Rabu, 3 Februari 2010

[ 32 ] Kembalinya Seorang Mujahidah

Jam 11 pagi sampai di perkarangan sebuah rumah yang terletak di pinggir bandar Pasir Puteh. Sebuah rumah 'ala kampung' yang sederhana kecil besarnya. Rumah yang menggambarkan kesederhanaan seorang pejuang, tiada sedikit pun unsur-unsur keelitan dalam hidup penghuninya. Ini lah rumah kediaman peninggalan Kak Som.

Pagi tadi, jam 2 pagi saya menerima sms daripada seorang sahabat, "Muslimah Pejuang Islam...Kak Som Pasir Puteh telah kembali kerahmatulLah pada jam 1:20 pagi tadi....Al-Fatihah". Saya mengenalinya, bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.

Hati kecil saya terlintas, "payah nak lahirkan pemimpin seumpamanya". Pagi semalam, [ Selasa ] seperti biasa, Allahyarhamah Kak Som "mengajar" di kuliah mingguan di Kedai Selising.

Sihat, tenang dan tiada tanda-tanda yang mencurigakan, kata seorang aktivis yang selalu bersamanya. Ditambah pula beliau mendapat seorang cucu baru, "penat tak tersedar seorang nenek", suatu kesimpulan yang tepat.

Pada petang semalam beliau jatuh di rumahnya. Di bawa ke Hospital Tengku Anis dan di bawa pula ke HUSM Kubang Kerian. Khabarnya kerana tekanan darahnya naik dengan tinggi... [ 200 lebih ] ... MasyaAllah... itulah kehendakNya.

Sampai ke waktunya beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam tersebut dalam keadaan tenang.

Moga-moga Allah merahmati, mengampuninya dan meletakkan rohnya bersama roh orang-orang soleh, pejuang agama Allah dan mendapat bayangan syurga. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan