Rabu, 30 Disember 2009

[ 21 ] Suatu Langkah Bersama Usahawan

Binaan tapak seluas 55 kaki lebar dan 65 kaki panjang [ istilah pembinaan Kelantan "ikat 9" ].
Diatas bata ikat 9 ini akan di bina lagi 2 kaki lagi sebagai tapak berkerangka besi Y12 di dalam dengan tiang 20 batang


Jam 1 pagi tadi saya berikan kad pengenalan diri [ bukan i/c ] saya [ Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam ] sebanyak 10 keping kepada seorang sahabat, saudara Azhar seorang ahli perniagaan.

Harapan saya moga-moga beliau dapat menolong saya mencari sahabatnya yang berminat untuk membuat kebajikan membina Masjid Uthmani yang dirancangkan.

Saya katakan kepadanya bahawa saya memerlukan hanya RM 30 ribu saja untuk fasa ke 2 pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam [ MUKK ]. Menambah lagi ketinggian tapak asas sebanyak 2 kaki dan 20 batang tiang.

Dengan 10 keping kad pengenalan diri itu, harapnya beliau bekerja merancang untuk menjelaskan kepada pihak yang sepatutnya. Moga-moga ada hamba Allah yang sudi berkebajikan. Besarlah jasa tuan puan jika anda berinfak di jalan Allah ini.

Dengan adanya alamat blog MUKK [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com ] pihak yang menerima kad dapat mengetahui dengan jelas perkembangan MUKK.

Saya menggunakan pendekatan "JUALAN LOT" untuk memperolehi dana pembinaan. Saya berpandangan bahawa pendekatan ini adalah suatu yang lumrah dan relevan kini dan ianya adalah cukup adil.

Saya berharap pihak yang menerima kad tersebut mempercayai sahabat saya, usahawan tersebut dan bila melayari laman blog ini membuatkan tiada kesangsian lagi.

Saya bergerak sekarang diatas "asas kepercayaan" kepada saya dan kepada orang yang saya amanah seperti sahabat saya itu. Secara beradab saya berserah kepada Allah untuk mencapai hasrat ini dan memohon kepadaNya agar tidak menguji saya dengan ujian yang saya tak mampu menghadapinya.

Bagi mereka yang yakin dan percaya diharap dapatlah berbuat kebajikan dan saya berharap agar saya sendiri akan memulakan "suatu langkah bersama usahawan" demi untuk membina Masjid Uthmani. Saya meyakini, para usahawan melakukan pengorbanan amat banyak untuk berjaya dan sehingga ini saya hormati pengorbanan dan kerja para usahawan.

Saya pun tidak mudah-mudah untuk memohon dana dan sumbangan walaupun untuk membina sebuah masjid. Saya menggunakan orang tengah yang dipercayai untuk memperkenalkan program membina masjid ini. Saya meyakini, para usahawan mengejar kejayaan seperti anda adalah untuk berkebajikan dijalan Allah.

Saya mengatakan kepada sahabat saya itu, kalau ada antara mereka yang mahu melihat dari dekat saya mengalukan.

Sememangnya Allah menguji saya. Peringkat permulaan sebelum didirikan tiang memang betul-betul mengujikan. Saya yakin bila tiang didirikan, akan mudahlah urusan ini dengan izinNya.

Berserah kepada Allah

Ahad, 27 Disember 2009

[20] Masjid Taqwa - Jamuan Syukur

Selamat Datang YB.

Mengharapkan kehadiran YB. Cikgu Haji Abdul Aziz Kadir yang sebenarnya bukannya hendakkan harta emas perak 'pitih rohen' beliau, tapi 'hendakkan dirinya' hadhir kerana menjadi sifat orang bawah, hendakkan pemimpin bersama mereka dihari yang dikira besar dan penting bagi mereka.

Terima kasih kerana sudi hadhir bersama Kak Ani walaupun kami tahu YB sibuk.....

Yang Berhormat ADUN Jelawat Cikgu Haji Abdul Aziz bersama sebahagian ahli jamaah Masjid Taqwa.

Masjid Taqwa "sembelih lembu" Jamuan Syukur. Suatu usaha yang baik. Sepatutnya masjid-masjid di hidupkan dengan jamuan sebegini [ sembelih lembu, kerbau, kambing ]. Jamuan hari ini kerana bersyukur dapat menyiapkan menara.

Individu-individu yang berkemampuan patut mengimarahkan masjid dengan mengadakan jamuan sebegini. Tentukan sasaran dakwah, jemput mereka makan bersama lebih baik dari buat di rumah masing-masing.

Kalau buat di masjid orang yang terlibat mempunyai rasa hati 'berbangga buat di masjid' dan 'lembut hati' kunjung masjid walaupun dalam kebajikan yang lain masih lemah. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat.

YB Cikgu Haji Aziz [ kiri ] bersama Haji Yaakub Abdul Rahman [ 'orang tua kanan Masjid Taqwa' - tengah ] dan Ustaz Haji Fikri [ kiri ]

Suatu kesinambungan.... YB. Cikgu Haji Abdul Aziz dan Wak Haji Kob...YB. yang 50 an dan Wak Haji Kob 70 an sempat bersama mewarnai kehidupan dalam satu matlamat perjuangan. Suatu anugerah !.... Ketika era pertembungan kemuncak dengan 'pemuda tahan lasak' 1969 YB. ketika itu berusia 17 tahun [ tingkatan 5 ] dan orang tua veteran ini ketika itu berumur 30 an.



Pak Cik Li ..... banyak peranannya sejak belum gali tapak lagi. Untuk apa bersungguh begitu sekali ? "Tak ada sebab lain, amba nak ko pahala saja"


Daging lembu...baru bubuh / gaul dengan 'awas'...Gulai kawah Mak Mayong !


Orang yang jadi 'tukang lihat', 'penonton' mungkin kata, "mudah saja ( jaaah )" buat kerja ni. Sebenarnya berada jadi 'jo dapur' yang tentunya bertemu dengan panas dan asap.... silap-silap hangit....punah ! Kena orang yang 'berjiwa tahan panas' walaupun dia panas.


No problem !!!...tempat-tempat begini kalau datang, "tengok saja dengan hati suka dan redha" pun boleh pahala dan merapatkan hubungan antara kita dari menentang dan mereka-reka cerita, tak suka dan mengadakan fitnah !. "Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan..." Perlumbaan yang pertama bermula dalam hati weh, niat !


TERKINI dan TERAKHIR lapuran MASJID TAQWA


10 Muharram..."Kira selesai belaka, tak ada perkara berbangkit" Menara siap dibina. Keseluruhan kos pembinaan RM 28 ribu. Jamuan kesyukuran untuk meraikan pekerja-pekerja pembinaan, penderma yang menghulurkan wang untuk pembinaannya dan ahli jamaah Masjid Taqwa serta pimpinan tempatan dijemput untuk "makan gulai" lembu.



Pak Teh Haji Ya dengan "kakah dalam"nya..... hati, limpa, perut muda, ... sedap !
"Kakah dalam" dan daging sepaha di jual dengan harga, "timbul" RM 200 lebih ...


pakai t-shirt kuning 'bersih' ditempat sembelih lembu... penyembelihan tak bersih ke ?
itulah Pak Ngah Haji Kob ..... Katanya, baju kuning tu "budak bui"

"Pege kkuatlaa.... demo gat dok wat nyayo ko kawe...jange make gu weh"

Moga-moga Allah memberkati kita semua...insyaAllah. Nanti kita sembelih lagi, nak ajak belaka... ini salah satu aktiviti Masjid Uthmani Kampung Kolam akan datang.

Tolonglah keluarkan RM rm RM tak kira kecil ke besar kedalam akaun MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM........ Kalau tengok blog ini [ http://www.masjiduthmani.blogspot.com/ ] dan niat untuk infak fi sabililLah. Amin.


No. akaun MASJID UTHMANI KAMPUNG KOLAM:

RHB: 2-53025-0000563-0

atau

CIMB: 0301-0004030-20-5

atau hubungi Pengerusi Pembinaan: Ustaz Haji Fikri Awang

h/p: 016- 986 4599

Saya bersama anak Ainul Fatihah Mujahidah [ 3 tahun ] berada di tapak asas Masjid Uthmani Kampung Kolam.........Kelihatan di belakang Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan / Yayasan Islam Kelantan)
Pengetua Darul Ulum Al-Muhammadiah: Ustaz Zahari Yaakub 019-9669231


tak salah kan ?...lapur tentang Masjid Taqwa, minta tolong untuk masjid yang tak siap lagi tu.

Masjid tu untuk budak-budak sekolah arab dan budak tahfiz solat....siap cepat, cepat buat solat dan program lain, ....insyaAllah


t e r i m a k a s i h



Jumaat, 25 Disember 2009

[19] Menara Masjid Taqwa - Siap... "Syukur"












Menara Muttaqien ...suatu syiar Islam di Kampung Mak Mayong Kolam
...tengoklah dari arah mana pun .... comel !





















Kanan: Wak Haji Kob
Tengah: Ahmad Fathi Rabbani
Kiri: Pak Nik Haji Ilyas.....'bersantai' di Kedai Kopi Allahyarham Pak Cik Haji Rashid sambil mengadap kearah menara....."puas hati, comel...syukur"



Menara Masjid Taqwa, sejak hari keputusan bersama "orang-orang tua kanan" pada 17 Ramadhan [ hari Nuzul Al-Quran ] selepas solat Subuh, kini siap terbina setelah melalui proses pembinaan selama tiga bulan.

"Ni baru comel masjid". Lengkap sebuah masjid dengan adanya menara hasil sumbangan orang ramai.

Sebagai tanda syukur, hari Ahad pada 10 Muharram nanti akan diadakan majlis jamuan berselerak [ nasi berlauk ]. Seekor lembu berharga RM 1500 di rebahkan.

Jamuan akan diadakan sebaik saja selesai solat zuhur dan akan berakhir pada solat asar.
Menjamu selera "merebahkan lembu" menjadi kebiasaan warga Masjid Taqwa.

Kuliah Jumaat mingguan Masjid Taqwa pagi tadi di sampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Masri Yusuf. Beliau menyampaikan tafsiran ayat 9,10 dan 11 dari Surah Al-Munafiqun yang banyak memberi pengajaran tentang kehidupan manusia yang dikaitkan dengan sedekah dan kematian.

Hasrat saya yang serba dhaif ini, ingin sama-sama merasai nikmat "kemanisan iman" dengan siapnya menara saya mengambil peluang mencadangkan kutipan derma "kuliah Jumaat" hari diserahkan kepada tabung pembinaan menara.

Alhamdulillah, menerima sambutan dari "warga kuliah Jumaat" dan kutipan agak menggalakkan.

Moga-moga memberi manfaat kepada kita semua...insyaAllah

Rabu, 23 Disember 2009

[18] Masjid Taqwa Berwajah Baru Sempena 1431 H

Ketinggian menara 30 kaki .... susah juga menaikannya... didalam menara tu ada seorang lagi pekerja .... Berapa semua pekerja anak buah Haji Will Selising.









Harga RM 3200
Haji Will Selising buat dengan harga paling murah ... Allah Yang Maha Membalas

Sila baca...apa dalam freme tu ? Selain dari Masjid Taqwa, kalimah itu juga dapat di lihat di Masjid Muhammadiah, Pondok Tok Ayah Pandang Kolam dan Masjid Tok Guru Haji Daud Bukit Abal. Inilah "tahlil jamak" yang menjadi salah satu amalan tarikat Ahmadiah.

Masjid Taqwa diasas oleh Tuan Guru Haji Muhammad (Tok Guru Haji Awang Padang Kolam) adalah pengikut tarikat Ahmadiah
Ahmad Fathi Rabbani Bin Fikri
Ketika peringkat pembinaan kerangka.

"Haji Yaakub Abdul Rahman "orang tua kanan" di Masjid Taqwa berdiri ketika melawat tempat pembinaan "buah guntung" di Selising.
"Abe aji nak tengok cepat siap, boleh tengok segar dah"....ore tua !


Dengan terbinanya menara, Masjid Taqwa berwajah baru. Nampak hebat dan menggambarkan kebaikan yang ada. Bersatunya masyarakat Kampung Mak Mayong Kolam. Menara yang tinggi 30 kaki itu memakan belanja menyiapkannya sebanyak RM 26 ribu.

Cantik ! Berkubah kecil dengan lilitan tapak bawah seluas 44 inci, warna hijau tanpa pertikaian dengan kos sebanyak RM 3200 dinaikkan secara manual tengahari tadi.

Haji Will "pakar binaan buah guntung" dari Selising dan pasukannya cekap dan berani menaikkan "buah guntung" hijau itu. Sepatutnya sewa crene tapi untuk menjimatkan kos sewa crene RN 550 sehari maka bermuafakat menggunakan tenaga menaikkannya.


Yang di bawah tolak naik, yang diatas tarik dengan tali. Cabaran menaikkan "buah guntung'" ialah angin yang bertiup cukup membimbangkan. Hujan terintik-rintik sekali sekala menyejukkan suasana. Kepada semua yang terlibat dengan sokongan kewangan dan tenaga, kata-kata dengan bahasa yang manis dan senyum tanda setuju tak berbelah bagi, hanya Allah Yang Maha Membalasnya.

Kepada "orang-orang tua kanan" Masjid Taqwa, keikhlasan dan pengorbanan anda sekelian yakinlah ini semua adalah bekal untuk diakhirat nanti. Orang tua yang berhati bersih sukakan pembangunan sebegini.

Mereka yang bernama Wak Haji Kob, Pak Nik Haji Ilyas, Pak Su Haji Yunus, Pak Teh Haji Ya, Pak Ngah Haji Kob adalah orang-orang tua yang banyak mengorbankan wang dan masa. Semua nya tidak sia-sia.

Mereka itu semua adalah anak beranak kepada pengasas Masjid Taqwa, Tok Ayah Padang. Inilah pentingnya pelapis dan penyambung pembangunan kerja Tok Guru. Walaupun tidak 'tua guru' seperti Tok Ayah tapi mereka ini dapat menjadi "Tok guru pembangunan" untuk 'down line' mereka.


Suatu kebangaan, kerana belanja kos pembinaan RM 26 ribu itu tidak menerima sedikit pun sumbangan dari pihak kerajaan. Kami semua berniat untuk menolong kerajaan dengan cara tidak meminta bantuan projek dari pihak atasan.

Lepas ini nak buat apa pula ? Banyak lagi yang boleh di buat asalkan sanggup dan pandai cari dana. Nampak mudah...kata-kata mudah. "Pitih kita pakat cari". Carilah, kita pakat buat ....

Rabu, 16 Disember 2009

[17] Masjid Taqwa Mak Mayong Kolam

Masjid Taqwa terletak di Kampung Mak Mayong. Salah sebuah masjid di Mukim Kolam. Saya diamanahkan sebagai Setiausaha dan Setiausaha Khas Jawatan Kuasa Kecil Kuliah Jumaat.

Masjid ini diasaskan oleh Tuan Guru Haji Awang Padang atau nama sebenarnya Haji Muhammad. Beliau berasal di Kampung Mak Mayong ini dan membuka Pondok Haji Awang Padang Kampung Kolam.

17 Ramadhan, sempena Nuzul Quran beberapa orang tua yang saya suka menamakan "orangorang tua kanan" Masjid Taqwa memutus dan merancang untuk membina menara.


Bahagian atas Menara Masjid Muqarrabin Becah Kura, Peringat yang menjadi model pembinaan menara Masjid Taqwa Mak Mayong


Berikutan keputusan tersebut, maka pada 10 Syawal, 1430 usaha pembinaan di mulakan dengan menggali tapak sedalam 7 kaki dan lebar 6 kaki.

Haji Yaakub Abdul Rahman [ kanan ] dan Haji Zakaria Omar [ kiri ] dua "orang tua kanan" Masjid Taqwa, ... sepupu dan besan yang menjadi penggerak pembinaan....dihari lawatan ke Masjid Muqarrabin sebelum gerak kerja di Masjid Taqwa bermula.

Menara ini mengambil contoh menara Masjid Muqarrabin, Kampung Becah Kura, Peringat. Menara Masjid Muqarrabin ini menelan belanja RM 30 ribu. Maka begitu jugalah menara Masjid Taqwa ini.

Menara Masjid Taqwa yang telah dibina 30 peratus kemajuan.

Tuan Guru Tok Ayah Padang membina masjid ini untuk anak cucu waris warah. Kini anak cucu dan waris warah saudara maranya yang mengimarahkan Masjid Taqwa dengan program dari masa ke semasa.

Masjid Taqwa membentuk insan menuju ketaqwaan.

Selasa, 15 Disember 2009

[16] Masjid Muhammadi - Arked Tengku Anis

Gabungan pembangunan kerohanian dengan pembangunan meterial sebagai suatu kebanggaan baru warga Kota Bharu dan peminat-peminatnya.

Hari ini saya terasa rindu 'Sup Tok Ayah' di tepi Sungai Kelantan. Bila sampai di depan premis saya terkejut kerana kelihatan jentolak sedang mengganas merobohkan premis 'Sup Tok Ayah'. MasyaAllah.

Tersilau notis bahawa kesemua premis di bangunan tersebut telah pindah ke Arked Tengku Anis yang terletak berhampiran "Cikgu Nasi Ulam'. Tahukah dimana tempat tu ?

Sup Tok Ayah mempunyai peminatnya yang ramai. Ia beroperasi sejah tahun 1960 an. Teo Ayah yang berasal dari Negara Yaman telah meninggal dunia, Kini perniagaan tersebut disambung oleh anaknya.

Hari ini saya bersama isteri dan anak [ Ahmad Fathi Rabbani ] makan tengahari di premis nombor 36 tersebut yang baru beroperasi 10 hari. Tempat yang strategik dengan sewa bulanan RM 250 ini akan terus maju.

Saya menghulurkan kad peribadi saya sebagai Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam. Saya mendoakan agar tuan punya premis Sup Tok Ayah akan mengambil perhatian.

Beliau berasal dari Bukit Tanah, anak Tok Syeikh Hasan Serak. Beliau kenal 'pak dua pupu' saya Haji Hamzah Brunai, Allahyarham Pak Ngah Haji Hashim, Allahyarham Pak Ngah Haji Lah.

Orangnya baik budi bicara. Saya kata baik, mudah saja perkiraaannya. Ia meluangkan masa nak berkenalan. Saya kenal mereka hari ini. Gabungan Afghanistan dan Yaman asalnya menetap disini.

Saya hairan juga kenapa jadi gabungan itu. Katanya setiap tahun cucu Tok Ayah Yamani "pakar sup" ini setiap tahun ke Yaman. Ziarah ikat silaturrahim kerana adik Tok Ayah masih ada di sana.

Dapat dua nikmat di situ. Sup Tok Ayah yang "sedaaaap" panas-panas lepas banjir dan dapat perkenalkan diri sebagai Pengerusi Masjid Uthmani.

Harap Allah bukakan hatinya, insyaAllah. [ Mintalah kakak tu baca catatan saya ini ] Amin.
Bertuah orang yang ada premis disini, dekat Masjid Uthmani. Suatu gabungan usaha pembangunan.

Bertuah rakyat Kelantan.

Ahad, 13 Disember 2009

[15] Untuk Kini dan Masa Depan Islam


"Sabarlah dik !...itu sebahagian perjuangan hidup kita orang beriman !". Esok lusa, insyaAllah boleh berlari laaaa. Tak percaya ?....Tengoklaaaa. Kita jumpa...Nangis hok sore tu [ tengah ] 7 tahun. [ Maaf ambil gambar ini tanpa izin....kebetulan ! ]

"Untuk Kini dan Masa Depan Islam" diri mereka dan ummah. Halus dan seninya ajaran Islam, sejak kecil telah ada "Tarbiah Islamiah - Perjuangan Islam". Sanggup tumpah darah untuk Islam. Jangan penakut ! Kena habis duit untuk perjuangan Islam, RM 80 seorang, murah ! Mesti ada murabbi / naqib [ datuk dan nenek ]. Tak malu dan takut demi kebenaran ajaran Nabi s.a.w. Hasilnya akan ada jika panjang umur dan diberi rezeki. Seru orang lain...katakan, "tak sakit...sakit sekejap saja" Terima kasih kepada semua yang terlibat "menjantankan" saya.

Terpulang kepada ibu bapa...nak biar sehingga umur berapa ?. "Ssunat" awal-awal lebih mudah untuk salurkan kebaikan dan kefahaman. "Terima kasih atuk dan opah, abah dan mama !"

Semalam saya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Taman Saidina Ali di Kok Lanas [ saya akan cacatkan kemudian nama klinik tersebut ]. Kebetulan melihat "satu pasukan" terdiri dari seorang datuk dan nenek serta tiga orang cucunya.

Suatu kebangaan melihat seorang datuk dan nenek yang berusia 70 an masih gagah membawa cucu-cucunya ke klinik untuk "korbankan" cucu-cucunya.

Apa maknanya ini ?. Ini adalah suatu penghayatan agama. Katanya, "bersunat kecil-kecil lagi senang untuk bawa kesurau, cuci". Ini adalah suatu penghayatan kepada agama.

Tengok yang bersunat itu diantaranya yang berumur 7 tahun....."sakiiiit" laungnya sambil menangis bila saya nak tolongnya untuk diangkat keatas kereta.

Saya bercadang pada tahun depan untuk "korbankan" Ahmad Fathi Rabbani. Dia tak tahu apa pun lagi bila sebut "ssunat" [ kena tasydid sikit di 's' dalam bahasa Kelantan ]. Jagalah ... tahun depan.

Kalau nak dikaitkan dengan agama, bersunat anak-anak lebih awal lebih baik. Dulu, dizaman saya bersunat dengan tok mudim. Berkumpul ramai-ramai, tok mudim datang di pagi hari.

Mereka yang akan "dikorbankan" berdebar-debar tunggu tok mudim. Saya dapat merasakan perbezaan kanak-kanak dulu dan sekarang. Budak-budak sekarang agak berani.

Disetengah tengah tempat berkhatan beramai-ramai dengan anjuran pihak-pihak tertentu. Pasukan bomba di pinjam untuk siramkan air kepada kanak-kanak tersebut.

Binalah diri kita untuk kini dan masa depan Islam.