Kini 15 Syaaban, bererti 15 hari lagi Ramadhan. Saya berharap saya dapat mengendalikan nafsu saya dengan sebaik mungkin sempena "buku baru" dalam teknikal kerohanian.
.
Lepas maghrib saya terpaksa menyiapkan 'perkakas' untuk di bawa oleh Pak Su Haji Ibrahim ke tanah suci esok, bersamaan 27 Julai 2010.
.
'Perkakas' yang saya maksudkan ialah kertas penerangan tentang pembinaan Masjid Uthmani. Paling tidak Pak Su Haji boleh sembang dengan mereka yang berada di tanah suci dan diakhiri dengan "insyaAllah" . Besar pengertiannya jika hamba Allah yang berada di tanah suci berdoa demikian.