Selasa, 2 Februari 2010

[ 31 ] Masjid Ar-Rasyidi...Masjid Uthmani Mohon Bantuan

Syukur, dengan rahmat Allah S.W.T. maghrib hari ini saya sampai kali kedua di Masjid Ar-Rasyidi, Masjid Jamek Mukim Patek, Kadok, Ketereh diatas inisiatif Imam Mukim, Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Umar.

Kali pertama pada hari Jumaat lalu, [ 29 Jan 2010 ] saya bersama anak [ Ahmad Fathi Rabbani ] dan Imam Muda kampung saya yang juga Setiausaha Masjid Uthmani, saudara Hashim telah menziarahi Ustaz Abu Bakar dan mendengar khutbah Jumaat di Masjid Ar-Rashidi ini.

Gambar ini diambil semasa Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Umar ke kampung saya untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

Kedatangan kali ini seorang diri sahaja. Tujuan kedatangan adalah untuk minta tolong "adik kakak" disini untuk bina masjid bersama saya.

Kelebihan masjid ini adalah kerana disebelahnya terdapat dua belah sekolah untuk anak-anak kita belajar agama iaitu di Darul Ulum Al-Muhammadiah dan Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah.

Darul Ulum adalah salah sebuah sekolah dibawah program "Sekolah Agama Bantuan Kerajaan" manakala Madrasah Tahfiz Nahdah Islahiah adalah sebuah sekolah / madrasah tahfiz swasta yang akan menerima pelajar tidak lama nanti, insyaAllah.

Dengan adanya dua sekolah tersebut, diharap masjid ini akan hidup dengan program yang akan disusun oleh mereka yang terbabit nanti, insyaAllah.

Masjid ini dirancang seluas 7 ribu kaki persegi. Bangunan induk yang keluasan lebarnya 55 kaki dan panjangnya 65 kaki menjadikan keseluruhan luas 3575 kaki persegi.

Ditepi setiap sebelah masjid ini, akan dibina 2 buah bilik seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang yang menjadikan keseluruhan 4 bilik seluas 600 kaki persegi.

Kegunaan bilik-bilik ini adalah untuk keperluan semasa seperti:
[ i ] ibu bapa yang menziarahi anak-anak di kedua sekolah itu untuk berehat [ beri'tikaf ] disamping berziarah anak-anak. [ ii ] bulan Ramadhan untuk i'ktikaf khususnya diakhir bulan.
[ iii ] kedatangan sahabat-sahabat dari Jamaah Tabligh untuk sama-sama melakukan usaha dakwah. [ iv ] program-program tarbiah. [ v ] program kebajikan ketetamuan dan lain-lain yang dikira bermanfaat.

Diatas asas anggaran RM 100 [ satu ratus ] bagi 1 kaki persegi, bangunan induk memerlukan sebanyak RM 357.00.

Fasa Kedua yang insyaAllah akan di mulakan pembinaannya pada bulan Rabiul-Awwal nanti hanya untuk membina asas [ foundation ] binaan 2 kaki lagi tinggi dan tiang sebanyak 20 batang serta binaan asas bahagian atas.

Saya bersyukur kerana dapat sama-sama melancarkan derma dan penjualan lot pembinaan Masjid Uthmani dengan sama-sama membaca surah al-Fatihah di majlis taklimat tadi.

Terima kasih diatas kepercayaan Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Saya berharap usaha ini mendapat sokongan dari saudara seaqidah dan seperjuangan. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan