hari nanti....insyaAllah


Syukur....kerja-kerja persiapan untuk meneruskan pembinaan di fasa ke 2 berjalan lancar. Secara umumnya kerja utama ialah membersihkan persekitaran tapak masjid di Lot 1621 yang menjadi milik saya seluas 3 ekar.
Dalam 3 ekar ini saya meletakkan di ruangan tengah sebagai tapak masjid yang seluas 7 ribu kaki persegi tersebut. Kini tapak induk seluas 55 x 65 kaki atau 3575 kaki persegi telah di buat yang menelan sebanyak RM 20 ribu dari duit simpanan peribadi sendiri.

Disamping tapak masjid, tahun lalu saya bersama sahabat menanam pisang seluas lebih kurang seekar. Kini saya mengambil keputusan membersihkan semua sekali tanah seluas 3 ekar ini.

Selain membersihkan kawasan diantara persiapan ialah merancang untuk membuat beberapa kemudahan untuk kerja-kerja pembinaan masjid iaitu menggali telaga dan sebuah bangsal untuk menyimpan barang-barang yang berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan nanti.
Tentunya tempat berteduh musim panas saya dan tetamu yang menziarahi dan pekerja rehat serta solat.
Sempena mengasaskan kerja-kerja fasa kedua ini saya menanam pokok herba "katak puru". Saya tak tahu apa nama saintifiknya. Kata orang pokok ini menjadi ubat dibetis.
Selamat menuju fasa kedua dan insyaAllah pada hari Sabtu depan 6 Mac 2010 akan mula pembinaan bangsal yang dimaksudkan. InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan